Bridget Amar Ma'ruf Nahi Mungkar (BADAR 313)
Ops Sayangi Remaja II
(Mencegah Maksiat, Menyampaikan Syari'at)
Setelah kejayaan Ops Sayangi Remaja I pada malam ambang merdeka yang lalu, BADAR 313 sekali lagi menganjurkan Ops Sayangi Remaja II sebagai kesinambungannya untuk malam ambang tahun baru. Program ini akan dijalankan di sekitar kawasan tumpuan belia muda-mudi sewaktu sambutan ambang tahun baru.
Program ini bukanlah bersifat menghukum atau menangkap mana-mana pasangan yang berbuat maksiat tetapi lebih kepada pencegahan dan kaunseling pasangan belia secara berhikmah. Taklimat tentang objektif program ini serta pendekatan yang akan digunakan untuk berjumpa pasangan belia di lapangan akan diberi oleh urusetia kami yang sudah berpengalaman hampir 10 tahun bergelumang dengan belia bermasalah.
Saya menjemput semua sahabat-sahabat seperjuangan untuk sama-sama turun ke lapangan mendekati belia-belia ini secara dekat. Kepada NGO Islam yang berminat bolehlah menghubungi saya, `Izzat Anwari bin Hasni (013-4025770) dan kepada mahasiswa IPT pula boleh menghubungi Saiful Afindi bin Sulaiman (013-9900138) atau Nur Azwaahidah binti Badarudin (019-4553985). Tiada tarikh tutup untuk penyertaan namun diharapkan wakil setiap badan dapat menghubungi urusetia awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Program akan bermula jam 6.00 petang dan para peserta program diminta untuk berkumpul di Masjid Kubang Buaya, Butterworth bagi sesi taklimat terakhir. Peringatan kepada semua, untuk mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas, para peserta diminta hadir awal di masjid tersebut. Makanan akan disediakan oleh urusetia kepada para peserta.
Sebarang perubahan atau maklumat lanjut akan dimasukkan ke dalam blog rasmi Rumah Upayadaya dan Harapan al-Rahman (RAUDHAH) dan blog rasmi Serambi Dakwah.
Sebar-sebarkan kepada sahabat-sahabat lain. Syukran jazilan.
No comments:
Post a Comment