Saturday, October 22, 2011

Syafakallah/Syafakillah Syifaan Ajilan


Sejak kebelakangan ini, bertambah ramai sahabat yang diuji dengan ujian kesihatan..


"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"1.
"semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."

(doa ini saya belajar dari watak Fahri dalam novel AAC ..)






Pelbagai perkara yang tak terduga berlaku dalam hidup kita. Ianya meniti dari tiap saat dan minit yang berlaku sama ada kita sedari atau tidak. Kesakitan dan kematian yang menjengah hadir tanpa di undang dan tidak terduga. Dalam sehari pelbagai berita yang kita terima yang mengembirakan dan tidak kurang yang menyedihkan.


Sakit atau musibah yang datang adakalanya ringan dan ada masanya berat. Bergantung kepada kekuatan diri individu. Sebagai ujian dari Allah mengikut kemampuan kita. Kesakitan dan musibah juga dianggap sebagai kaffarah terhadap dosa - dosa yang telah dilakukan. Sahabat nabi amat risau jika tidak sakit kerana bimbang Allah tidak kasihkan mereka. Tetapi, kita hari ini sebolehnya menolak kesakitan dan musibah yang datang. Mudahnya kita mengeluh, berputus asa, bersedih yang keterlaluan dan lain -lain lagi.


Datangnya sakit atau musibah lebih mendekatkan kita kepada Allah. Pada waktu itulah kita ingat Allah. Menyebut -nyebut namanya. Kerap berdoa kepada Nya. Maka di sinilah perlunya syukur atas nikmat kesihatan yang Allah berikan. Syukur itu diterjemahkan melalui penambahan amal ibadah serta perkara - perkara yang diredhaiNya.


Kita telah diajar untuk mengamalkan doa untuk kesihatan iaitu: :
"Ya Allah sihatkanlah penglihatanku, pendengaranku dan tubuh badanku..."

sumber: http://tintanusaybah.blogspot.com/

Wednesday, October 19, 2011

KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM

'Amal jama'i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:
''Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.'' (Al-Saff: 4)

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
''Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya:
''Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.''

Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:
''Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.''

Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara'.

Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi' kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun 'ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.

Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.

Al-Ghayah (Matlamat)
Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?

Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:

a.Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam
b.Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza

Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa'id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.

2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.

4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).

5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah. Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara. Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.

7.Berusaha untuk mewujudkan cirri ''ustaziyat al-'alam'' (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.
Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.

Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:
''Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: ''Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak''. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'' (Yusuf: 21)

Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina' (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.

Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:

Pertama
Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah 'aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima'iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).

Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:
1.Melahirkan insane yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.

2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)

3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan. Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah. Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai. Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.

4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.

5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.

6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:

a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah
b)Tanzim yang bersifat terbuka
c)Muwajahah silmiyah
d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional
e)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul

Kedua
Dalam hubungan 'amal jama'i setiap nuqaba' hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala' dan thiqah pada pimpinan. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.

Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.

Tuesday, October 11, 2011


Kemenangan Melalui Pengorbanan

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dalam jiwa kita mungkin tersimpan beberapa pertanyaan :

1. Mengapa sungai sejarah kemanusian sentiasa perlu diairi oleh darah dan air mata?

2. Mengapa kita mesti sentiasa berkorban?

3. Tidak bolehkah Allah menjadikan hidup ini tenang di mana :

a. Manusia hanya menyembahNya.

b. Manusia hanya mempunyai satu agama.

c. Manusia tidak berbeza dalam fikiran, jiwa dan watak.

d. Dunia ini menjelma menjadi sebuah taman kehidupan yang indah.

Allah swt mengetahui dengan baik bahwa setiap manusia menyimpan pertanyaan-pertanyaan tersebut dalam perasaan batinnya.

Begitu juga Allah swt mengetahui bahwa Ia boleh melakukan semua itu iaitu Ia boleh membuat manusia hidup aman damai hanya dengan satu agama, tanpa pertentangan di antara mereka, tanpa konflik, tanpa darah dan air mata, di mana yang ada hanyalah kegembiraan, cinta dan lagu-lagu kehidupan yang indah.

Maka dengarlah Allah swt berfirman :

"…Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (sahaja),..” (QS Al Maaidah : 48)

Begitulah akhirnya Allah swt mempertemukan kita dengan hakikat ini iaitu hakikat bahwa hidup sepenuhnya hanyalah ujian semata-mata dari Allah dan bahwa hanya ada satu kata kunci dalam setiap ujian iaitu :
“Duri-duri di sepanjang jalan kehidupan ini mesti dilalui dengan penuh tanggungjawab.”

Mari kita semak firman Allah swt berikut ;

"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (QS Al Mulk : 2)

Namun masih ada satu hakikat lain lagi yang membuatkan ujian kehidupan menjadi semakin berat dan rumit.

Hakikat itu adalah di mana Allah swt tidak hanya menurunkan Adam dan Hawa sahaja ke bumi tetapi bersama mereka berdua Allah menurunkan Iblis yang akan menyesatkan Adam beserta segenap anak cucunya hingga hari kiamat dari jalan kebenaran.

Selain Iblis yang ada di luar diri kita, di dalam diri kita juga terdapat unsur syaitan yang menjadi pusat pendorong kepada perbuatan jahat iaitu hawa nafsu.

Maka hakikat ini telah menjadikan panorama kehidupan kita akan sentiasa dipenuhi konflik antara :

1. Kebaikan dan kejahatan

2. Kebenaran dan kebatilan

3. Tentera Iblis dan tentera Allah

Di sini tidak ada pilihan untuk tidak memihak dan kerananya setiap orang pasti berkorban kerana setiap orang pasti terlibat dalam pertarungan abadi ini.

Jika seseorang tidak berada dalam kubu kebenaran, pastilah dia berada dalam kubu kebatilan dan tidak ada kubu pertengahan.

"Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan". (QS Al Baqarah : 36)

Demikianlah kedua hakikat tersebut menjadikan pengorbanan sebagai suatu kemestian di dalam kehidupan dan hanya ada satu perkara yang kelak akan memutuskan pusingan pengorbanan yang begitu meletihkan manusia ini iaitu ‘KEMATIAN’!

Ya! hanya kematian yang akan membebaskan kita dari pengorbanan.
Jika pengorbanan telah melekat begitu kuat dalam tabiat kehidupan, maka begitulah pengorbanan menjadi wajah abadi bagi iman.

Oleh sebab itu, Allah swt hendak memenangkan agamaNya di muka bumi dengan usaha-usaha manusia yang maksima.

Mari kita semak dialog antara Saad Bin Abi Waqqas dengan Rasulullah saw berikut ini :

"Dan Saad bin Abi Waqqas; ia berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah yang mendapat ujian paling berat?" Rasulullah saw menjawab; "Para Nabi, lalu yang paling menyamai (kualiti) nabi. Dan seseorang akan diuji sesuai dengan kemampuannya. Jika di dalam keagamaan terdapat kekuatan, maka ujiannya akan semakin kuat. Dan Jika ada kelemahan dalam agamannya, ia hanya akan diuji sesuai dengan kadar keagamaannya itu. Maka ujian tidak akan pernah meninggalkan seorang hamba, hingga ia membiarkan hamba itu berjalan di muka bumi tanpa sedikitpun dosa." (HR Ibnu Majah dan sebahagian maknanya terdapat juga dalam shahih Bukhari dan Muslim)

Begitulah keadaannya bagaimana pengorbanan menjadi harga tetap bagi iman di mana kekukuhan iman kita hanya akan terserlah pada :

1. Sebanyak mana kita berkorban.

2. Sebanyak mana kita memberi.

3. Sebanyak mana penat lelah kita.

4. Sebanyak mana kita menangis.

Puncak dari segalanya adalah ketika di mana kita menyerahkan harta dan jiwa kita sebagai persembahan penuh kepada Allah swt.

Maka bertanyalah kepada diri kita sendiri :

1. Sudah berapa banyak yang kita berikan?

2. Sudah berapa banyak kita menitiskan air mata?

3. Sudah berapa banyak kita penat dan letih?

Begitulah keadaannya di mana pengorbanan menjadi harga tetap bagi kemenangan di mana setiap mimpi kemenangan dan kejayaan sentiasa dimulai dengan kisah panjang pengorbanan.

Maka Nabi lbrahim dinobatkan sebagai pemimpin umat manusia setelah ia menyelesaikan kisah pengorbanannya yang begitu panjang dan begitu mengharukan.

Begitu juga Rasulullah saw mencapai kemenangan akhirnya setelah melalui masa-masa pengorbanan yang penuh darah dan air mata.

JALAN KEMBALI ITU HANYA ADA DI SINI

Para nabi dan sahabat-sahabatnya telah menggariskan jalan kemenangan itu bagi kita bahwa harga yang mesti dibayar untuk itu adalah pengorbanan dan kita, kaum muslimin, yang kini terkebelakang dalam semua bidang kehidupan, kalah dalam semua medan tempur dan hanya rela untuk berada di pinggiran sejarah mestilah benar-benar menyemak pelajaran ini dengan baik.

Imam Malik pernah berkata :

"Generasi terakhir umat tidak akan menjadi baik kecuali hanya dengan dengan apa yang telah menjadikan generasi pertama menjadi baik."

Seorang sasterawan Muslim, Mustafa Sadiq Ar-Rafi'i mengatakan :

"Sesungguhnya kemenangan dalam pertarungan hidup tidaklah diperolehi dengan harta, kekayaan dan kesenangan; tapi dari perjuangan keras, keteguhan dan kesabaran. Dan bahwa kemajuan manusia tidaklah boleh dijualbeli begitu sahaja atau diberikan secara percuma; tapi sesuatu yang kita cabut dengan paksa dari peristiwa-peristiwa kehidupan dengan kekuatan karakter yang mampu mengalahkan krisis dan tidak dimatikan oleh krisis."

lnilah jalan kembali itu :

1. Saat di mana cita-cita menuju ketinggian menguasai segenap fikiran dan jiwa kita.

2. Saat di mana kita melepaskan ikatan jiwa kita dengan dunia dan kita mulai terbang ke angkasa yang luas.

3. Saat di mana kita menemui iman yang telah memberikan kita gelora kekuatan jiwa yang dahsyat.

Maka melalui kesedaran di atas :
  1. Kita akan mulai bergerak bersama agama ini dan untuk agama ini.
  2. Kita duduk termenung lama untuk melahirkan gagasan besar demi agama ini.
  3. Kita marah dan benci, sedih dan gembira hanya kerana dan untuk agama ini.
  4. Tidak ada satu detik pun dari waktu kita yang berlalu begitu sahaja tanpa kita gunakan untuk agama ini.
  5. Semua harta yang kita perolehi melalui bekerja dan berniaga atau lainnya tidak kita gunakan kecuali hanya untuk agama ini.
  6. Kita terus bekerja, memberi dan memerah seluruh tenaga fizikal dan fikiran kita untuk agama ini.
Itulah manusia-manusia yang diperlukan Islam ketika ini. Manusia-manusia yang memiliki semua syarat untuk :

1. Menciptakan peristiwa dan mengukir sejarahnya dengan tangannya sendiri.

2. Merealisasikan visi keislaman yang dapat menyinari kehidupan.

3. Sentiasa bertekad bagi mengatasi semua krisis.

4. Menghiasi diri dengan akhlak yang mampu mengalahkan godaan.

Manusia-manusia besar sentiasa hadir di tengah-tengah krisis dan setiap krisis besar dalam sejarah sebuah masyarakat atau bangsa pada mulanya sentiasa diselesaikan oleh sentuhan tangan manusia-manusia besar itu dan begitulah pengorbanan menjadi bibit kebesaran bagi manusia-manusia Muslim.
Benarlah kata-kata Imam Hasan Al Banna bagi meneguhkan makna pengorbanan ini :
“Yang aku maksudkan dengan “tadhiyyah” (pengorbanan) adalah :
Mengorbankan harta, waktu, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai.
Tidak ada jihad di dunia ini yang tidak disertai dengan pengorbanan.
Jangan sekali-kali unsur pengorbanan ini digugurkan dalam jalan fikrah ini kerana sesungguhnya di sana ada balasan dan pahala yang besar dan indah untuknya.
Sesiapa yang berhenti dari memberikan pengorbanan maka dia adalah berdosa.
"Sesungguhnya Allah telah membeli nyawa dan harta dari mukminin."
"Katakan bahawa jika sekiranya ayah-ayah kamu dan anak-anak kamu..."
"Demikian itu kerana mereka tidak ditimpa dahaga dan kekurangan..."
"Jika kamu taat maka Allah akan memberikan kepadamu balasan yang baik"
Dengan yang demikian, kamu akan memahami makna slogan abadimu :
`Mati Syahid Di Jalan Allah adalah Setinggi Cita-cita'
Maka marilah kita berjanji kepada diri kita untuk melakukan itu semua dan kita buat perjanjian ini dengan Allah bahwa segenap hidup dan mati kita, segenap jiwa dan fikiran kita, segenap harta dan waktu kita telah kita jual kepada Allah swt yang akan dibayarnya kelak dengan syurga.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (QS At Taubah : 111)

Ya Allah, sesungguhnya kami memahami bahwa kemenangan dan kejayaan tidak akan tercapai tanpa pengorbanan. Semua para rasulMu dan para pejuang kebenaran telah mengorbankan masa, tenaga, harta, ahli keluarga sehingga nyawa untuk ditukarkan dengan kemenangan dariMu di dunia atau nikmat syurga yang tidak terhingga di akhirat kelak. Berikanlah kemudahan untuk kami sentiasa berkurban di jalanMu setiap masa dan ketika.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Monday, October 10, 2011

HAKIKAT KEMATIAN

alhafid.multiply.com
Alquran dan Sains: Hakikat Kematian
Ilustrasi

Minggu, 31 Juli 2011 12:16 WIB
REPUBLIKA.CO.ID

Kematian sebagai salah satu dari fenomena kehidupan yang biasa terlihat di tengah-tengah kita, telah membuat ‘bingung’ para ahli biologi. Mereka dengan menggunakan ilmu pengetahuan dan teknologi tingkat tinggi telah berusaha untuk menemukan hakikat dari kematian ini.

Namun kematian tetap saja, sebagai sebuah misteri, sangat sulit untuk dipahami apalagi dihindari. Kemampuan manusia tidak akan dapat mengetahui hakikatnya, karena keterbatasan kemampuan, sesuai yang diberikan Allah.

Pada masa silam, manusia umumnya meyakini bahwa kematian merupakan fenomena umum yang terjadi dan berhubungan dengan tubuh manusia, di mana tubuhnya mengalami suatu proses kehilangan fungsi kehidupannya. Namun dengan kemajuan ilmu biologi, mereka mendapatkan kesimpulan bahwa kematian, ternyata melancarkan serangan yang menyebabkan sel-sel tubuh mati dan kehilangan fungsinya.

Kematian sel-sel ini dimulai dengan kerusakan dan kematian zat-zat yang terdapat dalam sel, akibat serangan mikroba dari luar tubuh sel, yang tidak dapat dilawan oleh antibodi yang dimilikinya. Dalam keadaan ini, kematian mengakibatkan perubahan yang terjadi pada fungsi dan kemampuan struktural yang dimiliki sel-sel hidup yang terdapat pada tubuh. Perubahan ini dapat langsung dirasakan oleh sel-sel tubuh yang mengakibatkan kematiannya. Dari sini, kita dapat mengatakan bahwa sel hidup yang terdapat dalam tubuh kita dapat merasakan ‘kematian’ ini.

Hal ini sebagaimana yang difirmankan Allah SWT dalam Alquran yang terdapat pada surah Ali Imran ayat 185 yang berbunyi: "Tiap-tiap yang berjiwa (hidup) pasti akan merasakan maut."

Ungkapan Alquran yang menggabungkan makna dari kata ‘nafsun’ dengan makna dari kata ‘dza-iqotul maut’, menggambarkan hubungan antara apa yang dirasakan oleh 'nafsun' tersebut dengan ‘kematian’. Dan cara pengungkapan yang memilih penggunaan kata subyek ‘dzaa-iq’ yang berasal dari kata 'dzaaqa', dan tidak menggunakan kata subyek ‘mutadzawwiq’ yang berasal dari kata 'tadzawwaqa' menggambarkan bahwa kematian pada mulanya, menimpa bagian dalam sel-sel tubuh, bukan bagian luarnya. Hal ini sesuai dengan apa yang kita dapatkan dari hasil analisa sel yang membuktikan terdapatnya semacam ‘kesiapan sel untuk mati’ atau apa yang dapat kita sebut sebagai ‘batasan waktu kematian’ (al-miiqaat az-zamani lil maut).

Di mana, sejak terciptanya suatu gen dari suatu sel tertentu, sesungguhnya setiap sel telah memiliki sketsa yang mengatur kehidupan dan fungsinya, serta batasan waktu berakhirnya fungsi sel tersebut atau kematiannya. Sebagai buktinya, adalah kematian sebagian sel tubuh sebelum datangnya serangan mikroba yang menyebabkan kematiannya.

Hal ini sebagaimana isyarat yang diberikan Alquran dalam surah Yunus ayat 49. Allah SWT berfirman:"Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudaharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah. Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)."
Tentang waktu tertentu bagi kematian sel-sel hidup, juga dijelaskan dalam surah ar-Ra’d ayat 38. Allah SWT berfirman:"Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu)."
Kemudian, penelitian ilmiah telah membuktikan bahwa kematian terkadang datang secara tiba-tiba tanpa didahului proses perubahan biologis.

Mengenai hal ini, jika kita mau melihat ke dalam Alquran, maka kita akan mendapatkan petunjuk mengenai kematian yang datang dengan tiba-tiba, yaitu pada surah Al-Baqarah ayat 259, yang menceritakan tentang peristiwa yang terjadi pada seseorang hamba Allah yang saleh. Allah SWT berfirman: "Atau apakah (kamu tidak memerhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?" Ia menjawab: "Saya telah tingal di sini sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang-belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang-belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali kemudian Kami membalutnya dengan daging." Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: "Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Pengungkapan Alquran dengan menggunaka huruf ‘fa’ dalam firman-Nya:"Fa amaatahullah" yang artinya: "Maka Allah mematikan orang itu", menggambarkan kejadian maut yang tiba-tiba yang menyebabkan terhentinya kehidupan di bagian dalam sel-sel tubuh.

Namun kematian sel-sel ini, tidak berarti hancurnya sel-sel tersebut, karena melalui proses pemeliharaan (pembekuaan) sel-sel ini, kehancurannya dapat dihindari. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh bagian ayat di atas yaitu: "Saya telah tingal di sini sehari atau setengah hari."

Dugaan di atas (dari hamba yang sholeh itu) yang menyatakan bahwa dirinya telah tinggal di negri itu sehari atau setengah hari, didasarkan pada apa yang dilihatnya dari kondisi fisiknya yang belem berubah dan tidak adanya kerusakan pada sel atau organ tubuhnya.

Hal ini menjelaskan bahwa sel-sel tubuh meskipun telah mati, bisa tetap dijaga sesuai keadaannya semula, jika dihindarkan dari sebab-sebab yang bisa mengakibatkan kehancurannya (misalnya, dibalsem). Dan proses ini, pada masa sekarang, bisa dilakukan oleh para ilmuwan dengan bantuan sains dan teknologi di bidang biologi yang telah berkembang pesat.
Redaktur: cr01
Sumber: Ensiklopedi Petunjuk Sains dalam Al-Qur'an dan Sunnah

Sunday, October 9, 2011

Kedudukan Doa Minta Rezeki (Solat Dhuha)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, ana nak tanya pendapt ustaz ttg doa di bawah.

“YA ALLAH, SEKIRANYA REZEKI KAMI BERADA DI LANGIT, MAKA TURUNKANLAH IA. JIKA IA ADA DI BUMI, KELUARKANLAH IA. DAN JIKA IA BERADA DI DALAM LAUTAN, MUNCULKANLAH. SEKIRANYA REZEKI KAMI DI TEMPAT YANG JAUH, DEKATKANLAH IA. JIKA IA SEDIKIT, BANYAKKANLAH IA. DAN JIKA CARANYA SUKAR UNTUK SAMPAI KEPADA KAMI, MUDAHKANLAH IA. SERTA PINDAHKANLAH REZEKI TERSEBUT KEPADA KAMI DENGAN KEMULIAAN.”


Jawapan:


Doa ini tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadis Nabi SAW, tidak juga diriwayatkan dari perkataan salah seorang sahabat baginda RA mahupun dari para tabi’ien. Cuma ia merupakan satu doa yang dibaca oleh seorang wanita Arab Badwi di ‘Arafah. Hal ini berdasarkan riwayat daripada al-Dainoori di dalam al-Majalisah wa Jauhar al-‘Ilmi dengan sanadnya (Hal: 727) dari al-Asma’ie yang berkata:


سمعت أعرابية بعرفات وهي تقول : اللهم إن كان رزقي في السماء فأنزله ، وإن كان في الأرض فأخرجه ، وإن كان نائيا فقربه ، وإن كان قريباً فيسره


Maksudnya: “Saya telah mendengar seorang wanita badwi ketika berada di Arafah berdoa: Ya Allah sekiranya rezeki saya berada di langit, maka turunkanlah ia, jika ia berada di bumi, maka keluarkanlah ia, jika ia berada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia dekat, permudahkanlah ia.”


Inilah yang dinukilkan oleh al-Hafidz di dalam al-Bayan wa al-Tabyin (517), demikian juga al-Zamakhsariy di dalam Rabi’ al-Abrar (178) dan selain mereka berdua. Doa ini secara keseluruhan merupakan permohonan memperolehi rezeki dan dipermudahkan, ia termasuk dalam perkara yang tidak ada masalah.


Sekalipun begitu, di dalam doa ini terdapat unsur takalluf (memberat-beratkan) dan al-Tasyqiq (mereka-reka ibarat ayat) dalam permintaan. Perkara ini menyalahi petunjuk yang paling sempurna dari Nabi SAW dan para sahabat baginda di dalam berdoa. ‘Aisyah RA berkata:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَحِبُّ الْجَوَامِعَ مِنْ الدُّعَاءِ وَيَدَعُ مَا سِوَى ذَلِكَ


Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW menyukai doa yang al-Jawami’ dan baginda meninggalkan doa yang lainnya.” (HR Ahmad 27649, dan Abu Daud 1482. Hadis ini dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)


Yang dimaksudkan dengan doa yang al-Jawami’ iaitulah doa yang menghimpunkan kebaikan di dunia dan di akhirat, ia merupakan doa yang lafaznya pendek tetapi memiliki makna yang luas, seperti doa di dalam al-Quran, firman Allah SWT:


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِي الْآخِرَة حَسَنَة وَقِنَا عَذَاب النَّار


Mafhumnya: “Wahai tuhan kami kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhilah kami dari azab api neraka.” Demikian juga doa lain yang memohon keselamatan di dunia dan di akhirat.


‘Ali al-Qari berkata:

وَهِيَ الَّتِي تَجْمَعُ الْأَغْرَاض الصَّالِحَة ، أَوْ تَجْمَعُ الثَّنَاء عَلَى اللَّه تَعَالَى وَآدَاب الْمَسْأَلَة


Maksudnya: “(Doa yang al-Jawami’) iaitulah doa yang menghimpunkan permintaan-permintaan (hajat-hajat) yang baik atau yang menghimpunkan pemujaan kepada Allah dan adab-adab dalam permohonan.” (‘Aun al-Ma’bud 4/249)


Daripada Anak Sa’ad bin Abi Waqqas katanya:


سَمِعَنِي أَبِي وَأَنَا أَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعِيمَهَا وَبَهْجَتَهَا وَكَذَا وَكَذَا ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَسَلَاسِلِهَا وَأَغْلَالِهَا وَكَذَا وَكَذَا ، فَقَالَ : يَا بُنَيَّ ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( سَيَكُونُ قَوْمٌ يَعْتَدُونَ فِي الدُّعَاءِ ) ؛ فَإِيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ ؛ إِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَ الْجَنَّةَ أُعْطِيتَهَا وَمَا فِيهَا مِنْ الْخَيْرِ ، وَإِنْ أُعِذْتَ مِنْ النَّارِ أُعِذْتَ مِنْهَا وَمَا فِيهَا مِنْ الشَّرِّ !!


Mafhumnya: “Bapaku mendengar doa daripadaku: Ya Allah aku memohon kepadaMu syurga, nikmat-nikmat dan kegembiraannya sedemikian dan demikian, aku juga memohon perlindungan dengan Engkau dari neraka, rantai-rantai dan belenggu-belenggunya sedemikian dan demikian. Mendengar doa aku ini, Sa’ad berkata: Wahai anakku, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan ada satu kumpulan yang melampau-lampau di dalam berdoa.” Oleh kerana itu, jaga-jagalah kamu (jauhilah) dari termasuk dalam kalangan mereka. sesungguhnya, sekiranya engkau dikurniakan syurga, engkau juga telah dikurniakan semua kebaikan yang ada di dalamnya, dan sekiranya engkau dijauhkan dari neraka, maka engkau juga telah dijauhkan dari apa-apa keburukan yang ada di dalamnya.” (HR Ahmad 1486 dan Abu Daud 1480. Dinilai Sahih oleh al-Albani)


Contoh doa baginda Nabi SAW pula yang dimulai dengan memuji, memuja Allah dituriti dengan permintaan, seperti:


اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ


Mafhumnya: “Ya Allah Engkaulah yang terawal dan tiada sesuatupun sebelum daripadaMu, Engkaulah yang Akhir, tiada sesuatupun selepasMu, Engkaulah yang Zahir (yang maha tinggi dan teratas), tiada sesuatupun yang lebih tinggi dan atas daripadaMu, Engkaulah yang Batin (yang Maha hampir), tiada sesuatupun yang lebih hampir daripadaMu. (Ya Allah) selesaikanlah hutang kami dan selamatkan kami dari kefakiran.” (HR Muslim 2713)


Daripada ‘Ali RA pula:


أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ : إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي ؟! قَالَ : أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ ؟! ، قَالَ : قُلْ : ( اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ


Mafhumnya: “Bahawa seorang hamba Mukatib (Hamba yang diletakkan syarat oleh tuannya untuk bebas dengan sesuatu bayaran) datang kepadanya dan berkata: Sesungguhnya aku telah tidak mampu untuk memenuhi bayaran yang ditetapkan oleh tuanku (الكتابة), bantulah aku! Jawab ‘Ali RA: Mahukah kamu aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimat yang diajar kepadaku oleh Rasulullah SAW? Sekalipun kamu memiliki hutang seumpama bukit yang besar, Allah akan melangsaikannya darimu. ‘Ali berkata: Bacalah: Ya Allah cukupkanlah daku dengan perkara-perkara halal dari yang haram, dan kayakan daku dengan kelebihanMu berbanding dari selainMu.” (HR al-Tirmizi 3563. Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi. Sila lihat Tashih al-Doa oleh al-Syeikh Bakr Abu Zaid, Hal: 61-63)


Jelas dari contoh doa-doa Nabi SAW ini tiada ciri-ciri melampau atau memberat-beratkan dan mereka-reka ibarat yang tidak perlu di dalam berdoa. Oleh yang demikian kita mencadangkan kepada semua orang untuk memilih doa-doa Nabi SAW dan petunjuk dari baginda dalam berdoa dengan menjauhi doa yang melampau-lampau dan ibarat bahasa yang tidak ada keperluan.


Dalam masa yang sama, kita tidak menafikan doa yang ditanya di dalam soalan ada dicadangkan oleh sebahagian ulama RH terutama dari fuqaha yang terkemudian dari mazhab al-Syafie. sebahagian mereka mengkhususkan doa ini untuk dibaca selepas solat Dhuha. Namun perbuatan mengkhususkan sesuatu doa untuk dibaca di tempat tertentu memerlukan dalil dan petunjuk dari Nabi SAW. Malangnya pengkhususan itu tidak ada, tambahan pula doa ini memiliki ragkapan ayat-ayat yang melampaui dari adab berdoa yang diajar oleh Baginda SAW.


Wallahu a’lam.

Nukilan jawapan dari laman Islam-qa.com. terjemahan beserta olahan dari Bin Sahak.