HMM: Senjata Dakwah yang Difitnah Penjajah II
Assalamu'alaikum wbt
(Bagi yang ingin membaca Hikayat Merong Mahawangsa asal, sila ke Arkib Blog April)
-Bersambung dari HMM: Senjata Dakwah yang Difitnah Penjajah I -
http://hmm-asal.blogspot.com/(Bagi yang ingin membaca Hikayat Merong Mahawangsa asal, sila ke Arkib Blog April)
-Bersambung dari HMM: Senjata Dakwah yang Difitnah Penjajah I -
Ini ialah kronologi peristiwa dan agama yang sampai ke Nusantara menurut pandangan peribadi saya sahaja. Kajian berterusan harus dijalankan oleh semua pihak yang terlibat yang mungkin menghasilkan bukti serta kronologi yang lebih spesifik pada masa akan datang.
Nama Raja | Tempat | Masa | Agama |
1. Raja/Dewa Ravana | Pulau Langkawi (Bukan di Sri Lanka) | Sekitar 3000SM iaitu 5000 tahun dahulu | Tauhid jika Dewa Brahma ialah Nabi Ibrahim a.s. dan mungkin terpesong kemudiannya. |
2. Raja Merong Mahawangsa | Kota Langkasuka | Sekitar 1000SM iaitu 3000 tahun dahulu | Tauhid ajaran Nabi Sulaiman a.s. Mungkin terpesong kemudiannya. |
3. Raja Merong Mahapudisat | Kedah Zamin Tauran Menghantar anak membuka Siam, Patani dan Perak | Sekitar 500SM iaitu 2500 tahun dahulu, ketika Gautama Buddha masih hidup | Jika G Buddha nabi, mungkin Tauhid pada awalnya. Mungkin terpesong kemudiannya. |
4. Raja Seri Mahawangsa | Serukam | Sekitar 50Masehi iaitu 1960 tahun dahulu | Mungkin sudah menganut ajaran Buddha Vajrayana. Buddha Vajrayana sangat dekat dengan agama Hindu. Perdagangan dengan penduduk India Selatan yang bermula pada masa ini akhirnya mengakibatkan ajaran Hindu menyerap masuk sedikit-demi sedikit. |
5. Raja Seri Maha Inderawangsa | Sungai Mas | Sekitar 600Masehi iaitu 1400 tahun dahulu | |
6. Raja Ong Maha Perita Deria(Raja bersiung) | Kota Aur | Antara 600Masehi hingga Islamnya Raja Phra Ong Mahawangsa yang dipersetujui pada 1136 Masehi | |
7. Raja Pra’ Ong Mahaputisat | Kota Kuala Muda kemudian Bukit Meriam | ||
8. Raja Pra’ Ong Mahawangsa (nama Islam; Sultan Mudzalfal/Muzaffar Shah) | Bukit Meriam | 1136M – 1179M | Islam |
9. Sultan Muadzam Shah | Bukit Meriam | 1179M – 1201M | Islam. Hikayat Merong Mahawangsa ditulis. |
Bab 14, m.s. 145; “..ia bertitah suruh ambil sakalian berhala di dalam istana itu, maka sakalian itu pun di-hantarkan orang-lah ka-hadapan baginda dan Sheikh Abdullah, bertimbun2 daripada emas dan perak dan tembikar dan kayu dan tanah saperti rupa manusia. Sakalian habislah di-pukul oleh Sheikh Abdullah dengan kapak dan di-belah-nya dengan pedang hingga hanchor luloh sakalian-nya menjadi serbok; kemudian maka di-masokkan-nya ka-dalam api.”
Dari ayat ini jelas bahawa mereka sendiri yang menghapuskan berhala-berhala menyebabkan berhala kurang ditemui di tapak-tapak arkeologi di Lembah Bujang.
Sejak ditulis, HMM telah menjadi antara senjata dakwah di Nusantara hingga hampir semua orangMelayu memeluk agama Islam. Malangnya, setelah Kedah dijajah British dan Sukhotai, pelbagai usaha dibuat untuk memutarbelitkan ceritanya dan juga cubaan menghapuskannya.
Selain itu, banyak tempat di Malaysia dan kepulauan kecil sekitar barat Thailand telah ditukar ke nama Inggeris. Terdapat pula cerita yang mengatakan suatu ketika dulu Langkawi dipanggil Pulau Lada oleh orang Acheh pada abad ke 16. Akan tetapi dalam HMM Bab 6, m.s. 43 dinyatakan Pulau Lada sudah menjadi Bukit Lada semasa zaman Raja Merong lagi.
Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah ditulis pada 5 Januari 1927 oleh Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad adalah satu usaha oleh pihak istana pada ketika itu untuk menulis semula salasilah Raja Kedah. Oleh kerana HMM bukanlah buku sejarah, maka cubaan itu memang gagal dan lebih mengelirukan. Persamaan Al-Tarikh Salasilah dengan HMM hanyalah pada Seri Paduka Maharaja Derbar Raja iaitu Raja Pra’ Ong Mahawangsa yang bertukar nama ke Sultan Mudzaffar Shah setelah memeluk agama Islam pada tahun 1136Masehi.
KESIMPULAN
Jika benarlah semua tanggapan serta bukti-bukti yang telah saya kemukakan ini, maka benarlah pandangan yang mengatakan terdapat dua gelombang kedatangan Melayu ke Indochina.Gelombang pertama yang dipanggil Melayu-proto ialah bangsa purba Rakshasa berketurunan Indo-Aryan yang telah berkahwin campur dengan bangsa-bangsa lain di utara bermula diTibet,China. Mereka menuju ke IndoChina sambil membuat penempatan di tepi sungai-sungai sekitar 5000 tahun dahulu. Dalam HMM, mereka digelar gergasi.
Antara Melayu-proto yang masih berada di Malaysia sekarang ialah Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai dan Temuan. Yang berada di Indonesia pula ialahToraja(Sulawesi Selatan), Sasak(Lombok), Dayak(Kalimantan Tengah), Batak(Sumatera Utara), Nias(pantai barat Sumatera Utara), Rejang dan lain-lain. Di Myanmar, mereka dipanggil Rakhine atau Arakan.
Melayu-deutero ialah Melayu yang datang melalui jalan laut dari India Utara dan Bangladeshsejak keturunan Raja Merong Mahawangsa membuka Langkasuka sekitar 3000 tahun dahulu.Melayu-deutero ialah semua Melayu yang selebihnya. Ia mungkin juga termasuk Kadazan, Iban, Bajau, Melanau dan lain-lain yang berada di Sabah dan Sarawak. Begitu juga Melayu Siam dan Pattani samada yang beragama Islam ataupun tidak. Orang Islam Cham di Kemboja, Vietnam dan Laos dan juga orang Melayu Myanmar.
Kebanyakan orang Melayu adalah Islam disebabkan adanya senjata-senjata dakwah seperti Hikayat Merong Mahawangsa. Akibat penjajahan, kegiatan dakwah agama Islam terhenti sebelum sempat sampai ke negara-negara lebih Timur seperti Filipina, Taiwan, Jepun, Koreamahupun yang lebih dekat seperti negeri Sabah dan Sarawak. Ajaran Buddha yang tersebar meluasdi Timur mungkin juga dibawa oleh bangsa Melayu suatu ketika dahulu sejak membawa ajaran itu keluar dari India. Oleh kerana tidak lengkapnya ajaran Buddha itu, maka penganut Buddha sendiri tidak menganggap Buddha sebagai agama. Mungkin pendedahan ini boleh menyedarkan mereka tentang hal sebenarnya. InsyaAllah.
Setakat ini saja perbincangan kali ini. Jika terdapat bukti-bukti atau maklumat baru dari para ulama’ dan komen yang akan dibuka, InsyaAllah akan bersambung lagi.
To the rest of the world, you are also welcome to participate in the comment section but sorry to say, I can only understand this other language.
Akhir kata, apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang bukan itu kesilapan saya sendiri. Harap Maaf.
Sumber dari Blog :
No comments:
Post a Comment