Wednesday, July 1, 2009

Muhasabah Diri Ku


Untuk melawan pengaruh nafsu ammarah dalam hati memang susah...apa yang penting adalah daku hendaklah menghisab(Muhasabah) serta tidak menuruti kemahuan-kemahuan nafsu ku...teringat pesan Sabda Rasululah SAW :

"Orang yang pandai ialah orang yang mahu menilai nafsunya dan beramal untuk bekal kehidupan sesudah mati.Dan orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (dengan angan-angan yang sia-sia)".(Riwayat : Imam Ahmad)

Ya Allah bantulah diriku supaya tidak lupa menghisab diri sendiri.....setiap nafas ku yang keluar bagaikan butiran yang sangat berharga yang Allah berikan pada ku...jadi sekira membiarkan nafas-nafas itu keluar ke jalan yang sesat adalah kerugian yang besar.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
" Hisablah dirimu sebelum dihisab dan ditimbangkan amal perbuatanmu dihadapan Allah.Sebab lebih ringan bagimu, jika kamu mahu menghisab pada hari ini,daripada menunggu di perhitungkan pada hari penghabisan dan timbangan,iaitu pada hari pertemuan besar antara para makluk dengan tuhan mereka"

Justeru itu setiap mukmin yg kuat iman perlu menghisab diri sendiri terhadap nafsu yg menguasainya.

Nafsu...Nafsu...Nafsu !! bagaimana menilainya.

a) Berfikir sebelum melakukannya.

Apa yg daku kena pastikan ialah berhenti sebentar untuk berfikir,ketika pertama kali melakukannya.Jangan tergesa-gesa mengambil keputusan,sehingga betul-betul jelas bahwa keputusan itu baik menurut ketentuan Allah S.W.T.Imam Hasan Al Basri berkata:"Semoga allah merahmati hambanya yang mahu berfikir sebentar,ketika ia ingin melakukan pekerjaan,jika memang pekerjaan itu kerana Allah,maka ia teruskan dan jika kerana selainnya maka ia hendaklah dibatalkan.

b) Nilaikan diriku setelah beramal.

i) Menilai nafsu atau ketaatan yang dilakukannya,apakah kurang dalam memenuhi hak Allah atau sebaliknya.Hak Allah dalam sesuatu ketaatan ada enam :
- Ikhlas berbuat.
- Mengharap kebaikan kerana Allah.
- Mengikut ajaran Rasulullah SAW.
- Menampakkan Ehsan dalam beramal.
- Mengakui kurnia Allah keatasnya.
- Mengaku kekurangannya dalam melakukan pekerjaan itu.

Setelah itu barulah menghisab atau menilai diri sendiri secara ikhlas dan jujur.

ii) Menghisab diri atas setiap perbuatan,apabila ditinggakan lebih utama dikerjakan.

iii) Menghisab diri atas sesuatu perbuatan yang boleh atau mubah hukumnya,sebab ia telah mengerjakannya.Apakah dilakukan kerana Allah dan kehidupan akhirat,atau demi mengejar kebahagian dunia.

Akhir kata mensia-siakan nafsu tanpa muhasabah,akan membawa seseoarang kepada kehancuran hidup.Kerana jika nafsu tidak kita kawal dan lebih berkuasa dalam diri seseorang maka ia akan terlena dengan kemewahan hidup yang sifatnya sementara ini.Oleh sebab itu sayangilah diri sendiri dengan memberi pendidikan dan bimbingan terhadap nafsu kita,agar kita tidak rugi didunia dan diakhirat.

wallahhu a'lam

cetusan rasa bicara iman