Tuesday, August 28, 2012


Kenapa sebuah keluarga perlu memiliki Talian Hayat Keluarga RM500 00 

Salam,
Sering kali kita terbaca atau terdengar, kemalangan maut berlaku di mana sahaja. Ia melibatkan kemalangan motor dan kereta yang menimpa bukan sahaja kepada anak muda, bahkan kepada sesiapa sahaja seperti seorang suami dan bapa berumur 40 tahun, warga emas dan lain – lain.
Di sudut lain, kita melihat ada juga orang meninggal dunia atau hilang upaya disebabkan penyakit kritikal seperti kanser dan lumpuh kekal.
Kebanyakan mereka yang hilang upaya bekerja, masih mempunyai tanggungan anak dan isteri, masih berada di puncak karier, masih menanggung hutang sana sini, masih mempunyai projek – projek dan perancangan kewangan masa hadapan, tetapi apakan daya apabila Allah telah meletakkan qada dan qadar di hadapan bagi menguji setiap hamba Nya.
Terdetik di hati, adakah anda masih mempunyai wang atau sumber gaji, bagi meneruskan kehidupan dan menyara keluarga, jika ditakdirkan suami ( Pencari Nafkah keluarga ) hilang upaya bekerja selamanya disebabkan meninggal dunia / lumpuh kekal ?
Mari kita study dan analisa beberapa masalah yang dihadapi dalam beberapa situasi seperti :
  • Seorang Isteri yang terpaksa keluar bekerja menyara keluarga setelah suami hilang upaya bekerja akibat lumpuh kekal
  • Seorang Isteri yang terpaksa keluar bekerja menyara keluarga setelah suami meninggal dunia disebabkan kemalangan / penyakit kritikal
  • Suami isteri yang meninggal dunia / hilang upaya meninggalkan anak – anak yang masih kecil dan bersekolah
  • Suami atau isteri yang menderita penyakit kritikal tetapi tidak tergolong di dalam kategori LUMPUH KEKAL
MASALAH utama yang di hadapi bagi situasi di atas adalah WANG! Bagaimana sebuah keluarga boleh menyambung kehidupan mereka, setelah PENCARI NAFKAH utama hilang upaya bekerja selamanya. Wang yang berfungsi sebagai :
  • Menyewa rumah / membayar hutang rumah
  • Membeli barang dapur / makanan / minuman
  • bil – bil elektrik / air / astro
  • Hutang – hutang kad kredit / kereta / pinjaman peribadi
  • Nafkah isteri / Nafkah kepada ibu bapa
  • Kos menyara anak – anak membesar
  • Kos menyara anak – anak bersekolah
  • Simpanan pendidikan anak – anak
  • Perubatan / hospital / klinik
Soalnya sekarang, siapakah yang akan memberikan wang bagi perkara – perkara di atas ?
————————————————————————————————————————–
Masalah 1 : Situasi di mana suami hilang upaya bekerja disebabkan lumpuh kekal disebabkan kemalangan / penyakit kritikal.
Kebiasaannya, jika majikan didapati tidak mampu hadir ketempat kerja atas sebab – sebab hilang upaya ( disahkan oleh hospital panel ), majikan masih memberikan GAJI PENUH selama 6 bulan bagi pekerja yang hilang upaya bekerja sementara atau kekal / dimasukkan hospital dalam tempoh itu. Selepas 6 bulan pertama, Majikan masih lagi membayar SEPARUH GAJI untuk 6 bulan berikutnya jika pekerja masih tidak mampu datang bekerja. Jadi, keluarga masih ada tempoh setahun bagi mempersiapkan diri menghadapi situasi ini. Selepas tempoh 6 bulan kedua, MAJIKAN kebiasaannya tidak lagi menyambung kontrak pekerja. Dalam hal ini, pekerja terbabit masih mempunyai pilihan iaitu :
- Jika pekerja terbabit kemalangan, beliau boleh pergi kepada SOCSO dan lain2.
- Mohon KWSP bagi pengeluaran awal
- Mohon Insurans hilang upaya dari majikan ( jika ada )
Persoalannya, cukupkah pampasan yang akan SOCSO berikan ? Adakah dana KWSP cukup menyara keluarga untuk tempoh yang lama katakan 20 tahun ?
Dalam hal ini, keluarga mungkin telah hilang separuh atau 3/4 dari kuasa belanja dan pendapatan biasa. Ini tidak termasuk kos – kos tambahan yang terpaksa ditanggung keluarga apabila suami ( yang sudah lumpuh ) perlu mendapatkan rawatan susulan, ubat – ubatan sepanjang hayat, alat sokongan hidup dan lain2 yang mana ia mungkin menelan belanja yang tinggi.
Masalah 2 : Situasi di mana suami meninggal dunia disebabkan kemalangan / penyakit kritikal.
Dalam situasi ini, ia mungkin berlaku secara mengejut dan tiba – tiba. Kebiasaanya, keluarga dalam keadaan terkejut dan trauma dan tidak bersedia menghadapi keadaan dan kesan kejadian ini. Jika suami meninggal dunia atas sebab penyakit kritikal, wang yang ada mungkin telah dibelanjakan untuk kos rawatan sebelumnya. Adakah ia masih berbaki utk diwariskan kepada keluarga ?
  • Masalah utama masih berkait dengan wang. Sudah pasti, kos pengebumian terpaksa dikeluarkan. Bagi masyarakat Islam pada zaman millenium ini, kos pengembumian boleh mencecah RM 1000 – RM 1500 dan ia perlu disegerakan.  Selepas itu, serba sedikit akan diadakan majlis tahlil dan sedikit kenduri bagi para tetamu.
  • Masalah kedua menyusul selepas sebulan pemergian suami. Wang yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Jika suami mempunyai wang simpanan bank, insurans, kwsp atau asb, ia akan mengambil masa bagi membuat tuntutan. Ditambah buruk lagi jika suami tidak meletakkan penama atas nama si isteri bagi KWSP atau Insurans di mana ia terpaksa di faraidkan. Jika harta – harta simpanan suami difaraidkan, isteri hanya layak untuk 1 / 9 dari harta – harta terbabit. Jika ini berlaku, dengan apa isteri boleh menyara anak – anak ? Jika isteri seorang yang mempunyai kerjaya, kurang sedikit bebannya, tetapi bagi isteri yang berstatus suri rumah, adakah beliau mampu keluar bekerja dalam tempoh 3 – 4 bulan pertama ?
  • Masalah ketiga yang menyusul adalah sumber kewangan sara hidup untuk tempoh 20 – 25 tahun akan datang.  Untuk tempoh 1-3 tahun pertama, keluarga mungkin boleh mendapatkan sumber kewanagan dari harta warisan suami seperti insurans ( jika ada ), KWSP, simpanan yang difaraidkan dan lain – lain. Tetapi adakah ia cukup bagi menampung untuk tempoh 20 – 25 tahun akan datang ? Inilah yang menjadi masalah utama bagi ibu tunggal kematian suami.
Fikir – fikirkan lah.
Masalah 3 : Situasi di mana suami menderita penyakit kritikal seperti buah pinggang dan kanser stage 3 – 4!
Dalam term insurans atau mana – mana klasifikasi hilang upaya kekal, pesakit buah pinggang atau kanser tidak termasuk di dalam golongan hilang upaya kekal. Jika ini berlaku, pesakit tidak dapat claim ke atas insurans ( jika ada ) / SOCSO sekali pun. Pesakit buah pinggang yang mana kedua – dua biji buah pinggangnya rosak, akan menghabiskan masa 3-4 jam sehari untuk cuci darah di pusat hemodialisis sebanyak 2 – 3 kali seminggu. Adakah pesakit buah pinggang ini masih mempunyai prestasi yang bagus untuk diterima di tempat kerja ? Adakah majikan akan mengekalkan status bekerja pesakit ini untuk tempoh yang lama ? Sudah tentu TIDAK.
Jika pesakit mempunyai polisi takaful hayat, beliau boleh claim ke atas rider 46 penyakit kritikal seperti dinyatakan dalam kontrak polisi. Persoalannya, adakah dana yang di tuntut itu mampu menyara keluarga untuk tempoh yang lama dan adakah ia cukup untuk menampung kos rawatan penyakit itu untuk sepanjang hayat ?
—————————————————————————————————-
Apakah penyelesaian MASALAH di atas ? ( dari segi kewangan )
Masalah yang dibincangkan di atas meliputi kejadian yang ditakdirkan menimpa suami seperti :
  • Meninggal dunia disebabkan apa jua punca
  • Hilang upaya kekal disebabkan apa jua punca
  • Menderita penyakit kritikal
Seperti yang dibincangkan, masalah utama adalah WANG. Persoalannya, berapa Wang yang ada ? Cukupkah ? Apa sumber wang yang boleh diperolehi ?
Antara sumber – sumber kewangan yang boleh menjadi TALIAN HAYAT keluarga adalah seperti :
  • Wang simpanan persendirian
  • Aset – rumah / tanah
  • Simpanan Emas
  • Takaful / Insurans tempat kerja
  • Takaful / Insurans hayat persendirian
  • KWSP
  • ASB
Masalah dengan sumber – sumber di atas adalah seperti berikut  :
  •  Cukupkah bagi menampung kos kehidupan keluarga untuk tempoh jangka panjang
  • Adakah simpanan di atas sudah diwasiatkan ke atas nama anak / isteri ?
  • Adakah simpanan di atas jika suami meninggal dunia, akan difaraidkan ?
  • Cukupkah pampasan insurans tempat kerja yang diberi ?
  • Adakah pampasan untuk meninggal dunia / hilang upaya dari takaful persendirian cukup bagi menampung kos kehidupan keluarga ?
  • Adakah suami sudah meletakkan penama bagi akaun KWSP beliau ? RM jutaan tidak dituntut dari KWSP dan ASB akibat dari tiada penama yang diletakkan
  • Adakah aset – aset kepunyaan suami boleh dijual dalam masa yang singkat ? Di mana keluarga akan tinggal jika satu – satunya rumah kepunyaan suami itu di jual ?
Masalah utama bagi masyarat Malaysia pada hari ini :
  • Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada membuat simpanan kecemasan, simpanan hari tua ?
  • Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada ambil Plan Takaful Hayat mahupun semurah Plan Takaful Kemalangan ?
  • Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang ada letak penama untuk akaun KWSP mereka ?
  • Dalam 10 orang rakyat Malaysia, berapa orang yang mendapat faedah sehingga RM 100 000 dari pampasan insurans tempat kerja ?
Gunakan instrumen yang tepat pada dengan kegunaan yang maksimum
Kita bukanlah JUTAWAN. Sebab itu kita perlu memikirkan kaedah dan tools yang tepat yang perlu digunakan bagi menghadapi situasi – situasi di atas.
Takaful Hayat boleh dijadikan satu instrumen kewangan yang tepat bagi menghadapi masalah di atas. Masalah wang setelah punca pendapatan hilang. Kesedaran memiliki Plan Takaful hayat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi, kefahaman ke atas instrumen kewangan ini masih lemah dan tidak diambil peduli. Asalkan sudah memiliki Plan takaful, dikira memadai.
Hakikatnya, takaful adalah berguna kepada orang yang paham situasi dan kaedah yang digunakan bagi menyelesaikan masalah kewangan keluarga setelah pencari nafkah utama hilang upaya bekerja.
Perlu difahami, takaful bukan diambil disebabkan si suami adalah seorang Jurutera. Tetapi takaful di ambil disebabkan :
  • gaji yang diperolehi setiap bulan
  • hutang – hutang yang ada
  • kos perbelanjaan sara hidup keluarga
Jika gaji si suami RM 3000 sebulan, jika beliau hilang upaya bekerja, tuntutan takaful ini kelak, dapat menggantikan gaji bulanan RM 3000 ini untuk tempoh yang panjang katakan 20 tahun. Mr A membeli Plan Takaful dengan simpanan bulanan RM 500, tetapi hanya menerima pampasan RM 200 000 jika beliau hilang upaya kekal, berbanding Mr B, yang mengambil Plan Takaful dengan simpanan bulanan RM 400, tetapi menerima RM 400 000 jika beliau hilang upaya kekal. Tindakan Mr A dan Mr B di dorong oleh pemahaman masing – masing mengenai fungsi Takaful ke atas kebajikan keluarga bila diperlukan kelak.
RM 500 000 adalah satu angka yang selesa!
RM 500 000 adalah satu angka yang dikira selesa kepada saya. Bagaimana RM 500 000 berfungsi dalam memberikan sumber kewangan bulanan yang konsisten untuk tempoh yang lama ?
Jika saya memiliki RM 500 000 pada hari ini, saya akan menyimpannya di instrumen kewangan yang berisiko rendah, yang dapat memberikan pulangan tahunan 6 -7% setahun. Dengan ini, dividen yang terhasil dari simpanan tadi adalah RM 35 000 setahun. RM 35 000 setahun adalah satu PENDAPATAN ALTERNATIF yang konsisten kepada saya dalam meneruskan kehidupan.  Saya menggunakan RM 35 000 setahun untuk sara hidup dan masih mempunyai RM 500 000 di dalam simpanan. Ini adalah satu keadaan yang boleh dikatakan selesa bagi saya. Begitu jugalah kaedah yang harus dipraktikkan kepada keluarga yang kehilangan suami. Dengan syarat, si suami mempunyai instrumen kewangan yang boleh mewariskan sekurang – kurangnnya RM 500 000 kepada waris / keluarga untuk meneruskan kehidupan.
RM 500 000 bukanlah satu angka yang tepat dan cukup bagi semua orang, tetapi saya percaya RM 500 000 adalah satu angka yang cukup bagi KEBANYAKAN ORANG!
Bagi yang berminat mendapatkan Proposal dari saya, sila hubungi sy dan isi maklumat di e form di bawah :