Salam Alaik buat pembaca yg membaca bicara iman....lama sudah tidak ku titik dakwat utk menjadi bingkisan iman...Bersyukur sgt pada Allah yg menjadikan Alam ini utk tempat manusia berteduh sebentar utk menuju ke tempat yg kekal Abadi.
Ketika ku bersiar-siar di laman web sahabat-sahabat dapat juga ku petik mutiara iman utk ku terus kehidupan di alam fana ini.
Ketika ku bersiar-siar di laman web sahabat-sahabat dapat juga ku petik mutiara iman utk ku terus kehidupan di alam fana ini.
Pelbagai Halangan
Mungkin halangan di zaman ini semakin banyak.. halangan nafsu, jawatan, kesibukan kerja,pelajaran, keluarga( anak dan isteri) dll . Ya terasa satu keperluan untuk membebaskan diri daripada simpulan syaitan ini agar kita terus selamat ketika melalui setiap liku kehidupan. Apa juga permasalahan merupakan ujian untuk dilihat siapakah paling bijak dan boleh menyesuaikan diri hingga setiap dari kita sentiasa berjaya pada setiap kali ujian.
Untuk berjaya, semua mestilah faham,ikhlas dan berhemah dalam hidup ... Tipu daya syaitan dalam bab ini sering mengelirukan dan ramai yang terperangkap.. insyaallah orang yang tenang dan berhemah sering selamat.
Tarbiah & Dakwah
- Tarbiah adalah penentu kelansungan hidup kita: Tanpa ditarbiah dan mentarbiah, kita tidak akan ke mana dan bukan pewaris kegemilangan al Banna. Ikhwah mesti mempunyai kesediaan yang tinggi untuk belajar semula/ ulangkaji bahan silam yang di refresh dan bersedia utk berubah dan membimbing dengan kasih sayang para adek- adek/ anak- anak baru kita.
- Sayangilah dakwah ini, bangunkan ia di tempat anda dgn segala prasarana yang perlu... terus tingkatkan kualiti diri.... sokonglah dakwah ini dgn penglibatan anda yang positif... ia adalah penentu masa depanmu nanti di alam lain...
- Segala masalah perlu diselesai dengan baik dan harmoni.
- Orang yang enggan berbuat baik kepada orang lain, yang angkuh dgn pandangannya, serahkan saja mereka itu kepada Allah. Aku masih berpegang kepada prinsip " Dakwah ini ada Rabbnya, Dia tetap akan melindungi milikNya ...( seperti kata Abu Talib ketika lari keluar meninggalkan Kaabah ketika di serang Abrahah...
1 comment:
Edan jzk di atas tazkirah ini. Teruskan berkarya mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukannya.
Sebenarnya kita semua memerlukan nasihat antara satu sam lain seperti di dlam firman Allah SWT dalam Surah Wal Asri.
Post a Comment