Monday, December 14, 2009

solat dan alam

::solat dan alam::

Artikel yang diterima ini sangat menarik malangnya saya kehilangan penulis asalnya.Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?


Sunday, December 6, 2009

PERSELISIHAN & PENDAMAIAN

PERSELISIHAN & PENDAMAIAN

Oleh : Wan Ahmad

Allah swt telah menegaskan bahwa orang-orang yang beriman adalah bersaudara dan persaudaraan itu di asaskan di atas dasar iman sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an :

"Orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat". (QS Al Hujuraat : 10)

Di dalam kehidupan bersaudara ini, Rasulullah saw memperdalamkan lagi penjelasan agar seorang mukmin dengan orang mukmin yang lain boleh bekerjasama dan saling memberi dan mengisi.

Bahkan beliau mengibaratkan kesatuan orang-orang mukmin secara idealnya menyerupai satu tubuh, sebagaimana sabda beliau;

"Perumpamaan kaum mukminin dalam berkasih-sayang dan saling mencintai, bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh merasa demam dan tidak boleh tidur."

Namun jika kita memperhatikan realiti umat Islam hari ini, idealisma yang digambarkan oleh Al-Qur'an dan Hadist tersebut ternyata jauh panggang dari api bahkan mungkin sukar untuk direalisasikan.

Bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu di antara umat Islam, timbul berbagai perselisihan dan perpecahan.

Tentulah perkara ini menjadi sebuah fenomena yang cukup memperihatinkan kerana di satu sisi, umat Islam ketika ini perlu berhadapan dengan berbagai masalah kehidupan, namun di sisi lain, mereka berpecah-belah dan bercera-berai.

Akibat secara langsungnya tentulah menjadikan umat Islam tidak efektif dalam usahanya untuk mengatasi berbagai masalah kehidupan ini dan semakin tidak berdayanya usaha untuk memajukan umat ini.

Mengingatkan perintah Allah agar kita bersaudara sesama kita di samping sentiasa memperbaiki tahap persaudaraan itu, maka selayaknya setiap mukmin memperhatikan persoalannya dalam isu persaudaraan ini.

Mengapa umat Islam kini berpecah belah, lalu apakah langkah-langkah untuk menghadapi situasi yang cukup kritikal ini.

Al-Qur'an ketika menyebutkan bahwa kaum mukminin bersaudara dan memerintahkan untuk memperbaikinya telah pula memberikan resipi untuk usaha ke arah itu.

Dalam surah Al Hujuraat, Allah swt memaparkan 7 cara bagi kita untuk mengelakkan virus-virus penyakit dari menggigit ukhuwah yang boleh menghancurkan saf ukhuwah yang telah dibina.

1. "Tabayyun"

"Tabayyun" bererti mencari kejelasan informasi dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima.

Allah swt berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS Al-Hujuraat : 6)

"Tabayyun" memiliki nilai tersendiri untuk menghindarkan dari segala tindakan di atas dasar prasangka. Prasangka boleh jadi benar dan boleh pula salah.

Jika ketepatan sebuah prasangka itu salah, sementara seseorang sudah bertindak, maka tindakan itu tidak mampu untuk dihapuskan selama-lamanya.

Untuk itulah, jika ada berita dari seseorang yang fasik, yang keperibadiannya meragukan, maka perlu diperiksa dan dinilai berulang kali agar kelak tidak menyesal dengan keputusan yang diambil.

2. Tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain.

Firman Allah swt :

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ." (QS Al Hujuraat :11)

Ketika ini terdapat banyak kelompok atau organisasi dakwah. Perlu kita sedari bahwa di antara kelompok-kelompok dakwah tersebut terdapat perbezaan samada yang prinsip mahupun yang bukan prinsip. Perbezaan dalam menentukan sasaran tertinggi termasuk dalam masalah prinsip.

Keadaan ini akan menarik kepada suasana persaingan yang kadang-kadang bentuknya tidak sihat. Persaingan ini akan semakin tidak sihat dengan timbulnya elemen-elemen yang mudah untuk melontarkan ungkapan-ungkapan yang bernada cemohan dan cercaan antara mereka.

Dr Yusuf Al Qardhawi menyebutkan dalam salah satu tulisannya bahwa berhimpunnya kelompok-kelompok dakwah dan harakah yang ada di bumi sekarang ini adalah suatu mimpi indah. Maka kesatuan "wala'" (kesetiaan) dan tumbuhnya suasana bekerjasama dalam menghadapi konspirasi para thaghut adalah sesuatu yang tidak boleh ditawar-tawar lagi.

Secara realitinya, walaupun keadaan ini belum benar-benar dapat diwujudkan disebabkan ada beberapa perkara yang belum boleh kita lakukan, namun tidak mampukah kita sekadar meninggalkan tradisi memperolokkan- olokkan sesama kita dan perasaan "aku lebih baik daripadanya" seperti yang dinyatakan oleh iblis???

3. Tidak mencela orang lain.

Ini ditegaskan oleh Allah swt dengan firman-Nya:

"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri".

Di dalam ayat ini, mencela sesama muslim dianggap sebagai mencela diri sendiri kerana pada hakikatnya kaum muslimin dianggap sebagai satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah berkait dengan masalah status dan ukuran kebendaan.

Allah swt sendiri menyuruh Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin.

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru tuhannya di waktu pagi dan petang hari dengan mengharap keridhaanNya. " (QS Al-Kahfi : 28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim.

Ini berdasarkan firman Allah swt :

"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS Al-Hujuraat : 11)

Sebutan yang tidak baik akan menyebabkan orang yang disebut itu terhiris hatinya. Jika hati sudah terhiris, maka persaudaraan pasti akan retak. Oleh kerana itulah penyebutan nama atau pelabelan seseorang dengan nama yang tidak baik akan merosakkan persaudaraan.

Gelaran dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Dalam kenyataan dewasa ini, masih sahaja wujud orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menuduh kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok mereka.

Sama juga dalam pengertian ini adalah pemberian gelaran-gelaran yang buruk kepada sesama kaum muslimin seperti penamaan gelaran Wahabi, Khawarij, teroris, fundamentalis dan berbagai sebutan yang bernada negatif adalah termasuk ke dalam makna ayat ini.

5. Menjauhi Prasangka

Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu dosa." (QS Al-Hujuraat :12)

Pada dasarnya seorang muslim mesti berbaik sangka terhadap sesama muslim yang lain.

Dalam setiap permasalahan dengan sesama muslim, hendaklah menghadapinya dengan sangkaan yang positif dan ketika adanya bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut barulah seseorang itu boleh mengambil sikap.

Namun sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin mesti menaruh rasa curiga apabila mereka bermanis muka dan berbudi.
Allah swt sendiri menegaskan :

"Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk menghalangi manusia dari jalan Allah." (QS Al-Anfal : 36)

Buruk sangka adalah salah satu cara syaitan mencerai-beraikan Bani Adam.

Dalam sebuah hadits dari Ummul Mukminin Shafiyah binti Huyai, dia bercerita :

"Rasulullah saw pernah i'tikaf di masjid, lalu aku datang menjenguk beliau pada suatu malam untuk berbincang-bincang dengan beliau. (Setelah selesai) aku pun bangkit untuk kembali dan beliau pun bangkit bersamaku untuk menemani. Ketika itu lewatlah dua orang laki-laki Anshor ra. Tatkala mereka melihat Rasulullah saw, mereka pun mempercepatkan langkahnya. Rasulullah saw pun berseru : "Perlahanlah! Wanita ini adalah Shafiyah!" Dua orang itu pun berkata : "Subhanallah, ya Rasulullah!" Maka Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya syaitan menjalar pada diri Adam pada aliran darah dan sungguh aku khuatir syaitan akan melemparkan kejahatan pada hati kamu berdua (ketika melihat aku) lalu terucaplah sesuatu." (HR Bukhari)

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.

Perbuatan ini amat dicela oleh Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri.

Firman Allah swt :

" Dan janganlah kamu sekelian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS Al-Hujurat : 12)

Demikianlah di dalam Islam, Allah mengajarkan agar umat islam tidak suka mengintai-ngintai saudaranya.

Tersebut sebuah kisah di kalangan sahabat di mana seseorang menemui Abdullah bin Masud dan berkata, "Itu Walid bin Uqbah dan dari janggutnya menitis khamar." Ibnu Masud berkata, "Kita dilarang ber'tajassus' . Jika memang nampak jelas suatu kemaksiatan, barulah kita mengambil sikap."

Adalah jelas di kalangan para sahabat, bagi tujuan kepentingan masyarakat Islam, mereka sanggup meninggalkan perbuatan mengintai-ngintai.

Namun yang berlaku dewasa ini, ramai orang yang mengaku Islam dengan berlindung di sebalik penelitian ilmiah lalu mengamati dan menilai orang atau kelompok lain dan akhir kesudahannya adalah semata-mata bertujuan merendah-rendahkan dan mengurangkan keyakinan masyarakat kepada orang atau kelompok tersebut.

Semua tindakan tersebut adalah dilarang dan hanya akan merosakkan ukhuwah atau persaudaraan.

7. Menjauhi "ghibah" atau mengumpat.

Allah swt menegaskan :

"Dan janganlah kamu sekelian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?…"

Definasi "ghibah", sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah swt adalah :

"Ghibah itu kamu menyebut saudaramu tentang apa-apa yang dia tidak suka. Mereka bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika yang ada pada saudaraku itu seperti yang aku katakan?, Rasulullah menjawab, Jika padanya seperti yang kamu sebutkan, itulah yang dinamakan "ghibah". Dan jika tidak ada padanya maka bererti kamu telah menuduhnya." (HR Muslim)

Dari riwayat hadits di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahwa ketika seseorang menceritakan keburukan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang berlaku :

Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar berlaku maka itulah "ghibah".

Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak berlaku bererti ia telah memfitnah orang lain.

Begitu besarnya dosa mengumpat, sehingga Allah swt menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Meskipun Al-Qur'an sudah menjelaskan betapa besarnya dosa mengumpat, namun kita lihat banyak program televisyen yang berasaskan "gossip" atau mengumpat di samping majalah-majalah picisan kini amat diminati oleh masyarakat.

Jika sekadar menggambarkan peribadi seseorang sahaja itupun sudah mendapat teguran keras daripada Rasulullah saw, lalu bagaimana dengan menyebutkan sesuatu yang lebih buruk dari itu?

Alangkah hinanya gambaran mereka-mereka yang terlibat dengan aktiviti "ghibah"atau mengumpat ini.

Ya Allah, berilah kekuatan iman kepada kami untuk kami memperkukuhkan ukhuwah di kalangan umat Islam dan menjadikan usaha pengislahan sesama kami sebagai jalan penyelesaian kepada keutuhan ukhuwah. Mudahkanlah kami dalam mencerna dan melaksanakan tujuh cara yang Engkau telah tetapkan dalam Al-Qur'an bagi mengelakkan ukhuwah dari dirobek-robekkan serta menjadikan ukhuwah teras kegemilangan umat Islam.

Wednesday, November 11, 2009

PENJELASAN TERHADAP ISU DR ASRI

PERNYATAAN PENDIRIAN

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

11 November 2009/23 Zulkaedah 1430

PENJELASAN TERHADAP ISU DR ASRI

Isu yang berkisar tentang Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan PGSM masih belum menemui jalan penyelesaian. Dalam pada itu, pelbagai kekeliruan timbul tentang pendirian NGO Islam terhadap isu berkenaan. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) ingin membuat beberapa penjelasan dan mengemukakan cadangan.

1. JIM tetap berpendirian bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan NGO Islam yang lain bersetuju memberikan pandangan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong supaya Dr Mohd Asri tidak dilantik sebagai YDP YADIM. Berdasarkan pendirian inilah JIM turut disenaraikan sebagai penyokong memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

2. Walau bagaimanapun, JIM tidak selesa dan kesal dengan beberapa pertuduhan terhadap Dr Mohd Asri yang terdapat dalam memorandum tersebut. Ia seharusnya memerlukan kepada proses yang berhemah dan berhati-hati tanpa menzalimi mana-mana pihak. JIM tidak menerima deraf memorandum sebelum dihantar kepada Yang DiPertuan Agong. Pendirian JIM ini telah disampaikan dalam mesyuarat NGO-NGO Islam pada 6 November 2009.

Oleh itu JIM mengambil sikap “tawakuf” yakni berkecuali buat masa ini (“suspend judgement”), terhadap segala tuduhan yang ditimbulkan dalam memorandum tersebut.

3. Sehubungan itu, JIM dan semua NGO Islam yang lain telah bersepakat dalam mesyuarat pada 6 November 2009 supaya menumpu kepada jalan penyelesaian dengan diadakan satu majlis permuafakatan atau dailog ilmiah secara bersemuka dan tertutup agar hujah-hujah dapat disampaikan dalam suasana yang baik dan tenang serta dalam semangat mengangkat kekeliruan umat terhadap isu tersebut.

4. Turut dicadangkan ialah majlis tersebut dimudahcara oleh tokoh agama dan cendiakawan Islam yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Malah JIM bersedia mengambil inisiatif mengaturnya. JIM berharap kaedah ini boleh merungkai permasalahan dan inilah tuntutan Allah swt dalam Al-Qur’an, surah An-Nisa’ ayat ke-59.

5. Kehadiran JIM dalam sidang media bersama PGSM pada 6 November 2009 adalah untuk menjelaskan perkara 3 dan 4 di atas. Perlu ditegaskan bahawa JIM tidak terbabit dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PGSM pada hari tersebut walaupun dilihat bersama semasa sidang media. Pada sidang media tersebut, JIM telah mengeluarkan kenyataannya sendiri yang turut dipersetujui NGO Islam yang lain dengan menyebutkan perkara 3 dan 4 di atas.

HJ ZAID KAMARUDDIN

Presiden JIM

Wednesday, November 4, 2009

Apa Makna IKHSAN kepada ibubapa ?

Apa makna IHSAN kepada ibubapa?

Posted by Tajul Arifin bin Che Zakaria




Assalamualaikum wrt. wbt.

Mutaakhir ini timbul beberapa kekeliruan terhadap perkara yang dulunya mudah, tetapi kini menjadi sukar difahami. Bukan kerana hakikat itu telah berubah, namun ia diolah oleh mereka yang berkepentingan. Disebabkan terdesak untuk memahamkan orang tentang kaitan peristiwa atau isu yang telah berlaku, maka hakikat tersebut terpaksalah diterangkan dan diolah selari dengan kepentingan berkenaan. Jangan tertipu dengan apa yang diperkatakan, mari kita kembali kepada nas asal yang memperkatakan tentang itu.

Apa makna IHSAN kepada ibubapa?

1. Merujuk kepada ayat 23-24 dari Surah al-Isra' Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik (ihsan) kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah"** dan janganlah kamu membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah.."Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecilku."

** mengucapkan kata "ah" kepada orang tua tidak dibolehkan, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Di dalam ayat di atas ada 10 permasalahan:

1. Qadho - ialah suruhan wajib untuk menyembah Allah swt iaitu Allah Ta'ala telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya.

2. Allah swt memerintahkan agar manusia menyembahNya dan mentauhidkanNya disertakan dengan berbuat ihsan kepada kedua ibubapa, sama seperti bersyukur kepada Allah swt. disertakan dengan berterimakasih kepada kedua ibubapa. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abdullah ra, katanya: "Aku bertanya Nabi saw apakah amal yang paling disukai oleh Allah?" Nabi menjawab: "Solat dalam waktunya." Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?". Nabi saw menjawab: "Kemudian berlaku ihsan kepada kedua ibubapa." Aku bertanya lagi kemudian apa lagi?" Nabi saw menjawab: "Berjihad fi sabilillah."

Lihatlah betapa pentingnya ihsan kepada kedua ibubapa sehingga Nabi saw menjadikan 'birrul walidaini' -berbuat baik kepada ibubapa- seafdhal2 amal selepas solat yang merupakan tiang agama yang terpenting.

3. Di antara makna 'birrul walidaini' dan 'ihsan' kepada kedua ibubapa ialah bahawa jangan seseorang itu menderhaka kepada kedua2nya kerana ia termasuk daripada dosa-dosa besar (kabaair) tanpa khilaf. Perkara ini ditegaskan oleh sunnah thabitah. Di dalam sahih Muslim daripada Abdullah ibn Amru bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Sesungguhnya dikira daripada kabaair itu berkata kesat (memaki) seorang lelaki terhadap kedua ibubapanya. Sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah saw adakah orang yang akan berbuat demikian kepada ibubapanya?" Rasulullah saw menjawab: "Ya, boleh berlaku bila seorang lelaki mengeluarkan kata-kata kesat kepada bapa orang lain, lalu orang tadi membalas dengan memaki ibu dan bapanya."

4. Termasuk derhaka kepada ibubapa ialah menyalahi kehendak kedua-duanya dalam perkara yang diharuskan oleh syara', sama halnya 'birrul walidaini' bermakna membuat sesuatu yang disukai oleh kedua-duanya. Berdasarkan kenyataan di atas apabila kedua-dua ibubapa menyuruh sesuatu perkara kepada anaknya, maka menjadi kewajipan ke atas anak itu mentaatinya selagimana suruhan itu dalam perkara yang bukan maksiat.

5. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada ibnu Umar ra katanya: "Saya ada seorang isteri yang saya amat kasih, tetapi ayah saya membencinya dan menyuruh aku menceraikannya, lalu aku enggan. Aku mengadu kepada Rasulullah saw, lalu baginda saw bersabda: " Wahai Abdullah ibnu Umar! Ceraikan isterimu itu." (Hadith Hasan lagi Sahih).

6. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya: "Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: "Siapa yang paling berhak untuk aku melakukan ihsan dalam persahabatan dengannya?" Nabi saw menjawab: "Ibu kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Ibu kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Ibu kamu." Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab: "Bapa kamu."

Dalam hadith ini menunjukkan kasih kepada ibu 3 kali ganda melebihi kasih kepada bapa kerana Nabi saw menjawab tiga kali ibu dan bapa disebut yang keempat.

7. Tidak dikhususkan 'birrul walidaini' hanya kepada ibubapa yang muslim sahaja, bahkan wajib berbuat baik kepada kedua-duanya sekalipun mereka kafir.

8. Termasuk yang dimaksudkan 'ihsan' kepada kedua-dua ibubapa ialah apabila tidak sampai ke tahap jihad menjadi fardhu ain, ia mestilah mendapat keizinan daripada ibubapa untuk keluar berjihad; tidak boleh keluar berjihad kalau ibubapa tidak memberi izin. Ini berdasarkan hadith yang sahih yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar ra katanya: "Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw meminta izin untuk berjihad, maka Nabi saw bertanya: "Adakah kedua ibubapamu masih hidup?" Dia menjawab masih hidup, lalu Nabi saw bersabda: "Maka untuk kedua-dua ibubapamu hendaklah kamu berjihad." (Riwayat Muslim).

Di dalam riwayat yang lain lelaki tadi menjawab: "Ya, masih hidup dan aku meninggalkannya dalam keadaan kedua-duanya menangis. Nabi saw bersabda: "Pergi kamu, maka usahakan supaya kedua-duanya ketawa sebagaimana kamu telah membuat kedua-duanya menangis."

Dalam riwayat yang lain lagi.... Nabi saw bersabda: "Tidur kamu bersama kedua ibubapa kamu di atas tilamnya lalu kamu berusaha menjadikan kedua-duanya ketawa dan kamu pula bergurau senda dengan mereka lebih afdhal daripada kamu berjihad bersama aku."

9. Ulama' berselisih adakah apabila ibubapa musyrik diperlukan keizinan daripada kedua-duanya untuk berjihad (jihad kifayah)?

Imam Thauri berpendapat perlu, tetapi Imam Syafei berpendapat tidak perlu.

10. Sebagai penyempurna dalam 'birrul walidaini' ialah menghubungkan silaturrahim dengan mereka yang pernah bersahabat dengan ibubapa...

Semoga bermanfaat untuk direnung oleh anak-anak yang beribu dan berbapakan da'ie -para pendakwah- di jalan Allah swt. Jangan lupa hukum dalam melakukan dakwah dan jihad, nanti antum juga yang menyesal suatu hari nanti. Ingatlah kisah 'Alqamah yang tidak mampu mengucap syahadah dek kerana dia melebihkan si isterinya daripada ibu sendiri. Ibunya memendam rasa di hati, namun tidak diluahkan... Bagaimana ibu-ibu dan bapa-bapa yang kini berada dalam bahtera dakwah yang diketahui kebaikannya tiba-tiba anak sendiri yang mengherdik dan merendahkannya; bukankah itu menderhaka namanya??? Fikir-fikirkanlah di atas iman dan amal kata sahabat kita dari Jamaah Tabligh....

Sila rujuk - al-Jaami' Li Ahkaamil Quran oleh Imam al-Qurthubi, jilid ke5, m/s 155-157, cetakan ke6 tahun 1996 Darul Kutub al-Ilmiyah.

Tuesday, October 20, 2009

Memberi Maaf

BismiLLahirrahmanirraheem..


Suatu saat Rasulullah saw. pernah bertanya kepada para sahabatnya:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَكْرَمِ أَخْلاَقِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ؟ تَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ وَتُعْطِى مَنْ حَرَمَكَ وَتَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ
Nabi saw bersabda : “Mahukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu.” (HR. Baihaqi)


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).


“Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan tsaum (puasa)?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan orang yang sedang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyatukan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).


Saudaraku, dari hadis di atas dapat kita lihat bahwa betapa besar nilai sebuah jalinan persaudaraan. Oleh karena itu, memperkukuhkan ukhuwah islamiyah merupakan salah satu tugas penting bagi kita. Namun, bagaimanakah utk kita memastikan agar ruh ukhuwah tetap kukuh? Rahasianya ternyata terletak pada sejauhmana kita mampu bersungguh-sungguh untuk memiliki hati yang bersih dan selamat. Karena, kalbu yang kotor dipenuhi sifat iri, dengki, hasud, dan buruk sangka, pasti akan membuat pemiliknya melakukan perbuatan-perbuatan tercela yang sekaligus dapat merosak ukhuwah. Mengapa? Sebab bila di antara sesama muslim saja sudah saling berburuk sangka, saling iri, dan saling mendengki, mana mungkin akan tumbuh nilai-nilai persaudaraan yang indah?


Sekali lagi Saudaraku, adakah rasa persaudaraan dapat kita rasakan dari orang yang tidak memiliki kemuliaan akhlak? Tentu saja tidak! Kemuliaan akhlak tidak akan pernah bersatu dengan hati yang penuh iri, dengki, ujub, riya, dan takabur. Di dalam hati yang kusam dan busuk inilah tersimpan benih-benih tafarruq (perpecahan) yang muncul dalam pelbagai bentuk permusuhan dan kebencian terhadap sesama muslim.


Dengan demikian, bila ada dua bangsa yang berperang, sekurang-kurangnya pasti salah satu di antara mereka adalah sekumpulan manusia buruk akhlak, tamak, dan terbius oleh gejolak nafsu untuk melemahkan pihak yang lain. Bila dua suku berseteru, setidaknya satu di antara mereka adalah manusia bermental rendah dan hina karena (mungkin) merasa sukunya lebih tinggi derajat kemuliaannya. Bila dua keluarga tak bertegur sapa, sekurang-kurangnya salah satunya telah terselimuti hawa nafsu, sehingga menganggap permusuhan adalah satu-satunya langkah yang bisa menyelesaikan masalah.


Selanjutnya, tanyakanlah kepada diri masing-masing. Adakah kita saat ini tengah merasa tidak enak hati terhadap teman, adik, kakak, abang atau bahkan ayah dan ibu sendiri? Adakah kita saat ini masih menyimpan kesal kepada teman seperjuangan karena ia lebih diperhatikan orang? Adakah kita saat ini masih menyimpan rasa ghill (dengki) terhadap saudara seiman sesama kader dakwah, lantaran mungkin nasibnya lebih baik dari kita?


Bila demikian halnya, mana mungkin terketuk hati ini ketika mendengar ada seorang muslim yang teraniaya, ada sekelompok masyarakat muslim yang diperangi? Mana mungkin kita mampu bangkit serentak manakala hak-hak muslim dirampas oleh kaum yang zalim? Mana mungkin kita mampu utk mengulangi kembali kejayaan umat Islam?


Nah, dari sinilah bermulanya langkah untuk merenung dan mengkaji semula sejauhmana kita telah memahami makna ukhuwah islamiyah. Karena, dari sini juga Rasulullah Saw memulakan amanah kerasulannya. Betapa Rasul menyadari bahwa menyempurnakan akhlak pada hakikatnya adalah mengubah karakter dasar manusia. Karakter akan berubah seiring munculnya kesadaran setiap orang akan jati dirinya. Oleh karena itu, menumbuhkan kesadaran adalah jihad karena kesadaran merupakan sebutir mutiara yang hilang tersapu oleh berlapis-lapis hawa nafsu.


Manakala saat kesadaran telah tersemai, jangan hairan jika Umar bin Khattab yang pemberang adalah manusia paling pemaaf kepada musuhnya yang telah menyerah di medan perang. Seorang sahabat meletakkan pipinya di tanah dan minta diinjak kepalanya oleh sahabat bekas hamba yang telah dihinanya. Para sahabat yang berhijrah bersama Rasul ke Madinah, dipertautkan dalam tali persaudaraan yang indah dengan kaum Anshar, sementara kaum Muslimin Madinah ini rela berbagi tanah dan tempat tinggal dengan saudara-saudaranya seiman seaqidah tersebut.


Saudaraku, kekuatan ukhuwah memang hanya dapat dibangkitkan dengan kemuliaan akhlak. Oleh karena itu, nampaknya kita amat merindukan pribadi-pribadi yang mampu mencoret keluhuran akhlak. Pribadi-pribadi yang pelbagai, sesederhana apa pun, adalah buah fikiran yang sekuat-kuatnya dicurahkan untuk meringankan atau bahkan memecahkan masalah-masalah yang bersarang pada dirinya sendiri maupun orang-orang di sekelilingnya sehingga berbicara dengannya selalu membuahkan kelapangan.


Tatapan matanya adalah tatapan bijak bestari sehingga siapa pun niscaya akan merasakan kesejukan dan ketenteraman. Wajahnya adalah cahaya cemerlang yang sedap dipandang lagi mengesankan karena ia memancarkan kejujuran itikad. Sementara itu, senyum yang tak pernah lekang menghias bibirnya adalah sedekah yang jauh lebih mahal nilainya daripada intan mutiara. Tak akan pernah terucap dari lisannya, kecuali untaian kata-kata yang penuh hikmah, menyejukkan, membangkitkan keinsafan, dan meringankan beban derita siapapun yang mendengarkannya.


Berjabat tangannya yang hangat adalah jabat tangan yang mempertautkan seerat-eratnya dua hati dan dua jiwa yang tiada terlepas, kecuali diawali dan diakhiri dengan ucapan salam. Kedua tangannya teramat mudah terulur bagi siapa pun yang memerlukannya.
Sementara itu, bimbingan kedua tangannya, pastu selalu akan berada di majlis-majlis yang diberkati Allah Azza wa Jalla.


Dengan demikian, umat Islam harus berhijrah dari berpecahbelah menuju ukhuwah islamiyah, seraya menepis sisa-sisa jahiliyah dari hati ini. Memiliki qalbu yang bersih dan selamat harus berada ditempat paling tinggi dari segala-galanya agar kita mampu menilai diri dengan sebaik-baiknya dan menatap jauh ke depan agar Islam benar-benar dapat termanifestasikan menjadi rahmatan lil ‘aalamiin dan umat pemeluknya benar-benar menjadi “sebaik-baik umat” yang diturunkan di tengah-tengah manusia.


Wallahu a’lam..

me: Pilih lah kami YA ALLAH sbg antara hamba2MU yg sangat suka memaafkan saudara2 kami yg lain. Amin


Sunday, October 11, 2009

Ukhuwah Fillah



Definisi Ukhuwah Dari segi bahasa : berasal dari perkataan akhun yang membawa erti saudara,teman,sahabat dan lain-lain lagi.

Dari segi istilah : Menurut Al-Quran : Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)Menurut hadis : Seperti tubuh badan ,darah daging, dan roh umat Islam sendiri .

Rasulullah s.a.w bersabda “ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah.Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan beharga persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.Kekuatan yangnpertama adalah kekuatan perpaduan.Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang.Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori :

1-Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya

.2- Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu

.3- Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.

4- Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.

Prinsip-prinsip ukhuwah

1- Perdamaian atau hubungan yang baik , saling bermaaf-maafan dan tidak terlalu sensitif.

Firman Allah : “Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan perbaikilah hubungan antara kamu dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman “ ( surah Al-anfal : 1 )

2- Saling kasih mengasihi dan cinta mencintai ke arah mengeratkan lagi ikatan ukhuwah

.Firman Allah : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikkan sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kau cintai dan apa sahaja yang kamu nafkahkan , maka sesungguhnya Allah mengetahuinya” ( surah Ali Imran : 92 )Allah menjelaskan bahawa kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain boleh dipertingkatkan melalui sedekah.Kasih sayang dapat disuburkan sehingga mencapai taraf yang paling tinggi jika ornag-orang kaya mengorbankan segala sesuatu yang paling disayangi untuk membela nasib golongan malang.Apatah lagi jikalau kita mengorban sesuatu untuk kemaslahatan dakwah.Ukhuwah yang disandarkan atas dasar untuk kepentingan umat Islam(dakwah) adalah yang paling utama.

3- Persamaan yaitu ikatan ukhuwah akan terus kukuh jika manusia merasai atau mempunyai sifat persamaan diantara satu sama lain.

Tidak ada beza diantara kita kecuali ketaqwaan kita kepada Allah dan ketaqwaan tidak dapat dinilai oleh manusia tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Asas-asas ukhuwah

1- Akhlak yang mulia : - Berkata benar , menjauhkan diri dari perkara mungkar , penunaian janji , tolong tolong menolong , rendah diri dan lain-lain.

2- Ikhlas - Hanya orang ikhlas sahaja yang dapat mengorbankan segala-galanya untuk menyempurnakan hidup berukhuwah . - Ikhlas akan melahirkan insan yang berkhidmat tanpa noktah akhir

3- Amanah - Orang yang tidak amanah adalah orang yang mempunyai ciri-ciri orang munafiq - Allah telah memberikan amanah kepada manusia untuk memakmurkan ala mini4- Belas kasihan - Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini menyebabkan masyarakat masyarakat manusia menjadi masyarakat binatang yang suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya.

Kelebihan ukhuwah

1- Termasuk di dalam 7 golongan yang di janjikan dalam hadis sebagai golongan yang akan mendapat lindungan paying Allah di akhirat kelak.

2- Allah amat kasih kepada hambanya yang berkasih sayang kerana Allah

3- Orang yang berkasih sayang di janjikan dengan balasan syurga

4- Sebaik-baik amal dan iman ialah kasih kerana Allah dan benci kerana Allah

5- Akan diberikan kekuatan yang luar biasa akibat daripada ukhuwah yang diamalkan seperti kemenangan umat Islam di banyak peperangan pada zamanNabi Muhammad s.a.w

Adab-adab ukhuwah

1- Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu dia berikan apa yang lebih dari hajatnya

2- Bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita

3- Menyembunyi rahsia sahabatnya

4- Menutup keaiban sahabatnya

5- Meninggalkan berbantah-bantah

6- Tidak suka sindir menyindir dan perli memperli

7- Sentiasa mendoakan sahabatnya didalam senang dan susah

8- Sentisasa melafazkan dengan perkataan “inni uhibbuka fillah” yang bermaksud sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah

9- Sentisa bertanya khabar melalui sms , email dan sebagaunya.

10- Tidak mengabaikan sms dari sahabatnya

11- Sentiasa mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikannya

Rujukkan

1- Al-Quran dan terjemahannya

2- Majmuk Rasail As.Syahid Hassan Al-Banna

3- Bidayatul Hidayah – Al Imam Ghazali

4- Persaudaraan dalam Islam – Mustafa Haji Daud


Penulis adalah seorang aktivis :

AJK Kelab Remaja ISMA ( KRIM ) Pulau Pinang

Ustaz Shahrul Ikhwan Shamsudin

B.A ( Hons )Universiti Al-Azhar,Mesir

Wednesday, September 30, 2009

Dakwah , Jamaah & Organisasi




Hasil Penulisan dari Naqib Net oleh : fakhrul Zulkawi

Di dalam organisasi kerja kita mempunyai peraturan organisasi. Paling minima ialah apa yang tertera di dalam surat tawaran kerja. Oleh itu kita perlu mematuhinya dan wajar dikenakan tindakan oleh syarikat setelah diberikan peringatan beberapa kali serta surat tunjuk sebab.

Namun, di dalam organisasi dakwah, kita perlu mematuhi peraturan. Ini dipanggil indibhat atau disiplin dalam jamaah. Dan ianya dilaksanakan di dalam suasana berjamaah yang menjadikan pedoman akhlak sebagai panduannya. Dan ini berlaku di dalam tahap penghayatan dakwah dan harakah seseorang yang dibina menerusi tarbiah.

Apabila kita berjamaah, sekiranya ada perjanjian taat setia atau peraturan yang ditetapkan, maka perlulah ianya dihormati dan dipatuhi. Namun ianya mesti bermula dengan kefahaman. Kefahaman dibina menerusi tarbiah. Dan tarbiah membina karakter atau keperibadian seseorang sehingga mampu menghayati budaya berjamaah seperti unsur ketaatan, muhasabah, syura dan kepimpinan serta kepengikutan. Inilah dasar serta penghayatan jamaie yang perlu dibina. Sekiranya berlaku pada tahap ini perkara-perkara yang boleh dikategori sebagai tidak menghormati atau tidak mentaati peraturan, maka wajar harakah tersebut memberikan nasihat serta mau'izah dengan penuh berhikmah dan mengenakan tindakan disiplin sekiranya berterusan melanggari disiplin jamaah setelah inzar atau peringatan telah diberikan dengan sewajarnya. (situasi ini akan menjadi lebih kritikal lagi sekiranya seseorang akh atau ukht tersebut melanggari prinsip syariah dan melakukan maksiat dosa besar secara berterusan).

Kisah Perang Tabuk juga memperlihatkan kepada kita kisah tindakan disiplin yang dikenakan kepada para sahabat yang tidak pergi berperang tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Juga di dalam Islam, apabila seseorang muslim mengisytihar dirinya bukan lagi Muslim dan mahu keluar daripada Islam, hukuman dikenakan kepada orang itu samada dalam kategori hudud mahupun ta'zir. Ini kerana orang itu telah melanggari perjanjian. Perjanjian yang telah dimeterai semasa akad syahadah.

Sewajarnyalah tarbiah di dalam pengertiannya yang murni diperkasakan di dalam jamaah. Hubungan ukhuwah perlu sentiasa dibina. Islam juga melarang kita menjatuhkan maruah seseorang. Apa lagi mereka yang berada di dalam sesama organisasi dakwah melainkan dengan tujuan untuk keselamatan jamaah mahupun untuk mempertahankan diri. Berkomunikasilah secara jujur dan telus di kalangan sesama ahli. Fahami masalah mereka. Elakkan buruk sangka di peringkat awal komunikasi lagi. Setelah itu, jika berlaku juga pelanggaran disiplin, maka wajarlah bentuk hukuman dikenakan. Bila wujudnya iklim ukhuwwah yang sebegini maka bolehlah kita mengatakan penghayatan disiplin jamaah telah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Ketika itu kepimpinan yang tegas amat diperlukan.

Apabila jamaah ataupun ahli meninggalkan prinsip-prinsip di atas, kita akan mengundang kecelakaan dan musibah. Lebih berat lagi sekiranya Allah gantikan kita dengan mereka yang lebih baik dan lebih benar di dalam menghayati tuntutan syariat di dalam menegakkan agama-Nya. Bertindaklah mengikut neraca yang dijelaskan oleh Allah SWT, bukan daripada tindakan yang didasari aqal dan hawanafsu semata-mata.


selain futur, banyak lagi penyakit yang pendakwah lalui - antaranya isti'jal atau terburu-buru, ishrof atau berlebih-lebihan, hubbu riasah atau cintakan kuasa atau kepimpinan, 'ujub atau kagum dengan diri sendiri dan banyak lagi. Kita boleh rujuk kitab yang ditulis oleh syeikh al-tarbiah iaitu al-Marhum Dr Sayyid Muhammad Nuh berhubung penyakit-penyakit yang dihadapi pendakwah.

al-Marhum Dr Fathi Yakan juga menulis lebih awal dalam isu gugur di jalan dakwah di dalam kitab beliau "Mutasaaqitun 'ala Toriqqud-Dakwah". Beliau menukilkan sejarah penyelewengan yang diambil daripada al-Quran dan Seerah Nabi s.a.w. al-Marhum Sheikh Mustafa Masyhur juga menulis beberapa aspek penyelewangan di dalam organisasi dakwah di dalam kitab beliau yang mashur iaitu "Toriqqud-Dakwah Bainal Asl' wal Inhiraf". Manakala al-Marhum Sheikh Sayyid Hawwa pula menulis beberapa pelajaran yang perlu pendakwah ambil iktibar di dalam kitab beliau "Durus fil Amal Islami". Wajarlah kitab-kitab di atas ditekuni semula oleh pendakwah hari ini daripada para ulama' 'amilin ini di dalam pertemuan-pertemuan mingguan disamping pembacaan peribadi sebagai pedoman pendakwah.
Kita manusia bukan malaikat. Lupa, lalai, sifat keluh kesah, jahil dan sebagainya ada dalam diri kita. Sebab itulah tarbiah menjadi teras harakah kita. Pertemuan mingguan sebagai tempat kita membelek kesalahan diri ataupun diberikan pelajaran dan nasihat oleh naqib dan sesama ahli. Kena perhatikan samada pertemuan mingguan di dalam jamaah ini berjalan sepertimana maksud sebenarnya perjalanannya.
Selain daripada itu, memahami dan menghayati indhibat jamaah sebagai pedoman memimpin organisasi dakwah. Peraturan dan arahan yang perlu kita patuhi selagimana tidak bertentangan dengan syarak.