Tuesday, April 6, 2010

Kontaminasi ( Problematika Jama'ah Islam )


أن خطأ الأكبر أن تنظم الحياة من حولك و تترك الفوضى في قلبك
“ Kesalahan terbesar adalah bila engkau berusaha meluruskan/menyusunkan kehidupan di sekitarmu, tapi engkau meninggalkan kekacauan dalam hatimu.”
( Dr.Musthofa Shadiq Ar-Rafi’e: Wahyul Qalam )


Kontaminasi bermaksud pencemaran yang menunjukkan kepada satu suasana kotor ,buruk dan keji yang menodai sesuatu perkara. Kontaminasi yang ingin dimaksudkan pena di sini bukanlah kontaminasi alam sekitar yang sering berlaku dimana-mana, tetapi kontaminasi yang berlaku pada dakwah, & tarbiah di dalam jama’ah atau gerakan Islam. Apabila kita katakan di sana ada berlakunya proses kontaminasi (pencemaran) , maka di sana semestinya mempunyai unsur pencemar serta tangan-tangan busuk , dan keji yang mencemarkannya. Mereka ini diistilahkan oleh Al-quran dan Sunnah sebagai “Al-Munafiqun” (Orang munafiq) yang menzahirkan ke-Imanan serta menyembunyikan kekufuran di dalam hati mereka.

Angkatan dakwah Islam sepanjang sejarah tidak pernah terlepas dari ancaman dan angkara golongan munafiq seperti ini. Mereka tampil untuk merosakkan, mencetuskan krisis, melaga-lagakan para aktivis, menimbulkan keraguan aktivis terhadap qiadah dan aktivis pendakwah lainnya serta memecahbelahkan barisan umat Islam. Mereka pun meresapi masuk ke dalam jama’ah untuk tujuan-tujuan tadi. Mereka melakukan fitnah penipuan serta pengkhianatan terhadap jama’ah secara halus dengan berselindung di sebalik taqwa dan agama serta meminta prasangka baik mad’u-nya atas kesalahan-kesalahan jelas yang dilakukannya,dengan mengatakan bahawa itu sebahagian dari dakwah,tarbiah dan fikrah Islam.

Firman Allah Subhanahuwataala :

في قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون * وإذا قيل لهم لا تفسدوا في الأرض قالوا إنما نحن مصلحون * ألا إنهم هم المفسدون ولكن لا يشعرون *

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya , dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi!”, Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar.” (Al-Baqarah : 10-12)

Sabda Rasulullah SAW :

ثلاث من كن فيه فهو منافق وإن صام وصلى وحج واعتمر وقال :إنى مسلم ... من إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا ائتمن خان
“Ada tiga sifat, siapa yang memilikinya maka dia adalah munafiq walaupun ia berpuasa, solat, menunaikan haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim. Iaitu orang yang berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji dan mengkhianati amanah”. ( Riwayat Abu Ya’la)


Indikator /gejala-gejala Kontaminasi

Indikator serta gejala-gejala kontaminasi yang biasa wujud dalam jama’ah Islam antaranya adalah seperti berikut:

Penyakit di kalangan aktivis yang tidak Memahami/Menghayati Tuntutan Perjuangan:

Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan ia telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jama’ah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jama’ah yang terkenal.

Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan –kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di hadapan khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.

Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfa’at atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya.

Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jama’ah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jama’ah Islam. Lantas ia meninggalkan jama’ah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.

Masalah Keta’atan dan Disiplin Para Aktivis :

Di antara perkara yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan-keputusan jama’ah. Ini berlaku apabila seorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang mencanggahi peraturan-peraturan jama’ah, Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jama’ah. Sedangkan ia berbuat demikian tanpa kebenaran daripada jama’ah. Dalam hal ini ia bertindak seolah-olah sebagai wakil jama’ah kepada masyarakat umum. Sedangkan apa yang dikatakan mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan pendirian tanzim yang sebenar.

Masalah Kutlah / Kelompok yang membawa Fitnah dalam Tanzim :

Untuk mencapai kesepakatan atau kebersamaan dalam semua hal adalah satu perkara yang rumit dalam harakah Islamiyyah. Para aktivis hendaklah ditarbiyyah hingga dapat menghayati adab-adab mesyawarah dan adab-adab khilaf (berbeza pendapat) dalam sesuatu perkara. Namun demikian, masalah kutlah tetap wujud dan berlaku dalam jama’ah Islam.

Masalah yang paling berat berkaitan dengan perbezaan pendapat adalah apabila beberapa aktivis yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan jama’ah mula mendapatkan pengaruh daripada aktivis-aktivis lain. Bermula daripada itu, mereka mula mewujudkan kelompok atau kutlah yang sentiasa mendesak tanzim untuk menerima pendapat mereka . Tindakan mereka itu akhirnya menjadi fitnah dalam jama’ah Islam.

Selalunya jika pendapat-pendapat mereka tidak juga diterima oleh jama’ah, mereka memutuskan untuk meninggalkan jama’ah dengan membawa bersama mereka ahli-ahli lain. Kemudian mulalah mereka menyerang jama’ah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta.



Saidina Umar Al-Khattab RA pernah berkata :

الرجوع إلي الحق خير من التمادي في الباطل
“ Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan).”

Al-Imam Fudhail berkata:

إن من علامة المنافق أن يحب المدح بما ليس فيه ويكره الذم بما فيه ويبغض من يبصره بعيوبه
“ Sesungguhnya, di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya”

إن من علامة المنافق أن يفرح إذا سمع بعيب أحد من أقرانه
“ Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya”

Bagi pena, tidaklah menjadi satu keaiban/kehinaan jikalau para aktivis tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan .

Bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran dan jama’ah sebelum diri diperdaya oleh fitnah istidraj disebabkan oleh dosa yang dilakukan yang kemudian Allah menambahkan lagi nikmatnya sehingga melupakan mereka daripada istighfar (taubat).

Ibn A’taillah berkata :

كلما أحدثوا خطيئة جددنا لهم نعمة وأنسيناهم الإستغفار من تلك الخطيئة
“ Setiap kali mereka melakukan kesilapan, kami beri mereka nikmat dan kami lupakan mereka beristighfar atas kesilapan itu”


Wallahu A’lam Bissowab.

Rujukan:


Majalah Tarbawi

Kamus Dewan Edisi Ke-3

( رسالة أسرة ) أبو عروة

( العوائق ) محمد أحمد الراشيد

( قوارب النجاة في حياة الدعاة ) فتحى يكن

( أحاسن الكلم شرح الحكم ابن عطاء الله ) د.ذوالكفلى محمد بكري

( بصائر للمسلم المعاصر) الشيخ عبد الرحمن حسن حبنكة الميداني

rujukan : http://milenium-y.blogspot.com/2010/04/kontaminasi-problematika-jamaah-islam.html

Saturday, April 3, 2010

Politik di Negara Yaman

Politik Yaman…

Posted by Mujahid Ikrimah(Yaman)


Terdapat dua parti politik utama di yaman…pertama,parti muktamar(kerajaan) dan yang kedua parti islah…(pembangkang)…secara lazimnya kita lihat…politik dimana-mana negara…perbincangan satu meja antara dua parti politik yang bertentangan adalah sukar diwujudkan,kutuk-mengutuk antara parti yang berlawanan adalah perkara wajib,saling mendedahkan kelemahan lawan dalam setiap kempen poltik mereka adalah senjata meraih sokongan rakyat,mewujudkan rasa benci dalam jiwa ahli parti terhadap individu tertentu sudah sebati dalam jiwa pemimpin politik serata dunia…
Politik yaman membuka satu sinar baru dalam memancarkan sinar kesyumulan islam…parti islah..yang diterajui fikrah ikhwan muslimin..yang dibangunkan oleh para ulama’-ulama’ yang amat menjaga akhlak mereka,yang lembut dalam tutur katanya,yang amat menjaga hubungan sesama kawan dan lawan…menjadi contoh terbaik politik islam yang sebenar..
Antara tokoh yang menerajui parti islah ialah Syeikh Abdul Majid az-Zindani,seorang yang kita maklum tentang ilmunya,akhlaknya dan pengaruhnya.Beliau dan kepimpinan islah yang lain mensasarkan matlamat utama politik mereka bukanlah pada mengumpulkan seramai mungkin rakyat yaman menjadi ahli mereka dan mengundi mereka dalam pilihanraya agar kekuasaan dan tampuk pemerintahan yama dibawah kekuasaan mereka..itu bukanlah satu objektif mereka..Objektif mereka dapat dilihat dengan jelas melalui program-program yang dianjurkan islah..hampir kesemua program yang mereka jalankan adalah semata-mata untuk membina peribadi muslim pada jiwa rakyat jelata dan menyampaikan fikrah islam..Jika tiba musim cuti,bulan ramadhan atau waktu tertentu yang wujud kelapangan padanya..parti islah akan mengadakan program di masjid-masjid seperti kem musim panas,kem al-quran dan bermacam-macam lagi program pembinaan diri..
Sebarang masalah yang timbul di yaman akan diperbincangkan oleh tokoh dari kedua-dua parti ini..perbincangan seperti ini sudah tentu sangat asing bagi negara-negara lain…ini dapat diwujudkan kerana pendekatan yang dibawa syeikh-syeikh islah dalam bergaul dengan pemimpin parti muktamar adalah pendekatan yang berhikmah dan beraklahk..…pemimpin bagi parti muktamar ialah Presiden Yaman `Ali Soleh juga merupakan sahabat karib Syeikh Majid Zindani…walaupun mereka berlainan parti,Syeikh majid bebas menegur presiden jika ada sebarang kesalahan atau kesilapan dilakukan..
Kempen-kempen yang parti Islah adakan juga sangatlah berbeza dengan cara-cara kempen yang biasa didengari…tiada risalah-risalah kempen yang mengutuk parti muktamar dan merendah-rendahkan mereka…pernah sekali,satu kelompok muda yang bersemangat telah membuat artikel kempen yang mengutuk parti muktamar..Syeikh Majid dengan segera menegur mereka dengan teguran yang keras..
Begitu juga dalam ceramah kempen,tajuk dan topiknya bukanlah menceritakan kelebihan parti atau menawarkan sebarang faedah jika mengundi parti islah..tapi tajuknya adalah seperti tajuk ceramah biasa,mengajak manusia bertaqwa kepada Allah,memperbaiki diri sendiri…Itulah ceramah kempen mereka..
Perkara yang paling mengagumkan ialah kerjasama antara dua parti ini dalam kebanyakan program kemasyarakatan…sebagai contoh,jika parti Islah mengadakan program di masjid-masjid dan memerlukan dana kewangan,parti muktamar akan membantu…contoh lain yang dapat dilihat,program palestin anjuran parti Islah,ucapan dalam program itu diberi presiden yaman…
Itulah sedikit gambaran politik yaman yang harmoni,Parti Islah amat mementingkan kefahaman disalurkan sebelum kekuasaan diperoleh..kerana apa,jika semua memperoleh satu kefahahaman yang sama tentang islam,mereka akan sendiri membuat satu keputusan yang betul..dapat juga dilihat disini,kesungguhan syeikh dalam dakwah mereka dan kesucian matlamat mereka..mereka kasihkan lawan mereka,fikrah islamiah bukan hanya disalurkan pada pemikiran rakyat sahaja malah kepada pemimpin mereka..
Harus dititik-beratkan pembinaan kefahaman individu sebelum mereka diberi kepercayaan memimpin..kerana setiap tindakan yang mereka lakukan adalah gambaran pemikiran yang dimiliki mereka…oleh itu pemikiran haruslah berlandaskan pemikiran yang satu,pemikiran yang dibawa Rasulullah..s.a.w.

``Iaitu mereka(umat Islam)yang jika Kami berikan mereka kekuasaan untuk memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta member zakat,dan mereka menyuruh berbuat baikdan melarang dari melakukan kejahatan dan yang mungkar.Dan (ingatlah),bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
[al-Hajj:41]