Tuesday, August 4, 2009

.; Yakin & Bertawakkallah pd Allah :.

Salamun Alaik,

Semoga semua dibawah naungan Allah...



Yakin dan bertawakkallah kpd Allah dlm setiap gerak tindak kita, dalam setiap niat dan amal kita:

  • Al-Ahzab(33): 22 dan ketika org2 mukmin melihat gol.2 yg bersekutu itu, mrk berkata:"Inilah yg dijanjikan Allah dan RasulNya kpd kita. Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan demikian itu menambah keimanan dan keislaman(penyerahan bulat2)mereka.
  • Ali Imran(3): 173-174 org2 (yg mentaati Allah dan Rasul)yg ktk ada org2 mengatakan kpdnya "org2 Quraisy telah mengumpulkan pasukan utk menyerang kamu,krn itu takutlah kpd mrk", ternyata ucapan itu menambah kuat iman mereka dam mrk menjwb " cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Dia sebaik2 pelindung. maka mrk kembali dgn nikmat dan kurnia yg bsr dr Allah, mrk tidak ditimpa
  • Ali Imran (3): 159 ...kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkalah kepada Allah, sungguh Allah mencintai org2 yg bertawakkal
  • Al-Anfal (8): 2 sesungguhnya org2 yg beriman adlh mrk yg apabila disebutkan nama Allah akan gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat2Nya kpd mrk akan bertmbh kuat imannye dan hanya kpd Tuhan mrk bertawakkal
  • At-Talaq(65):3 dan Dia memberi rezki dr arah yg tiddak disangka2nya. Dan brg siapa yg bertawakkal kpd Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu
tawakkal yg benar adalah apabila kita menyerahkan diri kpd Allah secara total atau bulat2 selepas kita berusaha, bekerja sehabis mungkin, sebagaimana yg semestinye utk mencapai apa yg kita hajati

kerna kite yakin bahawa yg menentukan keberhasilan atau pun tidak sesuatau yg kita cita2kan,harapkan atau impikan, usahakan itu hanya terletak dlm kuasa Allah

oleh itu, bila kite punya cite2 dan ingin mencapainye,ada beberapa sifat utama yg kite perlu dlm diri kite:
  1. SABAR dalam berusaha
  2. TAWAKKAL setelah berusaha seupaya mungkin
  3. DOA yg tidak putus2 moga apa yg dicita2kan berhasil
tawakkal itu menjadikan hidup ini terasa luas kerana kite pasti tidak akan kekurangan rezeki sebab Allah telah menjamin setiap daripada kita akan diberi rezeki bahagian kita masing2...seperti burung yg keluar berpagi2 mencari makanan dan pulang petang dgn perut yg berisi.

"dari abu hurairah r.a, rasulullah bersabda: Masuklah ke dalam syurga para kaum yg hatinya seperti burung"

(riwayat muslim)

oleh itu, bertawakkallah kpd Allah dlm setiap hal dgn itu insyaAllah hati kita akan menjadi lapang dan tenang, dunia akan terasa lebih luas.


#sumber rujukan riyadhussalihin jilid 1 bab yakin dan tawakkal

1 comment:

Maiyah said...

salam.. kekadang saya pernah rasa penat dan letih dengan kesakitan badan ni sampai dalam sesaat tu tiba2 macam putus asa tapi saya beristighfar byk2 dgn beranggapan bahawa itu hanya godaan syaitan untuk melemahkan iman