Wednesday, January 7, 2009

Hari ini puasa asyura....


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline. net


Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : "Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari 'asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun.." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.


Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari 'asyura dengan mengadakan program membuat bubur 'ayura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan. Wallahu a'lam.

Sunday, January 4, 2009

Bersamamu Palestin....

KENYATAAN AKHBAR JIM MEMBANTAH SERANGAN
REGIM ISRAEL KE ATAS GAZA, PALESTIN.
Sidang Akhbar 020109 di Pejabat JIM Taman Melawati
Dari kiri, Sebahagian para wartawan, Dr Hafidzi (Pengarah PACE, Hj Ir. Zairul (Naib Presiden JIM), Zun Arif Hakim (JK Perhubungan Antarabangsa JIM), Dr Harlina (Ketua Wanita JIM) Norazian Anidin (Penceramah Isu Palestin JIM)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengutuk sekeras-keras tindakan biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan keganasan yang tiada taranya sejak rejim itu mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dan menceroboh dan menguasai Baitul Maqdis sejak tahun 1967. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.

Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang dan 700 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Sehingga saat ini, serangan akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan seperti yang dijelaskan mereka kepada Presiden Perancis semalam. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan dan kematian di kalangan penduduk Gaza.

JIM menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ia adalah satu lagi pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Serangan roket pejuang Palestin yang kononnya menjadi punca tindakan luar batasan negara haram Isreal ini sebenarnya hanyalah serangan balas ke atas beberapa provokasi dari tentera Israel sendiri termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

JIM juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikat serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza . Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.JIM menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat yang dikuasai oleh zionis dan kenyataan pemimpin-pemimpin US , Israel , Mesir dan Pihak Berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin serta berat sebelah di dalam membentangkan fakta yang sebenarnya.

JIM ingin mengajak rakyat Malaysia untuk kembali kepada fakta-fakta asas dan melihat isu ini dari perspektif yang lebih holistik dari segi sejarah, hak asasi manusia, kemanusiaan, peradaban, hak bersuara, hak wanita, kanak-kanak dan orang tua malahan apa sahaja konvensyen antarabangsa kemanusiaan yang wujud hari ini. Ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Switzerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini. Pada 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses ”pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Selama lebih 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati . Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan. Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .

Rakyat Palestin yang mahu hidup dengan merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

JIM menyeru rakyat Malaysia untuk merenungkan fakta-fakta ini. Di saat ini lebih sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.
Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih, ubatan, makanan dan sanitasi yang sempurna. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza. Kerajaan, manusia & peradaban apakah ini yang dilaksanakan oleh negara haram Israel?.

Hakikatnya hari ini, Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.
Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat Gaza , JIM mengesyorkan agar umat Islam mengadakan solat hajat perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. Umat islam harus insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .

JIM juga akan mempergiatkan dan memperhebatkan kutipan bantuan Palestin melalui Tabung Bersamamu Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau, masjid dan lain-lain. JIM mengharapkan sokongan seluruh rakyat agar menghulurkan bantuan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

Bergerak ke hadapan, JIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu:

1. Mengadakan Solat Hajat Perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat Islam agar membela saudara se Islam yang teraniaya, apatah lagi ia melibatkan tanah suci dan bumi yang diberkati ALlah SWT.
2. Melancarkan dan memperhebatkan kutipan tabung Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah,pejabat, tempat awam, surau dan lain-lain.
3. Mengeluarkan risalah dan menyebarkan di tempat-tempat awam mengenai isu sebenar di Palestin.
4. Mengadakan khutbah yang menjurus kepada isu pembelaan rakyat Palestin di Gaza.
5. Menggesa generasi muda untuk membina kesedaran masyarakat dan generasi muda dengan pelbagai cara yang kreatif termasuklah mengadakan pertandingan sukan seperti futsal, demonstrasi Parkour, walkathon, cyclathon dan seumpamanya.
6. Menyuarakan pandangan peribadi kita dengan menulis di dalam blog, milis-milis, kepada akhbar alternatif & arusperdana, akhbar antarabangsa, emel kepada Kerajaan-kerajaan yang terlibat seperti USA, Negara Haram Israel, EU, negara-negara
7. Memanfaatkan pakej Palestin yang ada pada JIM untuk digunakan di mana sahaja
8. Memakai baju Palestin sebagai menandakan solidariti & sokongan kita kepada mereka.
9. Bersedia untuk menjadi penceramah Palestin. Hadir dan berikan sokongan kepada program Training of Palestine Speakers (TOPS) yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
10. Menghadiri setiap rapat umum, demonstrasi, majlis kenyataan akhbar dsbnya dengan memakai baju Freedom for Palestine yang boleh diperolehi dari Pegawai Eksekutif JKPA (Md. Nasir Bin Tampol, 014-311 0628).
11. Bersedia untuk menjadi sukarelawan kemanusiaan JIM atau NGO lain ke Timur Tengah.
Akhir sekali JIM ingin merakamkan rasa sedih yang amat mendalam di atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (1430H) dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan bahawa tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu JIM menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.

Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin
Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
02 Januari 2009 / 5 Muharam 1430H

Doa Qunut Nazilah

Perjalanan Hidup Ku….

Tanggal 31hb Dis 2008 mlm tahun baru menutup tirai bersama dgn ops Sayangi Remaja II.Konsep yang kita buat adalah dekati remaja sambil berpesan dgn kebenaran,kita memerangi syaitan & yahudi di dalam hati mereka.Senjata psikologi yahudi telah sampai kenegara kita tanpa kita sedar melalui pemakaian ketat dan budaya-budaya negetif .Pengalaman yang cukup terkesan kepada diri aku sebagai khalifah di muka bumi,tidak kecuali juga kepada umat islam yang lain.Sungguh pun manusia itu bukan islam…tetapi apa bila ditegur dgn hikmah…mereka akan terkesan disbbkan roh kita sudah berjanji dialam roh utk mentaati Allah S.W.T.Kita disuruh melakukan amal maaruf nahi mungkar mengikut hadis Qudsi “Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya allah s.w.t berfirman kepada kamu: “Serulah manusia melakukan kebajikan dan cegahlah mereka dari perbuatan mungkar sebelum datangnya saat dimana kamu berdoa tapi Aku tidak mengurniakannya kepada kamu,kamu meminta daripadaku,tetapi aku tidak akan mengabulkannya,kamu memohon pertolongan daripadaku,tapi aku tidak menolong kamu.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban)


Salah satu senjata orang yahudi utk membunuh umat islam adalah Arak.Arak yang paling banyak ialah arak jenama Thai Song yang dihasilkan di Selangor. Arak jenis ini mengandungi 32.5% alkohol.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis arak dan kandungan alkohol yang dikeluarkan di beberapa tempat :

Jenama

Kandungan Alkohol

Tempat Dikeluarkan

Thai Song

32.5%

Lot 2596, Jalan Seruling 59, Kawasan 3, Taman Klang Jaya, 41200 Klang, Selangor.

T. H. B Brand

30%

Tidak dinyatakan

Lycheer

30%

Tidak dinyatakan

Gold Rush (Brandy)

20%

Tidak dinyatakan

Old Wisky

25%

Tidak dinyatakan

Kapak

37%

Lot 2596, Jalan Seruling 59, Kawasan 3, Taman Klang Jaya, 41200 Klang, Selangor.

Orang Tua Botak

28%

No. 96, Jln Fairuz 6/1, Kawasan Perindustrian Ringan, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.

Gunness

6.8%

Tidak dinyatakan

Alkohol Herba

22%

Tidak dinyatakan

Vodk Orange

Tidak dinyatakan

Tidak dinyatakan

Double Axe

37%

Kooi Kee Him Sdn Bhd., 142, Lebuh Carnavon, 10100 Penang.

Mr. Takila

32.5%

Ewein Winery (M) Sdn. Bhd., Plot 537, Lorong Perusahaan 8D, Kawasan Perindustrian Perai 2, 13600 Perai, Pulau Pinang.


GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL SEPANJANG OPS SAYANGI REMAJA II

Bersama unit Amal dalam ops sayangi remaja II malam Tahun Baru 2009 di Teluk Molek


Adik usrahku….Sebelum memulakan ops sayangi remaja II isi perut dulu
Bersama adik-adik usrah pelajar KITAB
Kenangan sukarelawan Muslimat USM yg perihatin bersama adik-adik
Sebelum Ops Sayangi remaja II…berposing sakan org kuat KBM nii… Achu & Abg Art

Tanggal 2hb Januari 2009,Selepas Jumaat aku mengikuti perarakan bantahan Israil & Amerika telah dibuat dari Masjid Melayu jln Acheh ke Masjid keling.Inilah pertama kali dalam sejarah hidupku mengikuti demontrasi....itu disebabkan bertapa aku sayangi saudaraku yang berjuang di Palestin sana.Bila ku lihat Malaysia..hati ku menjadi sebak disebabkan bertapa selesanya masyarakat kita dgn keluarga...bersantai di Pantai-pantai,dirumah yang indah,anak-anak pergi sekolah dgn senang hati....tapiii....saudaraku dipalestin hanya membilang hari utk hidup...Apabila Ust Hafiz Nordin bertanya "siapa yang kan turut serta berjihad di Palestin" aku terus mengangkat tangan.Kusimpan Sajak ini dalam diri ini setelah idolaku syahid bertemu Allah.
WAHAI JIWA YANG TIDUR… BANGKITLAH!!

Wahai jiwa-jiwa yang tidur…Bangkitlah!

Bangkitlah dari lamunan dan igauan di siang hari

Akibat kekenyangan nafsu diri

Dan maksiat yang melingkari

Serta angan –anganmuyang tak tau berhenti

Apakah mata hatimu sudah tertutup

Atau pekak menjadi tuli

Umat Islam diganasi

Siang dan malam tanpa henti!

Bumi yang panas ini sekali lagi sekali lagi menjadi saksi

Kekejaman Yahudi Zionis

Mencabut nyawa Syeik kami

Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Rantissi

Kau tembak mereka bukan dengan peluru biasa

Namun dengan pelancar yang bertubi-tubi

Dari jenama Amarika

Bagai Bukit Jabal Nur yang memancar cahaya ILLAHI

Umat ini akan terus bangun

Akan ada 1000 lagi seperti Syeikh Ahmad Yasin dan Abdullah Aziz Rantisi

Yang pernah berkata dari nurani suci

“Aku mahu mati sebagai syuhada dari mati akibat kanser dan darah tinggi”

Yang akan terus memimpin tangan-tangan umat

Demi membela tanah suci ini

Al-Quds bukan amanah mereka sahaja

Namun,juga milik kita

Yang mesti dipertahankan

Dengan apa sahaja cara

Hatta tergadai tubuh binasa

S.Maarif

Seri Gombak

Ayuh !! boikot Israil & Amerika...hentikan menghisap rokok

Semoga Allah makbulkan doa pejuang-pejuang yang menyerah diri kepadamu

Monday, December 29, 2008

Ops Sayangi Remaja II

Bridget Amar Ma'ruf Nahi Mungkar (BADAR 313)

Ops Sayangi Remaja II

(Mencegah Maksiat, Menyampaikan Syari'at)

Setelah kejayaan Ops Sayangi Remaja I pada malam ambang merdeka yang lalu, BADAR 313 sekali lagi menganjurkan Ops Sayangi Remaja II sebagai kesinambungannya untuk malam ambang tahun baru. Program ini akan dijalankan di sekitar kawasan tumpuan belia muda-mudi sewaktu sambutan ambang tahun baru.

Program ini bukanlah bersifat menghukum atau menangkap mana-mana pasangan yang berbuat maksiat tetapi lebih kepada pencegahan dan kaunseling pasangan belia secara berhikmah. Taklimat tentang objektif program ini serta pendekatan yang akan digunakan untuk berjumpa pasangan belia di lapangan akan diberi oleh urusetia kami yang sudah berpengalaman hampir 10 tahun bergelumang dengan belia bermasalah.

Saya menjemput semua sahabat-sahabat seperjuangan untuk sama-sama turun ke lapangan mendekati belia-belia ini secara dekat. Kepada NGO Islam yang berminat bolehlah menghubungi saya, `Izzat Anwari bin Hasni (013-4025770) dan kepada mahasiswa IPT pula boleh menghubungi Saiful Afindi bin Sulaiman (013-9900138) atau Nur Azwaahidah binti Badarudin (019-4553985). Tiada tarikh tutup untuk penyertaan namun diharapkan wakil setiap badan dapat menghubungi urusetia awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Program akan bermula jam 6.00 petang dan para peserta program diminta untuk berkumpul di Masjid Kubang Buaya, Butterworth bagi sesi taklimat terakhir. Peringatan kepada semua, untuk mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas, para peserta diminta hadir awal di masjid tersebut. Makanan akan disediakan oleh urusetia kepada para peserta.

Sebarang perubahan atau maklumat lanjut akan dimasukkan ke dalam blog rasmi Rumah Upayadaya dan Harapan al-Rahman (RAUDHAH) dan blog rasmi Serambi Dakwah.

Sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat lain. Syukran jazilan.

Thursday, December 18, 2008

Children See Children Do...

Apa yang ibubapa buat anak akan ikut...tunjukilah akhlak yang mulia supaya mereka dapat mengikuti akhlak yang baik.

Wednesday, December 17, 2008

Solat Dhuha kunci rezeki


Solat Dhuha : Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )


Niat Solat Dhuha

"sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah : "Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kemegahan (keagungan) ialah kemegahanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu."