Tuesday, October 19, 2010

DAKWAH-TERAS KEBANGKITAN UMMAH


Apabila seseorang itu bersyahadah bererti dia telah membuat satu pengakuan untuk memperhambakan dirinya hanya kepada Allah s.w.t. Ianya adalah satu pengakuan untuk tunduk seta patuh kepada Islam yang diredhai Allah. Ini merupakan pengakuan yang mewajibkannya agar meletakkan garis hidupnya atas lunas-lunas Islam dan menghayati serta memperjuangkan Ad-Deen ini semata-mata untuk mencari keberkatan Allah s.w.t.

Hakikat iman itu ialah kita menerima dan membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w serta mematuhinya tanpa merasa berat.Memberikan ketaatan yang penuh kepada Allah s.w.t dan Rasulnya adalah bukti keimanan seseorang itu, malah inilah yang ditekankan oleh Al-Quran. Maka tidak ada pilihan lain lagi bagi orang yang beriman selain pilihan Allah s.w.t dan mematuhi perintah serta mengikut jalan Rasulullah s.a.w dan menyeru manusia ke jalan Allah s.w.t.

Mungkin ramai di kalangan kita masih kabur dan tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dakwah tersebut dan apakah tujuan dan matlamatnya?? Dakwah dari segi bahasa bereti menyeru atau memanggil. Sebagai istilah syara' pula is membawa pengertian yang lebih khusus iaitu seruan atau panggil ke jalan Allah.

Menurut Ibn Taimiyah pula,Dakwah ialah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasulNya;iaitu dengan membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh mereka dan mentaati perintah mereka.

Antara tugas-tugas dakwah ialah menyeru melaksanakan apa yang disukai Allah dan RasulNya sama ada dari perkara wajib dan sunat. Tugas dakwah juga menegah dari segala larangan Allah dan Rasulnya sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah sekiranya tidak ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang dibenciNya, sama ada dari perkataan,perbutan zahir atau batin.

Jelas bahawa dakwah itu bererti menyeru dan memanggil manusia serta berusaha melaksanakan seruan dan ajakan kepada jalan yang benar iaitu agama Islam dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Islam.

Tujuan dan matlamat itu tidak lain dan tidak bukan ialah tujuan Al-Islam itu sendiri, yakni membawa manusia kepada pengabdian yang menyeluruh kepada Allah s.w.t. Perhatikanlah ucapan seorang sahabat,Raba'i ibn Amir RA,kepada Rustam :
"Bahawa Allah telah mengutuskan kami untuk mengajak dan menyeru tuan-tuan dan semua orang yang menumpahkan taat setianya kepada sesama manusia untuk bersama-sama dengan kami menyembah dan menumpahkan pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa, dan menarik mereka keluar daripada kesempitan hidup di dunia kepada medan hidup yang lebih selesa di dunia dan akhirat, dari keganasan dan kekejaman agama-agama kepada keadialn Islam...............lalu diutuskan utusanNya kepada seluruh umat manusia...."

Pengabdian yang menyeluruh ini hanyalah boleh dicapai di dalam sebuah masyarakat yang menegakkan suasana alam yang berpusat kepada IMAN DAN TAQWA, betul-betul bertawajjuh(menghadapkan diri) kepada Allah s.w.t, mengambil FURQAN(neraca penilaian Allah) sebagai pembeza, mengawasi hudud-Ullah(batasan-batasan Allah) serta wala'ila-Allah(ketaatan yang mutlak kepada Allah s.w.t)... Inilah masyarakat di mana Hakimiyah Lillah akan tertegak. Dengan lain perkataan, pengabdian yang menyrluruh hanya dapat dicapai dengan tertegaknya Daulah Islamiyah.....

1 comment:

hrusli61 said...

Salam alaik. Tumbang ziarah, bagus menilisan Hidan, teruskan.

Dakwah tugas kau dan aku. Juga yang mahu tertegaknya kebenaran.

Tiada pilihan lain betul. Tetapi wadahnya banyak maka kita telah pilih IKRAM