Monday, September 8, 2008

TARAWIH - BERAPA RAKAAT SEBENARNYA?

Solat tarawih disunatkan di bulan Ramadan selepas melaksanakan fardu isyak. Mengikut Ibn Manzur dalam Lisanul Arab, kalimat ‘tarawih' ialah kalimat jamak (plural) bagi kalimat Arab ‘tarwihah' yang bermaksud ‘bersenang-senang atau beristirahat'.

Pada zaman Nabi solat malam di musim Ramadan tidak dinamakan sebagai solat tarawih sebaliknya dikenali sebagai qiam Ramadan. Selepas kewafatan Nabi barulah ia dikenali sebagai tarawih. Hal ini disebabkan umat Islam di Mekah sepeninggalan Nabi bersolat tarawih sebanyak empat rakaat dengan dua salam. Selepas itu mereka beristirahat dengan mengelilingi Kaabah sambil bertasbih dan bertakbir. (Fiqh Syafi'i, Ust. Idris Ahmad SH, jil. 1, hal 355)


Tarawih Di Zaman Nabi
Rasulullah menggalakkan umat Islam menghidupkan malam Ramadan dengan solat. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi, "Barang siapa melakukan qiyam pada bulan Ramadan kerana iman dan mencari pahala, maka diampuni untuknya apa yang telah lalu daripada dosa-dosanya". (Bukhari - Muslim)


Maksud qiyam Ramadan menurut Imam Nawawi ialah melaksanakan solat tarawih. Riwayat ini menunjukkan solat tarawih mendatangkan maghfirat atau keampunan serta menggugurkan dosa-dosa dengan syarat ia dilakukan penuh keimanan serta membenarkan pahala-pahala yang dijanjikan. (Fathul Bari 4/250; al-Ijabat al-Bahiyyah 18; al-Muntaqa 4/49-51)


Berhubung dengan jumlah rakaat solat sunat Nabi di musim Ramadan, Aisyah pernah ditanya, "Bagaimana solat Rasul pada bulan Ramadan?" Beliau menjawab, "(Nabi) tidak pernah menambah, sama ada di bulan Ramadan atau di bulan-bulan yang lain, lebih daripada sebelas rakaat. Baginda bersolat empat rakaat, maka jangan ditanya tentang bagusnya dan lamanya. Kemudian Baginda bersolat tiga rakaat." (Riwayat Bukhari)


Dalam hadis ini dinyatakan bahawa Nabi bersolat sebanyak 11 rakaat dan "Baginda bersolat empat rakaat". Ia bermaksud Nabi melakukan solat empat rakaat dengan dua kali salam, kemudian beristirahat. Hal ini berdasarkan keterangan Aisyah yang berkata, "Adalah Rasulullah melakukan solat selepas selesainya solat Isyak sehingga waktu fajar sebanyak sebelas rakaat. (Baginda) mengucapkan salam pada setiap dua rakaat...". (Riwayat Muslim)


Solat sunat tarawih khusus di musim Ramadan memang pernah dilakukan Nabi ada kalanya secara berjemaah. Mengikut sahabat Nu'man bin Basyir, "Kami melaksanakan qiamullail (tarawih) bersama Rasulullah pada malam 23 Ramadan sehingga sepertiga malam. Kemudian kami bersolat lagi bersama baginda pada malam 25 Ramadan sehingga sampai ke pertengahan malam. Kemudian baginda memimpin lagi pada malam 27 Ramadan sehingga kami menyangka tidak akan sempat memakan sahur." (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Hakim dan Nasaii)


Demikian juga yang diriwayatkan oleh sahabat Abu Zar, "Kami berpuasa, tetapi Nabi tidak memimpin kami untuk melakukan solat (tarawih) sehingga Ramadan tinggal tujuh hari lagi, maka Rasulullah mengimami kami bersolat sehingga lewat sepertiga malam. Kemudian baginda tidak keluar pada malam keenam (sebelum Syawal). Pada malam kelima baginda memimpin solat sehingga lewat separuh malam. Lalu kami berkata kepada Rasulullah, "Semoga engkau menambah lagi untuk kami pada sisa-sisa malam ini?" Maka baginda bersabda, "Barang siapa bersolat bersama imam sehingga selesai ditulis untuknya seolah-olah dia bersolat satu malam." Kemudian baginda tidak memimpin solat lagi sehingga Ramadan berbaki tiga hari lagi. Maka baginda memimpin kami bersolat pada malam ketiga itu. Baginda mengajak keluarga dan isterinya bersama-sama. Baginda mengimami sehingga kami khawatir tidak mendapat falah (iaitu sahur)". (Hadis sahih riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Abu Daud, Nasaii dan Ahmad)


Nabi juga meredai solat (tarawih) yang dilakukan secara berjemaah oleh sebahagian sahabat pada malam Ramadan. Sehubungan dengan ini, Tsa'labah bin Abi Malik al-Qurazi meriwayatkan, "Pada suatu malam di musim Ramadan Rasulullah keluar rumah, kemudian beliau melihat sekumpulan orang di satu penjuru masjid sedang melaksanakan solat. Baginda lalu bertanya, ‘Apa yang sedang mereka lakukan?' Seorang menjawab, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang tidak pandai al-Quran, sedang Ubay bin Kaab ahli al-Quran maka mereka solat (sebagai makmum) kepada Ubay'. Baginda lalu bersabda, ‘Mereka telah berbuat baik dan telah melakukan yang benar.' Baginda tidak membencinya". (Hadis mursal hasan riwayat Abu Daud dan Baihaqi. Albani berkata: Telah diriwayatkan secara mursal dari jalan lain dari Abu Hurairah dengan sanad yang boleh diterima)


Hal ini diperkukuhkan oleh satu riwayat yang lain daripada Ubai bin Kaab. Beliau berkata, "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang aku lakukan malam tadi (Ramadan). Baginda bertanya, ‘Apa itu wahai Ubai?' Ubai menjawab, ‘Kaum wanita di rumahku berkata: Sesungguhnya kami tidak (pandai) membaca al-Quran. Bagaimana kalau kami solat bersamamu? Maka aku bersolat dengan mereka sebanyak lapan rakaat dan (kemudian) berwitir'. Maka hal itu menjadi sunah yang diredai. Baginda tidak berkata apa-apa." (Riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan Ibn Nasir. Di hasankan oleh al-Haithami dan Albani)


Dalil-dalil ini menunjukkan solat tarawih khusus di musim Ramadan pernah dilakukan Nabi dan para sahabat ada kalanya secara berjemaah.
Adapun hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi bertarawih sebanyak 20 rakaat, kesemuanya adalah tidak sahih. (Fathul Bari 4/254; al-Hawi. 1/413; al-Fatawa al-Hadithiyah 1/195)


Tarawih Di Era Selepas Nabi
Para sahabat Rasulullah bersolat tarawih di masjid Nabawi pada malam-malam Ramadan secara terpancar-pancar. Ada yang mengimami 5 orang, ada yang 6 orang dan ada yang melibatkan kelompok yang lebih ramai daripada itu.
Imam az-Zuhri berkata, "Ketika Rasulullah wafat, orang-orang bersolat tarawih dengan cara seperti itu. Kemudian pada masa Abu Bakar caranya tetap sama seperti itu dan demikian juga di peringkat awal pemerintahan khalifah Omar".


Tarawih 8 Rakaat dan 3 Witir


Akhirnya di era khalifah Omar al-Khattab beliau mengambil satu pendekatan yang menarik. Berhubung dengan ini Abdul Rahman bin Abdul Qari' berkata, "Saya keluar ke masjid bersama Omar di bulan Ramadan. Ketika itu orang-orang bersolat secara berpancaran. Ada yang solat bersendirian dan ada yang bersolat secara berjemaah. Omar berkata, "Demi Allah, saya berpandangan, seandainya mereka disatukan di belakang seorang imam, ia tentu lebih utama". Kemudian beliau mengumpulkan mereka di bawah pimpinan Ubai bin Kaab (sebagai imam). Kemudian saya keluar lagi bersama beliau pada malam yang lain. Ketika itu orang-orang bersolat di belakang imam mereka. Maka Omar berkata, "Ini adalah sebaik-baik hal yang baharu. Dan solat di akhir malam nanti adalah lebih utama daripada solat yang mereka lakukan sekarang."
Peristiwa ini terjadi pada tahun 14 Hijrah.
Dalam riwayat yang lain oleh Saib bin Yazid, beliau berkata, "Omar mengarahkan Ubai bin Kaab dan Tamim Ad-Dari mengimami solat tarawih pada bulan Ramadan dengan sebelas rakaat. Maka dibacanya ratusan ayat sehingga kami bersandar pada tongkat karena sangat lamanya berdiri. Maka kami tidak pulang dari tarawih melainkan ketika menghampiri fajar." (Imam Suyuthi dan Subki menilai riwayat ini sebagai tersangat sahih)


Tarawih 20 Rakaat dan 3 Witir


Al-Baihaqi dalam as-Sunan dan al-Firyabi dalam as-Siyam meriwayatkan bahawa di zaman khalifah Omar di bulan Ramadan solat tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat. (Riwayat ini disahihkan oleh Imam Nawawi, al-Zaila'i, al-Aini, Ibn al-Iraqi, as-Subki, as-Suyuthi dan yang lain-lain)
Dalam riwayat yang lain oleh Yazid Ibn Ruman maula sahabat Zubair bin al-Awwam, beliau mengatakan bahawa masyarakat (Madinah) di zaman Omar melakukan qiyam Ramadan sebanyak 23 rakaat. Yazid Ibn Ruman merupakan seorang ahli al-Quran di Madinah yang dipercayai. (Riwayat Malik, al-Firyabi, Ibn Nasr dan al-Baihaqi)
Berhubung dengan solat tarawih 11 rakaat dan 23 rakaat yang berlaku di zaman Omar al-Khattab, al-Tharthusi (451-520 H) berkata, "Para sahabat kami (Malikiyah) menjawab dengan jawapan yang benar yang boleh menyatukan kesemua riwayat. Mereka berkata, ‘Mungkin Omar di peringkat awalnya memerintahkan agar mereka melakukan 11 rakaat dengan bacaan yang amat panjang. Apabila masyarakat tidak lagi kuat untuk melakukannya, Omar memerintahkan agar dilakukan 23 rakaat demi meringankan lamanya bacaan'..."
Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bahawa solat tarawih 20 + 3 juga dilakukan di Mekah pada zaman selepas Omar al-Khattab. Imam Atha' ibn Abi Rabah maula Quraisy, (lahir di era pemerintahan Uthman bin Affan dan pernah menjadi mufti Mekah) berkata, "Saya telah mendapati orang-orang (Mekah) pada malam Ramadan bersolat 20 rakaat dan 3 rakaat witir". (Fathul Bari 4/235)

Tarawih 36 Rakaat dan 3 Witir


Berhubung dengan ini Imam Nafi' al-Qurasyi meriwayatkan, "Saya mendapati orang-orang (Madinah) bersolat pada bulan Ramadan 36 rakaat dan berwitir 3 rakaat." (al-Hawadits 141; al-Hawi 1/415)
Daud Ibn Qais pula berkata, "Saya mendapati orang-orang di Madinah pada masa pemerintahan Aban ibn Uthman ibn Affan al-Umawi (iaitu Amir Madinah, wafat pada tahun 105 H) dan di era pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz melakukan qiyam Ramadan sebanyak 36 rakaat ditambah dengan 3 witir." (Fathul Bari 4/253)
Imam Syafie pernah berkata, "Saya menjumpai orang-orang di Mekah bersolat 23 rakaat dan saya melihat penduduk Madinah bersolat 39 rakaat dan tidak ada masalah sedikit pun
tentang hal itu." (Sunan Tirmizi 151; Fath al-Aziz 4/266; Fathul Bari 4/23)
Jika dihimpunkan pendapat para ulama berhubung isu ini terdapat perbezaan pendapat yang cukup banyak, antaranya:
1- Sebelas rakaat (8 + 3 witir), mengikut riwayat Malik dan Said bin Mansur.
2- Tiga belas rakaat (2 rakaat ringan + 8 + 3 witir), mengikut riwayat Ibn Nasr dan Ibn Ishaq, atau (8 + 5) menurut riwayat Muslim.
3- Dua puluh satu rakaat (20 + 1), mengikut riwayat Abdul Razzaq.
4- Dua puluh tiga rakaat (20 + 3), mengikut riwayat Malik, Ibn Nasr dan al-Baihaqi. Inilah pegangan dalam mazhab Abu Hanifah, Syafie, at-Thauri, Ahmad, Abu Daud dan Ibn Mubarak.
5- Tiga puluh sembilan rakaat (36 + 3) atau (38 + 1), mengikut mazhab Maliki.
6- Empat puluh satu rakaat (38 + 3) atau (36 +5), mengikut riwayat Ibn Nasr dari kesaksian Salih Mawla al-Tau'amah yang disebutkan dalam al-Mughni 2/167.
7- Empat puluh sembilan rakaat (40 + 9). 40 rakaat tanpa witir adalah riwayat dari al-Aswad Ibn Yazid.
8- Tiga puluh empat rakaat tanpa witir, ialah amalan di Basrah, Iraq.
9- Dua puluh empat rakaat tanpa witir, mengikut Said bin Jubair.


Bagaimana Ulama Menilai Perbezaan Ini


Imam Ibn Hibban (meninggal tahun 354 H) berkata, "Sesungguhnya tarawih itu pada mulanya adalah 11 rakaat dengan bacaan yang sangat panjang sehingga memberatkan mereka. Kemudian mereka meringankan bacaan dan menambah bilangan rakaatnya menjadi 23 rakaat dengan bacaan yang sedang. Setelah itu mereka meringankan lagi bacaan dan menjadikan tarawih 36 rakaat tanpa witir." (Fiqhus Sunnah, 1/174)
Imam al-Subki berkata, "Tarawih adalah termasuk nawafil (perkara sunat). Terserah kepada masing-masing, sama ada ingin bersolat sedikit atau banyak. Boleh jadi mereka terkadang memilih bacaan panjang dengan bilangan rakaat yang sedikit, iaitu 11 rakaat. Terkadang mereka memilih bilangan rakaat yang banyak, iaitu 20 rakaat, dengan bacaan yang panjang, lalu amalan ini terus berjalan." (Al-Hawi, 1/417)
Imam Ibn Taimiyah pula berkata, "(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Kesemuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan." Beliau juga berkata, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan 3 rakaat witir sebagaimana yang diperbuat oleh Rasul di bulan-bulan Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika ia seseorang bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan yang lainnya ia juga diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadhan itu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia telah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)
Hal ini dipersetujui oleh al-Hafiz Ibn Hajar. Beliau berkata, "Hal tersebut dapat difahami sebagai variasi sesuai dengan situasi serta keadaan manusia. Kadang-kadang yang sesuai ialah 11 rakaat, atau 21, atau 23 rakaat, bergantung pada persiapan dan kesanggupan mereka. Kalau dilakukan 11 rakaat, mereka boleh memanjangkan bacaan... Jika 23 rakaat, mereka boleh meringankan bacaan supaya tidak membebankan jemaah." (Fathul Bari 4/253)
Syeikh Abdul Aziz Ibn Bazz merumuskan pandangan-pandangan ini dengan berkata, "Antara perkara yang menjadi kesamaran bagi sebahagian orang ialah berhubung solat tarawih Sebahagian mereka mengira bahawa tarawih tidak boleh kurang daripada 20 rakaat. Sebahagian yang lain mengira bahawa tarawih tidak boleh lebih daripada 11 rakaat atau 13 rakaat. Kesemua ini semua adalah persangkaan yang tidak tepat, bahkan salah serta bertentangan dengan dalil. Hadis-hadis sahih daripada Rasulullah menunjukkan solat malam itu adalah muwassa' (iaitu fleksibel)... Bahkan telah sahih daripada Nabi bahawa baginda bersolat malam 11 rakaat, terkadang 13 rakaat, terkadang lebih sedikit daripada itu dalam Ramadan atau di luar Ramadan. Ketika ditanya tentang sifat solat malam, baginda menjelaskan: Dua-dua rakaat dan apabila salah seorang daripada kamu khawatir akan terlajak memasuki waktu subuh, maka bersolatlah satu rakaat witir sebagai penutup. (Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)....
Justeru pada zaman Omar solat dilakukan 23 rakaat dan pada waktu yang lain dilakukan 11 rakaat. Kesemua itu adalah sahih daripada Omar dan para sahabat di zamannya. Dan sebahagian ulama salaf bersolat tarawih sebanyak 36 rakaat ditambah dengan witir 3 rakaat. Sebahagian yang lain bersolat sebanyak 41 rakaat. Semua ini dikisahkan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah dan ulama yang lain.... Barang siapa merenung sunah Nabi dia pasti mengetahui, bahawa yang paling afdal ialah bersolat sebanyak 11 rakaat atau 13 rakaat sama ada di bulan Ramadan atau di bulan-bulan yang lain. Hal ini disebabkan ia sesuai dengan perbuatan Nabi dan itulah kebiasaannya di samping ia adalah lebih ringan bagi jemaah dan lebih dekat kepada khusyuk' dan tamakninah. Namun, barang siapa menambah (rakaat) maka tidak mengapa baginya dan tidak makruh". (Al-Ijabat al-Bahiyyah 17-18; Fatawa Lajnah Daimah 7/194-198)
Jelas sekali para ulama berlapang dada berdepan perbezaan pendapat berhubung solat tarawih ini. Mereka tidak mengutuk antara satu sama lain sebaliknya mencari satu jalan tengah yang dapat meletakkan kepelbagaian ini pada perspektifnya yang betul di bawah sinaran Sunah.


Kesimpulan


Bulan Ramadan merupakan bulan keberkatan dan bukannya bulan pertengkaran. Ia adalah bulan ibadat dan bukannya bulan berdebat dan mengumpat. Umat Islam sepatutnya menggunakan Ramadan untuk mempertingkatkan pahala bukannya dosa.
Tarawih merupakan amalan sunat yang istimewa di musim Ramadan. Agama Islam menuntut umatnya melaksanakan ibadah ini sebaik mungkin mengikut kemampuan masing-masing. Jika jumlah rakaat tarawih yang dilakukan seseorang berbeza dengan orang lain, dia sepatutnya tidak cepat menghukumkan orang lain sebagai salah atau ahli bidaah. Ulama sendiri berpendapat bahawa Sunah fleksibel tentang jumlah rakaat bagi solat tarawih justeru bersikap keras tentangnya adalah menyalahi Sunah. Apatah lagi di Malaysia, jumlah rakaat yang sering kali dipopularkan ialah (8 + 3) dan (20 + 3). Kedua-dua amalan ini mempunyai sumber-sumbernya yang sahih yang perlu dihormati.

Walau bagaimanapun kita mengakui bahawa solat tarawih yang lebih utama adalah yang sesuai dengan Sunah Nabi, iaitu berjumlah 11 rakaat. Hadis-hadis menunjukkan Rasulullah telah melakukan dan mengimami solat tarawih sebanyak sebelas rakaat. Dalilnya ialah jawapan Aisyah (ketika ditanya oleh Abu Salamah Abdul Rahman berhubung solat Nabi khusus di malam Ramadan), iaitu, "Sesungguhnya baginda tidak pernah menambah pada bulan Ramadan atau pada bulan yang lainnya. lebih daripada sebelas rakaat." (Bukhari-Muslim)


Juga berpandukan hadis Jabir bin Abdullah yang berkata, "Rasulullah solat dengan kami pada bulan Ramadan delapan rakaat dan witir. Ketika malam berikutnya kami berkumpul di masjid dengan harapan beliau solat dengan kami dan kami terus berada di masjid sehingga pagi, kemudian kami bertanya, "Ya Rasulullah, malam tadi kami berkumpul di masjid dengan harapan (tuan) bersolat bersama kami." Baginda bersabda, "Sesungguhnya aku khawatir ia diwajibkan ke atas kamu." (Riwayat Tabrani, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah, dihasankan oleh Albani)
Nabi juga memperakui solat berjemaah delapan rakaat yang dilakukan oleh sahabat di malam Ramadan. Perakuan ini menjadi Sunah untuk diikuti. Ubai bin Kaab pernah berkata, "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang aku lakukan malam tadi (Ramadan). Baginda bertanya, ‘Apa itu wahai Ubai?' Ubai menjawab, ‘Kaum wanita di rumahku berkata: Sesungguhnya kami tidak (pandai) membaca al-Quran. Bagaimana kalau kami solat bersamamu? Maka aku bersolat dengan mereka sebanyak lapan rakaat dan (kemudian) berwitir'. Maka hal itu menjadi sunah yang diredai. Baginda tidak berkata apa-apa." (Riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan Ibn Nasir. Di hasankan oleh al-Haithami dan Albani)


Tambahan daripada itu, di zaman khalifah Omar al-Khattab riwayat yang paling sahih menunjukkan bahawa tarawih dilakukan sebanyak sebelas rakaat. Saib bin Yazid berkata, "Omar mengarahkan Ubai bin Kaab dan Tamim Ad-Dari mengimami solat tarawih pada bulan Ramadan dengan sebelas rakaat. Maka dibacanya ratusan ayat sehingga kami bersandar pada tongkat karena sangat lamanya berdiri. Maka kami tidak pulang dari tarawih melainkan ketika menghampiri fajar." (Imam Suyuthi dan Subki menilai riwayat ini sebagai tersangat sahih. Albani menilai riwayat ini sebagai sangat sahih)


Justeru Imam Malik berkata, "Yang saya pilih untuk diri saya untuk qiyam Ramadan ialah solat yang diperintahkan oleh Omar, iaitu 11 rakaat, dan itulah (cara) solat Nabi. 11 rakaat adalah dekat dengan 13 rakaat." (al-Hawadith 141)


Namun bersikap fanatik dengan 11 rakaat adalah dilarang kerana terdapat riwayat-riwayat lain yang sahih berhubung bilangan rakaat solat tarawih yang melebihi 11 rakaat dilakukan di era sahabat-sahabat Nabi


Benarlah Syeikh Abdul Aziz Ibn Bazz ketika beliau berkata, "Antara perkara yang menjadi kesamaran bagi sebahagian orang ialah berhubung solat tarawih Sebahagian mereka mengira bahawa tarawih tidak boleh kurang daripada 20 rakaat. Sebahagian yang lain mengira bahawa tarawih tidak boleh lebih daripada 11 rakaat atau 13 rakaat. Kesemua ini semua adalah persangkaan yang tidak tepat, bahkan salah serta bertentangan dengan dalil." (Al-Ijabat al-Bahiyyah 17-18; Fatawa Lajnah Daimah 7/194-198)


Sudah pasti perpaduan umat dan bukannya perpecahan perlu diutamakan berdepan isu-isu ranting seperti ini. Akhirnya yang dicari dalam sesebuah solat ialah keikhlasan, kekhusyukan, tamakninah dan keredaan Ilahi. Wassalam.


Rujukan Utama:
1- Shalat Tarawih Nabi & Salafushshalih, Abu Hamzah al-Sanuwi (30 Okt. 2004), nukilan dariamza majalah As-Sunnah 07/VII/1424 H.
2- At-Tamhid, lbn Abdil Barr, tahqiq Muhammad Abdul Qadir Atha, Maktabah Abbas Ahmad Al-Bazz, Mekkah.
3- Al-Hawadits Wal Bida', Abu Bakar At-Tharthusi, tahqiq Abdul Majid Turki, Darul Gharb Al-Islami.
4- Al-Hawi Li Al-Fatawa, As-Suyuthi, Darul Fikr, Beirut.
5- Solat At-Tarawih, Albani, Al-Maktab Al-Islami, Beirut.
6- Fatwa Lajnah Daimah, tartib Ahmad Ad-Duwaisi, tartib Adil Al-Furaidan.
7- Al-Ijabat Al-Bahiyyah, Al-Jibrin, I'dad dan takhrij oleh Saad As-Sa'dan, Darul Ashimah, Riyadh.
8- Durus Ramadhan, Salman Al-Audah, Darul Wathan, Riyadh.
9- Majmuk Fatawa, Ibn Taimiyah.
10- Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq, Darul Fikr, Beirut.


Sumber dari http://www.mindasuper.com/ oleh Dr Danial Zainal Abidin

Sunday, September 7, 2008

Tips Individu Berjaya

Tips Individu Berjaya

Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya,
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).
(Surah al-Mukminun)

Sifat Pertama:Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.Teknik perlaksanaan:
- Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
- Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
- Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
- Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
- Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
- Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.- Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
- Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.

Sifat Kedua:Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.
Teknik perlaksanaan:
- Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
- Mengawal diri untuk berbicara.
- Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
- Berdiam ketika perlu.
- Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
- Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
- Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
- Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
- Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
- Jika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.

Sifat Ketiga: Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.
Teknik perlaksanaan:
- Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
- Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
- Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.- Membantu secara sukarela tanpa diminta.
- Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
- Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
- Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
- Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
- Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.- Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.

Sifat Keempat:Menjaga kemaluan (kehormatan).
Teknik perlaksanaan:
- Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
- Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
- Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
- Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
- Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
- Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
- Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.

Sifat Kelima: Menjaga amanah.
Teknik perlaksanaan:
- Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
- Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
- Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Perkara-perkara tuntutan amanah:
- Perkara fardhu dalam agama.
- Penempatan orang-orang Islam.
- Anggota badan.
- Waktu.
- Ilmu.
- Harta.
- Barang titipan.
- Rahsia orang lain.
- Tugas dan jawatan.
- Perkara yang diminta untuk dibincangkan.

Sifat Keenam: Setia pada janji.
Teknik perlaksanaan:
- Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
- Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
- Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
- Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
- Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
- Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.

Sifat Ketujuh: Tetap memelihara sembahyang.
Teknik perlaksanaan:
- Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
- Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
- Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
- Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
- Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.

Jangan merajuk wahai Da'ie


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah

sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan.Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e,mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.


Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawahati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia.Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkanhasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yangMaha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'.


Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quranmenjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiapkeadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untukmengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap baitKalamullah. Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selaludiceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan.


Nabi Yunus menyeru pada kaumnya

Sembahlah Allah Yang Maha Esa

Tinggallah berhala yang tidak bernyawa

Jauhi perbuatan yang sia-sia


Seruan Nabi tidak diterima

Nabi diejek dan Nabi dihina

Baginda tidak berputus asa

Walau dicaci walau dihina


Akhirnya Nabi merasa hampa

Umatnya masih menderhaka

Lalu dia pergi membawa hati

Ke tepi pantai seorang diri


Kapal pedagang Baginda menumpang

Membawa diri ke rantau orang

Malangnya laut bergelombang

Hampir karam ditengah lautan


Bila diundi Nabi merelakan

Terjun ke laut penuh bergelora

Baginda ditelan ke perut Ikan Nun

Gelap gelita tidak terkira


Sedarlah baginda akan silapnya

Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa

Menangislah Nabi penuh duka

Memohon Ampun dari Tuhannya


Begitulah Kisah seorang Nabi

Diuji Allah begitu sekali


Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri,jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi,tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuhhikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah dikala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewahingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalahdari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini,siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalahurusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalamAllah apabila Dia berfirman:


"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabargembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upahsedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan(mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepadaTuhannya." (Al-Furqan:56- 57)


Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerakbertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmatTuhannya sambil berkata: "Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. MahaSuci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"(Al-Anbiyaa' :87)


Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan darisebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnyataubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau darikecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidupbersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dankasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernihmengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangandalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubatmengakui kesalahan.


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedihhati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jikakamu orang-orang yang beriman" (Ali-`Imran: 139)


Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekaskembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmahmengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadikeselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpamengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalanini adalah kejayaan.


Sumber : bahantarbiyyah. info

Thursday, September 4, 2008

16 Kekeliruan Umum Selama Puasa Ramadhan

Meski bulan Ramadhan adalah bulan ampunan, untuk menyambut bulan suci Ramadhan yang kini ‘menyapa’ kita, di bawah ini kami sarikan 16 kekeliruan umum yang sering dialami umat Islam selama Ramadhan

Hanya orang yang tidak tahu dan enggan saja yang tidak segera bergegas menyambut bulan suci ini dalam arti yang sebenarnya, lahir maupun batin. “Berapa banyak orang yang berpuasa (tapi) tak memperoleh apa-apa dari puasanya selain rasa lapar dan dahaga belaka”. (HR. Ibnu Majah & Nasa’i)

Namun, setiap kali usai kita menunaikan ibadah shiyam, nampaknya terasa ada saja yang kurang sempurna dalam pelaksanaannya, semoga poin-poin kesalahan yang acap kali masih terulang dan menghinggapi sebagian besar umat ini dapat memberi kita arahan dan panduan agar puasa kita tahun ini, lebih paripurna dan bermakna.

1. Merasa sedih, malas, loyo dan tak bergairah menyambut bulan suci Ramadhan
Acapkali perasaan malas segera menyergap mereka yang enggan menahan rasa payah dan penat selama berpuasa. Mereka berasumsi bahwa puasa identik dengan istirahat, break dan aktifitas-aktifitas non-produktif lainnya, sehingga ini berefek pada produktifitas kerja yang cenderung menurun. Padahal puasa mendidik kita untuk mampu lebih survive dan lebih memiliki daya tahan yang kuat. Sejarah mencatat bahwa kemenangan-kemenangan besar dalam futuhaat (pembebasan wilayah yang disertai dengan peperangan) yang dilancarkan oleh Rasul dan para sahabat, terjadi di tengah bulan Ramadhan.


Semoga ini menjadi motivator bagi kita semua, agar tidak bermental loyo & malas dan tidak berlindung di balik kata “Aku sedang puasa”.

2. Berpuasa tapi enggan melaksanakan shalat fardhu lima waktu
Ini penyakit yang –diakui atau tidak– menghinggapi sebagian umat Islam, mereka mengira bahwa Ramadhan cukup dijalani dengan puasa semata, tanpa mau repot mengiringinya dengan ibadah shalat fardhu. Padahal shalat dan puasa termasuk rangkaian kumulatif (rangkaian yang tak terpisah/satu paket) rukun Islam, sehingga konsekwensinya, bila salah satunya dilalaikan, maka akan berakibat gugurnya predikat “Muslim” dari dirinya.


3. Berlebih-lebihan dan boros dalam menyiapkan dan menyantap hidangan berbuka serta sahur
Ini biasanya menimpa sebagian umat yang tak kunjung dewasa dalam menyikapi puasa Ramadhan, kendati telah berpuluh-puluh kali mereka melakoni bulan puasa tetapi tetap saja paradigma mereka tentang ibadah puasa tak kunjung berubah. Dalam benak mereka, saat berbuka adalah saat “balas dendam” atas segala keterkekangan yang melilit mereka sepanjang + 12 jam sebelumnya, tingkah mereka tak ubahnya anak berusia 8-10 tahun yang baru belajar puasa kemarin.


4. Berpuasa tapi juga melakukan ma’siat
Asal makna berpuasa bermakna menahan diri dari segala aktifitas, dalam Islam, ibadah puasa membatasi kita bukan hanya dari aktifitas yang diharamkan di luar Ramadhan, bahkan puasa Ramadhan juga membatasi kita dari hal-hal yang halal di luar Ramadhan, seperti; Makan, minum, berhubungan suami-istri di siang hari.


Kesimpulannya, jika yang halal saja kita dibatasi, sudah barang tentu hal yang haram, jelas lebih dilarang.

Sehingga dengan masa training selama sebulan ini akan mendidik kita menahan pandangan liar kita, menahan lisan yang tak jarang lepas kontrol, dsb.
“Barang siapa yang belum mampu meninggalkan perkataan dosa (dusta, ghibah, namimah dll.) dan perbuatan dosa, maka Allah tak menerima puasanya (pahala puasanya tertolak).”


5. Sibuk makan sahur sehingga melalaikan shalat shubuh, sibuk berbuka sehingga melupakan shalat maghrib
Para pelaku poin ini biasanya derivasi dari pelaku poin 3, mengapa ? Sebab cara pandang mereka terhadap puasa tak lebih dari ; “Agar badan saya tetap fit dan kuat selama puasa, maka saya harus makan banyak, minum banyak, tidur banyak sehingga saya tak loyo”. Kecenderungan terhadap hak-hak badan yang over (berlebihan).


6. Masih tidak merasa malu membuka aurat (khusus wanita muslimah)
Sebenarnya momen Ramadhan bila dijalani dengan segala kerendahan hati, akan mampu menyingkap hijab ketinggian hati dan kesombongan sehingga seorang Muslimah akan mampu menerima segala tuntunan dan tuntutan agama ini dengan hati yang lapang. Menutup aurat, misalnya, akan lebih mudah direalisasi ketimbang di bulan selain Ramadhan. Mari kita hindari sifat-sifat nifaq yang pada akhir-akhir ini sangat diumbar dan dianggap sah, Ramadhan serba tertutup, saat lepas Ramadhan, lepas pula jilbabnya, inilah sebuah contoh pemahaman agama yang parsial (setengah-setengah), tidak utuh.


6. Menghabiskan waktu siang hari puasa dengan tidur berlebihan
Barangkali ini adalah akibat dari pemahaman yang kurang tepat dari sebuah hadits Rasul yang berbunyi “Tidurnya orang yang berpuasa adalah ibadah” Memang selintas prilaku tidur di siang hari adalah sah dengan pedoman hadits diatas, namun tidur yang bagaimana yang dimaksud oleh hadits diatas? Tentu bukan sekedar tidur yang ditujukan untuk sekedar menghabiskan waktu, menunggu waktu ifthar (berbuka) atau sekedar bermalas-malasan, sehingga tak heran bila sebagian -besar- umat ini bermental loyo saat berpuasa Ramadhan.
Lebih tepat bila hadits diatas difahami dengan; Aktifitas tidur ditengah puasa yang berpahala ibadah adalah bila;
Tidur proporsional tersebut adalah akibat dari letih dan payahnya fisik kita setelah beraktifitas; Mencari rezeki yang halal, beribadah secara khusyu’ dsb.
Tidur proporsional tersebut diniatkan untuk persiapan qiyamullail (menghidupkan saat malam hari dengan ibadah)
Tidur itu diniatkan untuk menghindari aktifitas yang –bila tidak tidur- dikhawatirkan akan melanggar rambu-rambu ibadah Ramadhan, semisal ghibah (menggunjing), menonton acara-acara yang tidak bermanfaat, jalan-jalan untuk cuci mata dsb.
Pemahaman hadits diatas nyaris sama dengan pemahaman hadits yang menyatakan bahwa bau mulut orang yang berpuasa lebih harum daripada minyak misk (wangi) disisi Allah, bila difahami selintas maka akan menghasilkan pengamalan hadits yang tidak proporsional, seseorang akan meninggalkan aktifitas gosok gigi dan kebersihan mulutnya sepanjang 29 hari karena ingin tercium bau wangi dari mulutnya, faktanya bau mulut orang yang berpuasa tetap saja akan tercium kurang sedap karena faktor-faktor alamiyah, adapun bau harum tersebut adalah benar adanya secara maknawi tetapi bukan secara lahiriyah, secara fiqh pun, bersiwak atau gosok gigi saat puasa adalah mubah (diperbolehkan)


7. Meninggalkan shalat tarwih tanpa udzur/halangan
Benar bahwa shalat tarawih adalah sunnah tetapi bila dikaji secara lebih seksama niscaya kita akan dapatkan bahwa berpuasa Ramadhan minus shalat tarawih adalah suatu hal yang disayangkan, mengingat amalan sunnah di bulan ini diganjar sama dengan amalan wajib.


8. Masih sering meninggalkan shalat fardhu 5 waktu secara berjama’ah tanpa udzur/halangan (terutama untuk laki-laki muslim)
Hukum shalat fardhu secara berjama’ah di masjid di kalangan para fuqaha’ adalah fardhu kifayah, bahkan ada yang berpendapat bahwa hukumnya adalah fardhu ‘ain, berdasarkan hadits Rasulullah SAW yang mengisahkan bahwa beliau rasanya ingin membakar rumah kaum Muslimin yang tidak shalat berjama’ah di masjid, sebagai sebuah ungkapan atas kekecewaan beliau yang dalam atas kengganan umatnya pergi ke masjid.


9. Bersemangat dan sibuk beribadah sunnah selama Ramadhan tetapi setelah Ramadhan berlalu, shalat fardhu lima waktu masih tetap saja dilalaikan
Ini pun contoh dari orang yang tertipu dengan Ramadhan, hanya sedikit lebih berat dibanding poin-poin diatas. Karena mereka Hanya beribadah di bulan Ramadhan, itupun yang sunnah-sunnah saja, semisal shalat tarawih, dan setelah Ramadhan berlalu, berlalu pula ibadah shalat fardhunya.


10. Semakin jarang membaca Al Qur’an dan maknanya

11. Semakin jarang bershadaqah

12. Tidak termotivasi untuk banyak berbuat kebajikan

13. Tidak memiliki keinginan di hatinya untuk memburu malam Lailatul Qadar
Poin nombor 8, 10, 11, 12 dan 13 secara umum, adalah indikasi-indikasi kecilnya ilmu, minat dan apresiasi yang dimiliki oleh seseorang terhadap bulan Ramadhan, karena semakin besar perhatian dan apresiasi seseorang kepada Ramadhan, maka sebesar itu pula ibadah yang dijalankannya selama Ramadhan.


14. Biaya belanja & pengeluaran (konsumtif) selama bulan Ramadhan lebih besar & lebih tinggi daripada pengeluaran di luar bulan Ramadan (kecuali bila biaya pengeluaran itu untuk shadaqah)

15. Lebih menyibukkan diri dengan belanja baju baru, camilan & masak-memasak untuk keperluan hari raya pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan

16. Lebih sibuk memikirkan persiapan hari raya daripada amalan puasa
Mereka lebih sibuk apa yang dipakai di hari raya dibanding memikirkan apakah puasanya pada tahun ini diterima oleh Allah Ta’aala atau tidak Orang-orang yang biasanya mengalami poin-poin nomor 14, 15 dan 16 adalah orang-orang yang tertipu oleh “fatamorgana Ramadhan”, betapa tidak ? Pada hari-hari puncak Ramadhan, mereka malah menyibukkan diri mereka dan keluarganya dengan belanja ini-itu, substansi puasa yang bermakna menahan diri, justru membongkar jati diri mereka yang sebenarnya, pribadi-pribadi “produk Ramadhan” yang nampak begitu konsumtif, memborong apa saja yang mereka mampu beli.


Tak terasa ratusan ribu hingga jutaan rupiah mengalir begitu saja, padahal di luar Ramadhan, belum tentu mereka lakukan. Semoga sentilan yang menyatakan bahwa orang Islam tidak konsisten dengan agamanya, karena di bulan Ramadhan yang seharusnya bersemangat menahan diri dan berbagi, ternyata malah memupuk semangat konsumerisme dan cenderung boros, dapat menggugah kita dari “fatamorgana Ramadhan”.

Semoga Allah menganugerahi kita dengan rahmat-Nya, sehingga mampu menghindari kesalahan-kesalahan yang kerap kali menghinggapi mayoritas umat ini, amin. Hanya dengan keikhlasan, perenungan dan napak tilas Rasul, insya Allah kita mampu meng-up grade (naik kelas) puasa kita, wallaahu a’lam bis shawaab.




(Ahmad Rizal, Alumni STAIL, dan KMI Gontor-Ponorogo/Hidayatullah)
www.hidayatullah.com

Thursday, August 28, 2008

Salam Ramadhan


Assalamu'alaikum.

Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan .

Sahabat ku Tetamu Agung ini bakal berkungjung beberapa hari lagi. Ahlan Ya Ramadhan, lambaianmu Ramadhan menggamit hati-hati kami untuk bersama-sama menyemarakkanmu. Semoga ruang dan peluang yang Allah sediakan 1 bulan istimewa buat kita ini memberi pelatihan abadi untuk pengendalian hati dan diri bagi meraikan kemerdekaan sejati.


Sahabatku :

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya sibuk berzikir

Tentu tak akan jemu melagukan syair rindu

Mendayu..merayu. .kepadaNya Tuhan yang satu


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solat ku kerjakan di awal waktu

Solat yang dikerjakan.. sungguh khusyuk

Lagi tawaduk

Tubuh dan qalbu bersatu

Memperhambakan diri

Mengadap Rabbul Jalil...menangisi

Kecurangan janji

”innasolati wanusuki wamahyaya

Wamamati lilahirabbil ’alamain’

( sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam )


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan ku siakan walau sesaat yang berlalu

Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

Disetiap kesempatan juga masa yang terluang

Alunan al-quran bakal ku dendang...

Bakal ku syairkan


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malam mu engkau sibukkan dengan

Bertarawih

Berqiamullail, bertahajud

Mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

” sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu

Tapi ku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu”


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu diriku tak akan melupakan yang tersayang

Mari kita meriahkan Ramadhan

Kita buru..kita cari..suatu malam idaman

Yang lebih baik dari seribu bulan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu ku bakal menyediakan batin dan zahir

Mempersiapkan diri, rohani dan jasmani

Menanti-nanti jemputan Izrail

Di kiri dan kanan lorong-lorong ridha Ar-Rahman.



Duhai Ilahi

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami

Jadikanlah ia Ramdhan yang paling bererti

Peling berseri menerangi kegelapan hati kami

Menyeru ke jalan menuju ridha serta

Kasih sayangMu Ya Ilahi

Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti



Namun teman ...

Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

Apakah Ramadhan ini yang terakhir kali bagi dirinya

Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

Berusaha...bersedia ..meminta belasNya



ANDAI BENAR INI RAMADHAN TERAKHIR BUAT AKU

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KESILAPAN

YANG PERNAH AKU LAKUKAN

”MARHABAN YAA RAMADHAN”





HM/07

Thursday, August 14, 2008

DAKWAH FARDIYAH

“ Praktis Dakwah Fardiyah”

Penulis : Syekh Mustafa Masyhur

Merekrut manusia ke jalan Allah SWT merupakan amaliyah yang mahal. Hal ini bisa dilakukan dengan berbagai macam cara, di antaranya melalui dakwah fardiyah. Banyak pengalaman orang lain dalam merekrut orang melalui dakwah fardiyah. Terkadang memang melakukan dakwah fardiyah memerlukan kiat tersendiri.

Berikut ini kiat praktis dakwah fardiyah :

1. Berupaya untuk membina hubungan dan mengenal setiap orang yang hendak didakwahi dan membangunnya dengan baik. Upaya ini untuk menarik simpati darinya agar hatinya lebih terbuka dan siap menerima perbincangan yang dapat diambil manfaat sehingga pembicaraan berikutnya dapat berlangsung terus. Pembinaan hubungan dengannya dilakukan secara intens sehingga obyek dakwah mengenal orang yang mengajaknya sebagai orang yang enak untuk berteman dan berkomunikasi.

2. Membangkitkan iman yang mengendap dalam jiwa. Pembicaraan hendaklah tidak langsung diarahkan pada masalah iman, namun sebaiknya berjalan secara tabi’i, seolah-olah tidak disengaja dengan memanfaatkan moment tertentu untuk memulai mengajaknya berbicara tentang persoalan keimanan. Melalui pembicaraan yang tabi’i, persoalan yang dipaparkan akan mudah mendapatkan sambutan. Dari sambutan yang disampaikannya mengenai beberapa hal dapat ditindaklanjuti dengan meningkatkan gairah keimanannya. Gairah keimanan yang timbul darinya akan mencari solusi atas permasalahan yang dihadapinya. Dari situlah muncul perhatian yang besar terhadap masalah-masalah keislaman dan keimanan.

3. Membantu memperbaiki keadaan dirinya dengan mengenalkan perkara-perkara yang bernuansa ketaatan kepada Allah dan bentuk-bentuk ibadah yang diwajibkan. Pada tahap ini perlu pula dibekali dengan bahan-bahan bacaan dari referensi yang sederhana, seperti Dasar-dasar Islam, Prinsip-prinsip Islam (Abul ‘Alaa Al Maududi), dan lain-lainnya. Disamping bekalan bahan-bahan bacaan juga perlu diperkenalkan dengan lingkungan yang baik dan komunitas masyarakat yang shalih agar dapat menjaga nilai-nilai yang telah tertanam dan meneladani kehidupan orang shalih. Mutaba’ah dan pemantauan dalam tahap ini memerlukan kesabaran yang tinggi sehingga dapat membimbing perjalanannya di atas jalan dakwah dan terhindar dari faktor-faktor yang buruk.

4. Menjelaskan tentang pengertian ibadah secara syamil agar memiliki kepahaman yang shahih tentang ibadah disertai niat yang benar dan berdasarkan syara’. Pemahaman yang tidak sempit terhadap ibadah. Ibadah bukan sebatas rukun Islam yang empat saja (shalat, puasa, zakat, dan haji). Akan tetapi pengertian ibadah yang luas sehingga memahami bahwa setiap ketundukan seorang hamba padaNya dengan mengikuti aturan yang telah digariskan akan bernilai ibadah.

5. Menjelaskan kepada obyek dakwah bahwa keberagamaan kita tidak cukup hanya dengan keislaman diri kita sendiri. Hanya sebagai seorang muslim yang taat menjalankan kewajiban ritual, berperilaku baik dan tidak menyakiti orang lain lalu selain itu tidak ada lagi. Melainkan keberadaan kita mesti mengikatkan diri dengan keberadaan muslim lainnya dengan berbagai macam problematikanya. Pada tahap ini pembicaraan diarahkan untuk menyadarkan bahwa persoalan Islam bukan urusan perorangan melainkan urusan tanggung jawab setiap muslim terhadap agamanya. Perbincangan ini dilakukan agar mampu mendorongnya untuk berpikir secara serius tentang bagaimana caranya menunaikan tanggung jawab itu serta menjalankan segala tuntutan-tuntutannya.

6. Menjelaskan kewajiban untuk mengemban amanah umat dan permasalahannya. Kewajiban di atas tidak mungkin dapat ditunaikan secara individu. Masing-masing orang secara terpisah tidak akan mampu menegakkannya. Maka perlu sebuah jama’ah yang memadukan potensi semua individu untuk memperkuat tugas memikul kewajiban berat tersebut. Dari tahap ini obyek dakwah disadarkan tentang pentingnya amal jama’i dalam menyelesaikan tugas besar ini.

7. Menyadarkan padanya tentang kepentingan sebuah jama’ah. Pembicaraan ini memang krusial dan rumit sehingga memerlukan hikmah dan kekuatan argumentasi yang meyakinkan. Oleh karena itu harus dijelaskan padanya bahwa bergabung dengan sebuah jama’ah harus meneliti perjalanan jama’ah tersebut. Jangan sampai terburu-buru untuk menentukan pilihan terhadap sebuah jama’ah yang akan dijadikannya sebagai wahana merealisasikan dasar-dasar Islam.

Demikianlah langkah-langkah dalam melaksanakan dakwah fardiyah. Selamat mengamalkan, semoga Allah SWT memudahkan kita membimbing saudara-saudara kita ke jalanNya. Aamiin.Orang yang besar dan agung ialah yang mengerti apa yang sedang dikerjakannya dan apa yang harus ia lakukan.

“Dan Al Quran ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah Kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya?”(QS. Al-Anbiyaa’ : 50).

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.(QS. Al-Qashash : 56).Jadi doakanlah objek dakwah fardiyah Anda setiap hari dan bersabarlah atas proses sunnatullahnya. Karena tugas Anda hanya menyampaikan dan berusaha berdakwah. Anda tidak bertanggung-jawab untuk memberinya hidayah.

INGIN MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERJASA?


INGIN MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERJASA?


Banyak cara untuk kita berjasa kepada orang yang kita sayangi. Kalau kita hendak menjadi anak yang berjasa kepada ibu bapa, kita bila-bila masa boleh menawarkan tenaga. Jika ibu bapa kita minta bantuan kita untuk membersih dan mengemas rumah, kita boleh tolong. Jika ibu bapa kita letih dan sakit, kita boleh saja memicit dan merawat. Jika kita berwang, boleh saja tiap-tiap bulan kita menghulurkan wang kepada mereka. Jika ibu bapa kita telah tua, lagi banyak peluang untuk kita berjasa kepada mereka.


Kita boleh mengajak mereka tinggal di rumah kita, kita boleh hiburkan hati mereka dengan mengajak mereka bersiar-siar dan membeli barang keperluan mereka. Kita boleh berjasa kepada mereka, bukan setahun sekali malah setiap hari. Begitulah hakikat berjasa kepada manusia secara umumnya.


Tetapi kepada Allah, apakah peluang dan bagaimanakah cara kita dapat berjasa kepada-Nya? Allah ialah Tuhan dengan sifat kamalat yang bersalahan dengan sifat manusia. Allah tidak akan rasa letih dan sakit seperti mana manusia merasainya. Allah tidak memerlukan pakaian dan makanan seperti mana manusia memerlukannya. Malah Allah tidak memerlukan manusia seperti mana manusia memerlukan Allah. Lantas, peluang untuk kita menjadi hamba Allah yang berjasa sangat terhad. Sangat terhad.


Kita ada satu ruang dan peluang sahaja untuk menjadi hamba Allah yang berjasa. Ruang dan peluang itu ialah MENOLONG AGAMA-NYA. Inilah satu-satunya peluang dan ruang yang terhampar di depan kita. Kalau kita berlalu tanpa mengutip peluang ini, maka tiadalah kita menemuinya lagi di sepanjang perjalanan hidup kita.


Dua langkah yang boleh kita ambil untuk menolong agama Allah ialah:-


1. Menjadi DA’I - Da’i atau pendakwah yang berperanan dalam menyebarkan agama Allah kepada dua pihak iaitu kepada orang yang belum beragama Islam dan kepada orang yang sudah beragama Islam. Kita boleh menerangkan tentang kebenaran, kebaikan dan kesyumulan Islam kepada kaum Cina, India dan sebagainya melalui lisan dan tulisan. Kita juga sewajarnya berdakwah di kalangan umat Islam sendiri agar umat Islam lebih mengenali agama mereka, beriman dan beramal dengan ajaran al-Quran dan al-Hadis yang mencakupi segala skop kehidupan.


2. Menjadi JUNDULLAH - Jundullah ialah tentera Allah yang berjuang di medan jihad sama ada jihad itu menuntut pengorbanan nyawa atau menuntut pengorbanan tenaga, masa dan harta benda. Kita boleh menjadi jundullah dalam menegakkan hukum Allah, syariat-Nya dan berjuang dalam menjadikan hukum dan syariat itu berdaulat, ’memerintah bukan diperintah’.


Dalam kedua-dua langkah itu, kita tidak akan ditanya tentang berapa orangkah sudah berjaya engkau Islamkan atau sudah menangkah engkau dalam menegakkan Islam. Berjaya dan menang adalah hak dan ketentuan Allah. Yang penting adalah kita berperanan secara istiqamah tanpa mengenal putus asa.


Kerja kita hanya tamat apabila berlangsungnya nafas terakhir kita. Kerja Islam adalah kerja tanpa musim.Demikianlah dua langkah yang perlu diambil sekiranya kita ingin BERJASA KEPADA ALLAH. Ingat, seorang ’abid (ahli ibadat) belum tentu menjadi hamba yang berjasa kepada Allah. Akhirnya, pilihan sudah ada di depan kita; sama ada kita ingin menjadi HAMBA ALLAH YANG BERJASA atau HAMBA ALLAH YANG TIDAK BERJASA.