Tuesday, January 31, 2012
Perkongsian Q&A Sesi Bersama Syeikh daripada Ikhwan
Sesi soal jawab
1. ISHAB menghadapai berbagai pemuda di zamanya,..bleh ceritakan pemuda yg berbagai background ini? Bagaiman ISHAB satukan pemuda2 ini?
ISHAB menggunakan pendekatan agama itu besar, cita2 agama itu besar…dan meletakkan cita2 agama yg begitu besar itu begitu jelas di hadapan mereka, iaiatu kebebasan, kekuasaan…dan jauhkan diri dari perkara2 khilaf, perkara furu’, perkara2 fikah…ini dapat mengelakkan beliau dari masaalah terhadap keperlabaigan latarbelakang..dengan cita2 agama yg besar ini, semua orang jelas dan sepakat dengan cita2 besar ini…untuk bersatu dalam perkara furu dalam agama adalah sesuatu yg mustahil…beliau tidak meletakkan diri beliau di kandang itu…
2. ISHAB bina pemuda, yg kekal beberapa generasi…adakah revolusi mesir di initiate oleh pemuda ikhwan, ataupon di initiate oleh pemuda lain yg terpengarhuh dengan pemuda ikhwan, ataupon memang ikhwah mengambil peluang terhadap kebangkitan masyarakat, seterusnya menang pilihanraya…
Kita ketahui bahawa, perubahan2 yg bersifat mendadak, ia tidak akan kekal lama..perubahan yg berlaku itu, perubahan yg kekal, yang berasaskan kepada langkah2 perlahan tapi berterusan..membina ruh jihad dalam diri ummah, dengan begitu lama..apa yg diinginkan oleh ISHAB, beliau berkata, bukan setakat mencapai matlamat, tapi membersihkan penyakit2 lama, yg berkarat dalam diri ummah ini…ia perlukan proses dan masa yg panjang..apa yg dicapai bukan lah mendadak, tapi perjuangan dan usaha yg diusahakan terhadap ummah sekian lama…
Sebenarnya detik kemenangan itu, adalah berdasarkan usaha2 yg lama yg panjang dan berterusan..namun demikian, fikrah itu, mestilah dimulakan oleh orang pilihan, dan disokong oleh ummah…itulah proses mendapat kemenangan, dimulakan oleh golongan terpolih, dan disokong oleh ummah…dikatakan bahawa, satu usaha yg Berjaya perlu 2 perkara…iaitu satu kajian yg mendalam sebelum laksanakanya, yg kedua, bersifat sederhana ketika melakukannya..dengan pendekatan itu lah, ikhwah tidak mengangkat apa2 slogan terhadap perkembangan2 yg berlaku…
3. Apakah kitab akidah yg menjadi rujukan ISHAB…dan apakah kitab akidah menjadi rujukan ikhwan sekarang..
Kitab al-aqaid karanagn ISHAB,
Buku karangan syeikh mohd ghazali.
Ma’rifatul iman – Qardawi
Buku karangan sayyid sabiq
Buku
Pendekatan yg diminati ISHAB, adalah yg menjauhi pendekatan2 khilaf oleh ulama…akidah perlu difahami dengan mudah, dihayati dan difahami dengan sempurna…
4. Bagaiman mengetahui reality masyarakat…kadang2 saya tak tahu apa yg dikehendaki masyarakat.
Mereka nak 2 perkara..mereka nak tahu agama mereka…kedua, mereka nak tahu, agama itu cukup untuk mereka…
Murid Albanna, bernama Abdul Khalid, pernah ditemuramah dalam TV…apa kamu dapat dari AlBanna?? Beliau jawab, saya tahu agama saya, saya tahu agama itu cukup untuk saya…
Pernah AlBanna mengatakan, paksi yg kita ketengahkan, iaitu mengajak manusia mengenali tuhan mereka, dan merasa tenang dengan tuhan mereka…
5. Berikan nasihat kepada kami, untuk kami ambil pendekatan terjun ke medan, dan berdepan dengan realiti..bagaimana kami nak memastikan keperibadian terjaga, dan semangat tidak pudar.
AlBanna pernah mengatakan dirinya dalam persediaan terjun ke masyarakat, untuk didik ummah ini, syaa sediakan diri saya dari segi akli pemikiran, lebih dari apa yg dipelajari oleh irg biasa belajar…saya sediakan jasad, jasad yg bersedia untuk hadapai segala kesusahan dan kepayahah…saya sediuakan juga roh dan jiwa saya, yg saya telah jual kepada Allah swt, mengharapkan balasan daripada Allah swt…janji saya dengan tuhan saya, di waktu malam, yg tidak ada siapa yg tahu, melaikan saya dan Allah swt sahaja..
6. Bagaimana mahu bebaskan pemikiran hati jiwa pemuda, agar mereka merasa gembira untuk beramal.
Sesunggunya matlamat dan cita-cita mengikut yang asal, banyak tugasan yang besar dianggap khayalan pada masyarakat padahal perkara itu mampu dilaksanakan. Sesungguhnya, orang yang tidak melakukan perubahan, dia sendiri akan jadi mangsa perubahan. Orang yang soleh tidak akan sekali-kali boleh hidup dalam keadaan yang rosak tapi orang yang rosak boleh hidup dalam keadaan soleh. Masyarakat barat hidup dalam suasana yang tidak makmur kepada jiwa, maka ada pertembungan antara jiwa dan persekitaran. Beliau juga menekankan islam bukan agama yang mengasingkan diri, tetapi seimbang iaitu bersama masyarakat dan di jalan yang lurus.
7. Boleh ustaz terangkan tarbiah hamas pada masa kini di gaza?
Asas terbiyah tidak berubah sejak al-banna dengan meletakkan kekuatan kepada kekuatan iman, ukhuwah dan senjata.
8. Ada dikalangan pemuda bergerak hebat dikampus tetapi bila berkerja, amal semakin berkurang. Bagaimana ikhwah mesir melakukuannya?
Untuk kekal, maka pendakwah selepas membaiki diri, binalah baitul muslim yang merupakan langkah ke UA. Langkah ini disaksikan oleh golongan secular sendiri bahawa kejayaan al-banna adalah rumahtangga yang stabil. Jadi sumbangan itu perlu diteruskan dan insyaallah xkan futur. Begitu juga kestabilan rumahtangga al-banna dapat disaksikan sehingga ke akhir hayatnya. Satu kisah sebelum beliau meninggal dunia adalah suatu hari isterinya berkata mungkin musuh akan membunuhmu, al-banna kata tahu dan dia menyatakan adakah dia diberi pilihan 2 hari untuk tangguhkan mati.anknya member pistol sebagai pertahanan diri. Al-banna cakap dia xkan membalas musuh yang menembaknya. Begitu juga ketika dipenjara bersama yusuf hawwash. Dimana isterinya datang melawat dan yusuf meminta maaf kerana menyusahkannya. Tetapi isterinya Fatimah berkata dia telah berbaiah lebih dari situ dan bersedia berjuang.
9. Apahah tips syeikh sihat dan bertenaga walaupun telah berumur 67 tahun? bekerja sebagai Dr dan berdakwah.
Dalam islam itu ada segalanya. Dari segi makan, minum, tidur. Semuanya ada dalam islam dan menjaga kita dari kebinasaan dan kesederhanaan. Menjaga kesihatan itu lebih lazim lagi bagi para daie. Penampilan yang fresh akan menarik perhatian orang dan menambah penyokong.
10. Tips kepada pemuda untuk bekerja hingga akhir hayat.
Untuk terus dalam medan dan istiqamah adalah hargai fikrah, kefahaman dan apa yang kita ada. Maka, kita akan memanfaatkan dengan menyampaikan kepada orang lain dan terus thabat di jalan dakwah.
11. Apa tips ustaz kepada kami yang sentiasa sibuk ini.
Al-banna sering berpesan kepada anak buah dan sahabat bahawa mereka adalah modalnya dan dia berdoa agar dihindari dari perkara tidak diingini. Dia berterus-terang dan mengingatkan asas perjuangan adalah kesatuan dan menekankan untuk sering bertemu.
12. Sistem pentarbiyahan yang bagaimana dapat membina rijal dan guru2.
Antaranya adalah mebina usrah, kumpulan2 yang dapat membina tubuh badan sihat, pemikiran. Menekankan untuk perlu ruh yang kuat kepada allah sebagaimana kata syed qutb setiap kerja yang penting dan genting memerlukan kesediaan ruh yang tinggi sebagaimana kisah maryam dalam mengandung nabi isa. Setiap kerja kita perlukan hati yang berhubung terus dengan Allah taala. Dalam melahirkan rijal ini memerlukan guru pembimbing yang berkemampuan dan sesuatu dakwah yang hebat bergantung kepada kemampuan seorang guru dan keikhlasan seorang murid.
Monday, January 30, 2012
Allah Pasti Membantu Jika Kita Mahu Berubah Menjadi Baik
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas kemudahan daripada-Nya pada perubahanku kini. Jika dibandingkan aku yang dulu dan kini, perubahannya sangat ketara dan aku rasa perubahan ini sangat menggembirakan aku mungkin juga orang di sekelilingku. Menatap gambarku di kala silam pada malam hari semalam dan melihat diriku yang kini menambah rasa bersyukur dan perasaan bahawa Allah itu masih sayangkan aku dan amat menyayangiku.
Menjadi baik itu adalah fitrah manusia begitu juga dengan soleh dan solehah. Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini adalah pilihan sama ada berlandaskan nafsu atau ilham takwa daripada Allah. Beruntunglah bagi hamba-Nya yang Allah kurniakan takwa yang mana Allah bimbing hamba-Nya yang dikasihi dalam tiap apa yang dia lakukan agar dapat menggapai redha-Nya. Oleh sebab itu, sentiasalah memohon kepada Allah agar tiap apa yang kita lakukan mendapat bimbingan daripada Allah kerana sesungguhnya dengan rahmat Allah lah kita dapat masuk syurga dan sebaliknya BUKANdengan amalan atau perkara lain. Hanya dengan rahmat Allah.
Kenakalanku sejak di bangku sekolah kadang kala memberi penyesalan sementara padaku dan aku kerap mengulanginya. Daripada terhadap orang lain dan keluarga sendiri, aku tidak serik berbuat nakal kepada mereka. Semakin aku beranjak dewasa dan berfikiran luas tentang dunia, Allah mula menitipkan hati ini agar berubah ke arah lebih baik. Sejak sebelum peperiksaan PMR di tingkatan 3 lagi, aku sudah berniat untuk berhijrah ke negeri lain untuk melanjutkan pelajaranku untuk mempermudah perubahanku kerana sahabat adalah cermin diri kita.
"Jika mahu mengenal diri kita, lihatlah pada sahabat kita"
Oleh sebab itu, aku tekad untuk berhijrah ke sekolah lain agar perubahan itu sedikit sebanyak dapat diteruskan dengan lancar dan alhamdulillah sejak berpindah di sekolah teknik, aku mula dekatkan diri dengan Allah melalui Al-Quran dan solat berjemaah kerana aku mula masuk asrama dan seperti yang anda tahu, apabila kita terlibat dengan asrama, kita perlu patuhi aktiviti yang ditetapkan. Antaranya turun ke surau pada waktu Maghrib, prep (belajar di bilik belajar), supper (makan setelah tamat prep malam).
Namun sedikit aku tergelincir apabila aku bertemu dengan seseorang tetapi alhamdulillah hampir setahun selepas itu, aku kembali di landasan hijrahku. Setelah itu aku berhijrah ke kolej matrikulasi. Allah mula permudah aku untuk mendapat bimbingan daripada muslimah yang boleh aku harapkan. Antaranya kakak fasilitator yang bertudung labuh ketika aku orientasi selama seminggu. Merekalah yang menjadi permulaan bagi aku mula berubah ke arah solehah dengan memakai stokin. Amalan yang kakak fasi tetapkan terus tersemat dalam hati aku. Alhamdulillah dan dari situlah aku mengenali kakak yang memberi aku inspirasi untuk bertudung labuh. Aku berkenalan rapat dengan salah seorang daripada mereka, kak Su. Dialah yang menjadi tempat luahan aku untuk aku berkongsi tentang niat aku untuk berubah. Aku tekad. Aku ingin berubah atau hidayah dan titik ilham taqwa itu akan Allah ambil dan mungkin aku tidak akan dapat lagi hidayah sebegitu seumur hidupku sehingga aku mati.
Aku mengagumi kak Su kerana dia tidak memperlekeh masa silamku malah dia memberi aku dorongan untuk berubah. Sebenarnya itulah yang patut kita lakukan,
"Jangan pernah perlekeh atau perkecilkan orang lain hatta dia berzina atau melakukan dosa besar yang paling dahsyat sekalipun kerana tidak mustahil kita menjadi seperti dia walaupun kini kita adalah seseorang yang soleh atau solehah"
Aku menyedari bahawa Allah sangat membantu aku dalam penghijrahan ini. Apetah lagi sekarang. Kesedaran aku terhadap Allah yang membantu dan mempermudah aku semakin meningkat daripada sehari ke sehari. Berdaftarnya aku di Management & Science University (MSU) pada mulanya membuat aku sedih kerana akulah satu-satunya pelajar di kolej matrikulasiku yang masuk IPTS. Mereka yang lain dapat masuk IPTA. Aku sangat bersedih ketika itu. Kadang-kala aku marah dan menyalahkan aku. Lama kelamaan hikmah di sebaliknya mula tersingkap sedikit demi sedikit dengan melihat diriku yang kini. Aku mula menyesali kerana aku marah pada Allah dan berterima kasih padanya atas semua ini. Mungkin kalau aku tak masuk MSU, aku tak jadi macam sekarang.
Daripada MSU lah aku kenal sahabat-sahabat yang padaku sahabat solehah yang aku boleh harapkan untuk membantu penghijrahanku. Aku mula kenal usrah, badan-badan dakwah seperti GAMIS, IKRAM, ABIM, PEMBINA dan lain-lain. Begitu juga dengan para ulama'. Mula membaca buku-buku ilmiah yang memberi kesedaran dan muhasabah buat diri ini. Sahabat-sahabat aku di MSU lah yang menjadi perantara-Nya dalam membantu aku berubah. Aku tertarik kepada sepatah ayat daripada naqibahku,
"Jika kita nak berubah menjadi baik, Allah akan berikan kita kawan-kawan yang baik. Ada sahaja mereka-mereka yang daripada mana, kita dapat kenal"
Dan itu jugalah yang terjadi pada aku. Jika kita nak berubah menjadi baik, insyaAllah Allah akan tolong. Janganlah kita ragu pada Allah. Mohonlah pada Allah agar penghijrahan kita untuk menjadi soleh dan solehah akan dipermudah oleh-Nya. Sesungguhnya Allah lah sebaik-baik penolong dan pelindung dan janganlah pula kita lupa untuk berterima kasih dengan Dia kerana sentiasa mempermudahkan kita dalam penghjirahan ini.
Kepada yang terdetik untuk berubah menjadi baik, mulakanlah langkah pertama secepatnya kerana mungkin detikan itu TIDAK AKAN terdetik lagi seumur hidup anda. Jangan biarkan ia tersia-sia di dalam hati.
rujukan dari blog :http://www.ilmi-islam.com/inspirasi/motivasi/333-allah-pasti-membantu-jika-kita-mahu-berubah-menjadi-baik#
Saturday, January 28, 2012
MUTIARA KATA
Kata hikmat adab
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
Kata Hukama," Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).
Kata hikmat Adat
Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).
Habis adat kerana kerelaan. ( Pepatah Melayu).
Adat juara berkalah menang. ( Pepatah Melayu).
Adat hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu.. (Pepatah Melayu).
Kata hikmat Adil
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).
Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).
Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).
Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).
Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).
Kata hikmat Agama
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).
Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka ).
Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).
Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka ).
Kata hikmat Akal.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).
Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.
(ulama).
Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).
Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).
Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).
Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).
Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).
Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).
Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).
Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).
Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).
Kata hikmat anak.
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.
( Maksud hadis ).
Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).
Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).
kata hikmat bahagia.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).
Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).
Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.
Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.
Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.
Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.
Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.
kata hikmat Bahasa Hati
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)
Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).
Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)
Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)
Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).
kata hikmat Baik
Buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali. (peribahasa)
Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. ( maksud hadis).
Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).
Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon).
Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka).
Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya.
kata hikmat Bangsa
Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.
Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka).
Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).
Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam,begitu juga sebaliknya.Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. ( maksud hadis).
Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)
"Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan Kami jadikan kami bergolongan dan berbangsa-bangsa,supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain.Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. ( Maksud ayat al-Quran 49:13)
kata hikmat benar.
Benar jadi berani. (pepatah China)
Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran,tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)
Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)
Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)
Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (hadis)
Wahai saudagar!Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak.
(Saidina Ali)
Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).
Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).
Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).
Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. ( Hamka).
Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka).
Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar dan adil adalah satu. ( Hamka)
Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kesombongan.( Hamka)
Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah.(Hamka).
kata hikmat kalau
Kalau kail panjang sejengkal ,jangan lautan hendak diduga. (peribahasa Melayu)
Kalau banyak ilmu manusia,lebih mudah dia menipu dirinya.Jalan yang baik mengelakkan kesilapan ialah membuat tidak tahu.(Jean Jacques Rousseau).
Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).
Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahsa China).
Kalau banyak benda yang manusia malukan,dia akan dihormati.
Kalau dua orang menunggang kuda,seorang mesti duduk di belakang.(peribahasa Inggeris).
Kalau engakau disuruh pilih,tentu engkau memilih.(peribahasa Arab).
Kalau bekerja dianggap menyusahkan,mengganggur merosakkan.(peribahasa Arab).
Hati-hatilah kalau lidahmu akan memukul lehermu sendiri.(peribahasa Arab).
Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,maka payah melaluinya,panjang jalannya dan banyak rintangannya.(imam Al Ghazali).
Kalaulah ilmu dapat dicari dengan niat,pasti tidak ada orang jahil dalam dunia ini.(pendeta).
Kalau takut mati jangan hidup.(Mahatma Gandhi).
Kalau tuhan tidak menjadikan perhambaan dan perbudakan,tentu tidak akan timbul keinginan hendak mengejar kemerdekaan.Memang kalau taida kesakitan,orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan.Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan. (Hamka).
Kalau petang dan pagi seseorang itu beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan,itulah orang yang bahagia.(zaid)
Kalau sekali seorang bijak melakukan kekeliruan,di belakangnya terdapat ramai orang bodoh yang mengulangi kekeliruan itu.(Beng Cu).
Kalau engkau ingin menjadi raja,pakailah sifat qanaah.kalau engakau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat,pakailah budi pekerti yang baik.Kedua sifat ini ialah kawan bahagia.(saidina Ali).
Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit,tidak dapat menolak demam,tidak dapat menghindarkan maut,nyatalah bahawa kesusahan yang menimpa orang kaya,serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.(Hamka).
Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,hendaklah biasakan hidup melarat,sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.Tetapi kalau engkau hendak mencapai kemerdekaan untuk diri sendiri dan bangsamu,hendaklah engakau biasakan bersikap tabah menempuh perjuangan.(Voltaire).
Kalau pemerintah mempunyai hak atas rakyat iaitu supaya rakyat taat dan tunduk kepadanya,maka rakyat pula mempunyai hak atas pemerintah,yakni hendaklah pemerintah berlaku adil atas rakyat.(Muhammad Abduh).
Kalu hendak memperbaiki karangan,adakan peraturan dalam fikiran.(buffon).
Kalau hendak mempunyai tampan yang paling baik dan paling kukuh dalam karangan,menulislah dengan sederhana.(Hohenemser).
Kalau kamu mendapat kesusahan,ingatlah untuk menyimpan kesabaran.(Horatius).
Kalau tutur kata dan bahasa tidak sesuai dengan keadaan yang sebenar,itu tandanya bahawa sesuatu perkara tidak berhasil.
Kalau kamu berada di rumah orang,hendaklah kamu jaga matamu,jika kamu berada di tengah orang ramai,jaga lidahmu dan jika kamu berada dalam majilis jamuan,jaga perangaimu.(lukmanul hakim).
Jika nasihat orang gila itu bagus,orang berfikiran waras tentu akan melaksanakannya.(Hamka).
Jikalau orang perlu kawan,dia akan mengambil setiap orang yang mahu menolongnya,soal siapa orangnya,itu tidak penting.(Feng Yu Hsiang)
Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).
Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya.(Umar Al Khatab).
Kalau hendak orang lain menyimpan rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.
Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat anda meratap,tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.
Kalau kita membenci orang,orang akan membenci kita.
Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi.
Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang sihat akan memikirkan wangnya.
Kalau kita tidak mencari sesuatu,kita tidak dapat menemui sesuatu.
Kata hikmat Keindahan.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.
Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.
Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah pun mampu dihilangkannya.
Alangkah indahnya jika dunia dan agama berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung dalam diri seseorang.
Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi pada cara dia mengejek.
Bacaan Al-Quran dengan lagu yang indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.
Allah amat ingin agar hambanya memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.
Perhiasan timbul dariapda kerinduan terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas meja,kerusi yang bagus,semuanya seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah ketika ke masjid.Tandanya berhias itu dilarang bahkan dianjurkan.Tetapi jangan berlebih-lebihan.
Seni adalah tiruan daripada keindahan dan sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa lantaran makrifat.
Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan keindahan.
Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak boleh berhias dengan barang yang buruk.
Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.
Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.
kata hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.dakwah Isalam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Perbezaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian kepada nabi Isa adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana disalib.
Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.
Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Orang yang membenarkan kejahatan,beerti sudah berbuat jahat.
Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan orang lain terhadap dirimu.
Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai dari tempat-tempat yang busuk.
Menolong orang melakukan kejahatan sama seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’
Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan pasti ditohmah atau difitnah.
Manusia yang hanya besar perut,banyak tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat jahat.
Orang yang membinasakan orang lain untuk kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.
Iman yang teguh menghalang manusia melakukan kejahatan.
Kata hikmat jangan.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.
Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai.
Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal,nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia benci padamu.
Kata hikmat Cita-cita
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.
Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.
Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.
Kata hikmat sahabat.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengancuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.
Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.
Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.
kata hikmat saudara.
Tolonglah saudarmu ketika ia menjadi seorang yang zalim atau orang yang dizalimi.
Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia mencintai saudaranya,sebagaimna ia mencintai dirinya sendiri.
Kedua orang saudara itu laksana dua belah tangan yang membasuh satu sama lain.
Bersedekah kepada orang miskin itu beerti satu sedekah sahaja,sementara sedekah kepada kaum kerabat itu beerti du sedekah,iaitu bersedekah dan mengutakan hubungan persaudaraan.
Di sana ada tiga jenis saudara,saudara yang tidak membalas kebaikan yang anda berikan kepadannya,saudara yang memberikan balasana setimpal dengan kebaikan yang diberikan dan saudara yang sentiasa ingin memanjangkan hubungan persaudaraan tanpa mengejar sebrang kebaikan daripada anda.
Diantara sikap yang boleh melahirkan perasaan kasih sayang seorang saudara kepada anda ialah memberi salam terlebih dahulu.Anda memanggilnya dengan nama yang paling digemarinya dan anda melapangkan tempat di dalam sesuatu majlis untuknya.
Tidaklah halal bagi seseorang Islam untuk menjauhi saudarnya lebih daripada tiga hari.
Allah merahmati seseorang yang melapangkan tempat buat saudarnya.
Hiduplah dengan persaudaraan
Saudara yang besar menjdai pemimpin bagi adik-adiknya.Saudara ynag lelaki menjadai pembela bagi yang perempuan.Maka yang memikul kewajipan lebih berat ketika itu ialah saudara-saudara yang tertua.
Saudara-saudara yang muda harus menghormati dan mengagungkan abangnya.Kalau hal ini tidak dipedulikan,alamat suatu keluarga yang runtuh.
Hubungan yang mesra dan saling menghoramati antar anggota-anggota masyarakat akan menimbulkan rasa persahabatan dan persaudaraan yang berkesan.
Kata hikmat sederhana.
Sebaik-baik pekerjaan ialah sederhana.
Keindahan dalam dasar kelakuan dan bahasa ialah keserderhaan.
Jangan terlalau boros mengelurakan pendapat,sederhana memulai atau menjawab.Susun baik-baik alasan yang diberikan kepada yang demikian amat besar muslihatnya di dalam menghadapi pekerjaan dan mengatasi kesulitan.
Kata hikmat senyum dan tawa.
Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Denagn senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.
Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.
Jangan tertawa melaihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.
Bicaranya ...ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirsakan hari panas.
Jangan engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.
Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.
Kata hikmat Takut
Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu adalah satu perhitungan yang tepat.Itu adalah perangai nafsu yang hina.
Ketakutan adalah penyakit yang sangat melekukan jiwa dalam hidup.
Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud dari keinginan memelihara hidup.Apbila telah masuk ke dalam naluri ia tidak dihapuskan lagi.
Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu bahaya.Dukacita timbul kerana mengenangkan seseutu maksud yang tidak tercapai atau kehilangan sesuatu yang paling berharga.Yang palaing ditakuti ialah maut.
Orang yang takut menghadapi risiko adalah orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya,menyerah sebelum berjuang.
Orang penakut mengatakan bahawa pengecut itu adalah suatu siasat.,demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.
Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia berada di pihak yang benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai keberanian moral,sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan.
Perasaan takut timbul sehingga bertemu dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan takut.
Si penakut akan terbunuh denagn ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang.
Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di dunia boleh diringkaskan menjadi lima.Pertama,sakit ketika mengembara,miskin ketiak tua,maut pada usia muda,buta setelah melihat,dilupakan orang yang disanjungi.
kata hikmat usaha dan kerja.
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.
Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.
Sesunguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang usahaku.
Janganlah kamu hanya berdoa"Ya Allah,Ya Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.
Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.
Perusahaan yang rendah melata,lebih mulia daripada meminta-minta.
Penderitaan,kesusaha,kesengsaraan,kegagalan dan kekecewaan ,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.
Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup selam-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.
Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri adalah lebih baik dan lebih aku sukai daripada meminta-minta.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.(Hadis)
Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin kita.Didalam batin terletak pertimbangan di anrata buruk dan baik,cantik atau jelik.
Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh agama.
Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin yang mempunyai pekerjaan.(hadis).
Marilah kita bekerja,beramal dan membangun negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri.Kita mulai usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki.Dan jangan bernita supaya beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman kita juga.(Hamka)
Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu zain)
kata hikmat Masa
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu sama seperti orang yang sudah mati.
Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,ia akan memancung kamu.
Masa yang lepas itu sesungguhnya telah meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamuApbila kamu hitungkan apa yang sudah berlalu,birakanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.
Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa Arab)
Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya.
Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah Melayu).
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
Susah payah tidak memperlihatkan apa yang perlu,mengahbiskan masa yang tidak perlu.
kata hikmat harta.
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)
Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.
Jauhilah tuuh kebinasaan iaitu syirik,sihir,bunuh diri,makan riba,makan harta anak yatim,berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.
Harta benda itu menjadi fitnah kepada manusia.
Keinginan kepada harta tidak terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.(Hamka)
Hidup mewah merosak jiwa dan bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.ukuran mewah atau belum mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.(Hamka).
Bakhil membawa celaka dan boros membawa sesal,bersikap dermawan sanagat dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa perhitungan adalah kawan syaitan.
Jangan dibawa pendapat kepada yang lurus.Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.
Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.
Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang yang bakhil diatur oleh hartanya.
Hatra benda yang baik untuk orang yang baik.
Antara gejala hawa nafsu manusia ialah sekali kemewahan itu mempengaruhi diri,orang yang berlaku curang.
Engkau dan harta bendamu adalah milik ayahmu.
Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan yang tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan menghilangkan ketenteraman.
Tamak haloba akan harta benda menyebabkan orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.Adakalanya untuk kemegahan atau kekuasaan walaupun dengan menghisap darah dan menindas orang yang lemah.
Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia kerana memiliki harta.Pertama tamak dan haloba,kedua bakhil.
Harta benda amat perlu.Insan muslim hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji.Sedang zakat dan haji adalah dua daripada lima rukun Islam.
Harta yang diberikan Allah bukan semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal yang lanjut,ilmu pengetahuan yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.
Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.
Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah manusia tidak memandang mahal hartanya lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada harta (Pujangga).
Kekayaan yang istimewa dan utama dalam kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak mendapat pertemuan umum.
Harta benda akan menjadi sengketa kalau rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai menggunakannya.
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

Wednesday, January 25, 2012
Teruskan Beramal Walau Sedikit
Beramal sedikit demi sedikit tetapi terus menerus boleh diibaratkan seperti menanam benih pohon di mana pohon itu adalah jiwa kita sendiri. Kemudian kita meletakkan baja dan menyiraminya dengan air di mana baja dan airnya adalah amal-amal ibadah dan keimanan yang tulus.
Melakukan amal ibadah dan amal soleh secara terus menerus, setahap demi setahap, ibarat membangun benteng diri yang kukuh.
Ia umpama mengurus batu-bata satu persatu secara terus menerus hingga akhirnya berdirilah sebuah bangunan yang megah. Inilah amal yang dicintai Allah, iaitu melakukan kebaikan dan ibadah tanpa henti meskipun hanya sedikit.
Sedikit dalam beramal yang dilakukan terus-menerus juga sama dengan memupuk dan menyiram pohon iman sehingga ia akan tetap tumbuh segar dan tidak layu. Hasilnya, jiwa terus terangkat menuju darjat yang lebih baik serta menjejaki tangga-tangga ke arah kesempurnaan.
Para sahabat dahulu merasakan kegelisahan yang amat sangat dalam diri mereka apabila pada diri mereka wujud sikap tidak istiqamah dalam kebaikan.
Mereka diterpa rasa bersalah yang sangat besar ketika dalam diri mereka terasa ada keadaan yang menjadikannya tidak melakukan amal baik secara terus menerus.
Perhatikanlah bagaimana suasana dan gelombang kegelisahan luar biasa yang menimpa sahabat Rasulullah saw yang bernama Handzalah.
Ia merasa tidak mampu untuk berterusan dan menjaga kestabilan ruhaninya ketika tidak bersama Rasulullah saw.
Suatu ketika, Handzalah yang juga salah seorang penulis Rasulullah saw itu mendatangi Abu Bakar ra dengan melontarkan perkataan yang mengejutkan.
"Handzalah telah berlaku munafiq.. Handzalah telah berlaku munafiq…" katanya.
Handzalah mengungkapkan bagaimana perilakunya berubah. Di kala ia bersama Rasulullah saw, ia benar-benar seperti melihat syurga dan neraka di depan mata. Tapi, setelah ia berada jauh dari Rasulullah saw, pulang ke rumah dan bertemu keluarga, keadaan jiwanya pun berubah.
Abu Bakar tersentak dan mengatakan :
"Demi Allah, ini mesti kita sampaikan kepada Rasulullah saw kerana aku juga mengalami hal yang sama."
Akhirnya, mereka berdua pergi mengadap Rasulullah saw dan menceritakan permasalahan tersebut.
Rasulullah saw mendengar kegelisahan dua sahabatnya dengan tenang sekali dan setelah selesai mengungkapkan masalah mereka, Rasulullah saw mengatakan :
"Demi Allah, seandainya kamu terus menerus dalam keadaan seperti ketika kamu bersamaku dalam ingatan kamu, niscaya malaikat akan menyalami kamu di atas tilam kamu dan ketika kamu sedang berjalan. Akan tetapi wahai Handzalah… sesaat demi sesaat…" (HR Muslim)
Pesanan yang dapat kita ambil dari peristiwa yang dialami oleh Handzalah dan Abu Bakar tersebut adalah pentingnya semangat berterusan dalam beramal dengan tetap memelihara kualiti beramal.
An Nawas bin Sam'an ra mengatakan bahwa Rasulullah saw pernah menjelaskan tentang sifat istiqamah ibarat sebuah jalan yang lurus (shiraat).
"Allah memberi perumpamaan suatu jalan yang lurus (shiraat), di kanan-kiri jalan ada dinding dan di pagar ada pintu-pintu terbuka. Pada tiap pintu ada tabir yang menutupi pintu, dan di muka jalan ada suara berseru, "Hai manusia masuklah ke jalan ini, dan jangan berbelok dan di atas jalanan ada seruan, maka bila ada orang yang akan membuka pintu diperingatkan, `Celaka kamu, jangan membuka, sungguh jika kamu membuka pasti akan masuk (neraka)'. Shiraat itu ialah Islam, dan pagar itu batas-batas hukum Allah dan pintu yang terbuka ialah yang diharamkan Allah. Sedang seruan di muka jalan itu ialah kitab Allah, dan seruan di atas shirat ialah seruan nasihat dalam hati setiap orang muslim. (HR Ahmad, Tirmizi dan Nasa'ie)
Istiqamah tentunya tidak mudah untuk dilakukan. Sesiapapun yang ingin konsisten mencapai sebuah tujuan yang besar, pasti perlu melalui berbagai :
Penderitaan.
Kesulitan.
Keadaan yang tidak disukai.
Tanpa istiqamah, tanpa kesinambungan dan tanpa berterusan dalam beramal, matlamat suatu pekerjaan tidak akan berhasil sesuai dengan harapan.
Di sinilah kita memerlukan petunjuk untuk menerapkan amal secara bijaksana.
Sesungguhnya istiqamah, berterusan dan berkesinambungan dalam suatu amal adalah agak sukar untuk diterapkan kecuali dengan memilih jalan :
Pertengahan.
Tidak berlebihan.
Tidak bertentangan dengan kemampuan untuk melakukannya.
Rasulullah saw mengaitkan istiqamah dengan sikap tidak berlebih-lebihan.
Perhatikanlah sabda baginda saw yang berbunyi :
"Luruskanlah dirimu dan janganlah berlebih-lebihan, ketahuilah bahwa tiada seorangpun yang dapat selamat berdasarkan amalnya semata-mata, para sahabat bertanya, "Walaupun anda sendiri ya, Rasulullah?", beliau menjawab, "Demikian pula saya tidak dapat selamat kecuali bila Allah melimpahkan rahmat dan kurniaNya atas diriku". (HR lbnu Majah)
Bersikap lurus dan tidak berlebih-lebihan semuanya adalah selari dan saling memerlukan. Sikap istiqamah tidak akan berlaku bagi seseorang yang melakukan amal secara berlebihan. Di sudut lain, amal yang melewati keupayaan seseorang, pasti akan mematahkan amal.
Yang dituntut dari kita adalah, jika tidak mampu melakukan secara istiqamah, hendaknya mendekatinya, oleh kerana itu, segala amal mesti dilakukan secara sederhana dan pertengahan.
Rasulullah saw bersabda :
"Ikutilah petunjuk yang sederhana (tengah-tengah) kerana orang yang kaku dan keras menjalankan agama ini akan dikalahkan olehnya." (HR Ahmad, Hakim dan Baihaqi)
Sungguh bijaksana sekali nasihat yang keluar dari lisan Rasulullah saw :
"Amal yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus walaupun hanya sedikit". (HR Bukhari dan Muslim)
Tidak ada kebahagiaan yang diperolehi secara mudah.
Bahkan tingkatan kesulitan dan kemudahan sesuatu proses untuk mencapai kebahagiaan akan menjadi bahagian yang penting bagi menentukan kadar kebahagiaan yang akan kita perolehi.
Ingatlah, semua manfaat tidak akan datang kecuali dengan rasa penat lelah. Kenikmatan itu bahkan datang sesuai dengan kadar kepenatan dan keletihan untuk memperolehinya.
Oleh sebab itu, kebahagiaan di akhirat mesti ditempuh dengan :
Keletihan dalam beramal.
Kesulitan untuk meraihnya.
Allah swt menyebutkan bahwa untuk masuk syurga sekalipun, orang-orang yang beriman mesti melalui proses ujian dan penyaringan seperti yang dijelaskan oleh Allah swt :
"Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (QS Al Ankabut 1- 3)
Berterusan dalam beramal memang sesuatu yang sukar di mana ia memerlukan :
Pengorbanan.
Kekuatan mujahadah (kesungguhan) melawan keinginan yang boleh mematahkan semangat penerusan amal.
Kepasrahan dan ketundukan penuh kepada Allah swt untuk meraih tenaga yang mampu mengalahkan rasa sombong dan ujub.
Kesabaran berlipat kali ganda untuk mampu bertahan menjalani berbagai halangan dan rintangan yang pasti dijumpai dalam memelihara penerusan amal.
Namun, itulah harga yang mesti dibayar untuk kenikmatan syurga di akhirat. Bahkan bukan hanya di akhirat, sesungguhnya buah penerusan amal itu, meskipun sedikit, sudah boleh dipetik sejak di dunia lagi.
Ada beberapa sebab mengapa amal yang sedikit tapi berterusan jauh lebih baik daripada amal besar yang tidak berkesinambungan.
PERTAMA : BERTERUSAN WALAU SEDIKIT ADALAH TANDA KEIKHLASAN.
Ibadah yang dilakukan yang hanya bersifat sementara, mengikut kesesuaian waktu, tidak berterusan dan sesuai dengan keadaan semata-mata adalah tanda keikhlasan yang belum sempurna. Ini adalah kerana secara umumnya, aktiviti ibadah yang dilakukan tidak secara terus menerus lebih dimotivasi oleh keadaan lahiriah dan urusan duniawi.
Pendekatan diri kepada Allah hanya dilakukan ketika ia :
Sedang memerlukanNya.
Sedang mengalami kesulitan.
Tertimpa musibah.
Diuji dengan kesempitan dan kesusahan.
Meminta agar Allah menolong dan membantunya meringankan penderitaan.
Namun, ketika semua kesulitan dan penderitaan itu telah hilang, ia pun meninggalkan amal-amal ibadah yang sebelumnya dilakukannya.
Perhatikan firman Allah swt berikut :
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (dihilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan." (QS Yunus : 12)
Berbeza dengan hamba Allah yang ikhlas, yang tetap istiqamah melakukan ibadah dan amal soleh. Ketika diuji dengan kesulitan, ia duduk bersimpuh dan sujud memohon pertolongan Allah dan ketika diberi kelapangan, ia akan semakin banyak bersyukur dan mendekatkan diri kepada Allah yang melapangkan kehidupannya.
KEDUA : BERTERUSAN WALAU SEDIKIT ADALAH MATA AIR DAMAI DAN NYAMAN.
Setiap kita memerlukan rasa :
Nyaman.
Damai.
Tenang.
Itulah di antara buah istiqamah dalam kebaikan yang dilakukan. Amal soleh, apalagi yang dilakukan secara terus-menerus, meskipun sedikit akan menciptakan suasana damai dan tenang di dalam hati.
Kesinambungan ibadah dalam berbagai bentuknya akan membina jiwa seseorang menjadi lebih dekat dengan Allah swt. Penerusan dalam melakukan ibadah itulah yang membentuk jiwa menjadi seperti itu.
Kebahagiaan dan kelazatan dalam hati orang-orang yang dekat dengan Allah tidak mampu dirasakan kecuali oleh mereka yang merasakan kebahagiaan itu.
Lihatlah perkataan para salafussoleh :
"Kasihan sekali orang-orang yang lalai itu. Mereka keluar dari dunia tapi mereka belum merasakan puncak manisnya dunia."
Puncak kemanisan dunia bagi mereka ada pada kedamaian dan kenikmatan hidup bersama Allah swt.
Imam Ibnul Qayyim menyebutkan dalam kitabnya `Ighatsatul Lahfan' :
"Andainya para raja dan para pembesar itu mengetahui kenikmatan apa yang dirasakan oleh para ahli taqwa, niscaya mereka akan berusaha merebut kenikmatan itu dengan pedang terhunus."
Ibnu Taimiyah ketika di dalam penjara justeru merasakan kenikmatan ujian itu. Dalam sepucuk surat kepada murid-muridnya ia menulis :
"Kami Alhamdulillah dan syukur pada Allah, berada dalam kenikmatan agung yang setiap hari terus bertambah. Allah memperbaharui nikmatNya demi nikmatnya yang lain. Saya dalam keadaan baik. Kedua mata saya bahkan lebih baik dari sebelumnya. Kami berada dalam nikmat yang sangat besar, yang tidak mampu dihitung dan dihisab."
KETIGA : BERTERUSAN WALAU SEDIKIT ADALAH STRATEGI.
Perbuatan manusia itu memiliki beberapa tingkatan. Ada perbuatan yang paling mulia dan dicintai oleh Allah swt berbanding perbuatan lainnya.
Allah swt berfirman :
"Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus masjid Al-Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (QS At-Taubah : 19-20)
Dalam hadits shahih disebutkan bahwa :
"Iman itu memiliki enam puluh lebih cabang (atau tujuh puluh lebih) yang paling tinggi adalah Laa ilaaha illa Allah dan yang paling rendah ialah menyingkirkan penghalang yang ada di jalan."
Hal ini menunjukkan bahwa tingkatan iman itu bermacam-macam nilai dan tingkatannya.
Amir As Sya'bi, seorang tabiin menceritakan bahwa suatu ketika beberapa orang keluar dari Kufah dan menyendiri untuk melakukan ibadah.
Kemudian Abdullah bin Mas'ud diberitahu tentang keadaan mereka. Ibnu Mas'ud mendatangi mereka dan mereka sangat gembira dengan kedatangan Ibnu Mas'ud.
Ibnu Mas'ud bertanya : "Apa yang membuat kamu melakukan perkara ini?"
Mereka mengatakan : "Kami ingin keluar dari keramaian manusia dan melakukan ibadah."
Ibnu Mas'ud berkata : "Kalau seandainya manusia melakukan semuanya seperti apa yang kamu lakukan, siapa yang akan berperang melawan musuh?"
Menurut Ibnul Qayyim, orang yang dikatakan sangat pemberani adalah :
Orang yang langsung berhadapan dengan musuh dengan senjatanya. Posisinya di barisan pejuang dan jihadnya melawan musuh-musuh Allah itu lebih baik dari haji, puasa dan sedekah.
Orang yang mengetahui sunnah, hukum halal haram, jalan kebaikan dan keburukan, kemudian ia tetap bergaul dengan manusia mengajarkan mereka dan menasihati mereka tentang Islam itu lebih baik daripada ia menyendiri melakukan solat dan menghabiskan waktu untuk membaca Al Qur'an dan tasbih.
KEEMPAT : BERTERUSAN WALAU SEDIKIT ADALAH BAHAN BAKAR UTAMA.
Mengikut Ibnul Qayyim, orang yang ingin mencari ridha Allah dan memperolehi kebahagiaan akhirat dan bahkan setiap orang yang ingin mencapai matlamatnya tidak akan tercapai kepada tujuannya kecuali dengan dua kekuatan :
Kekuatan ilmu.
Kekuatan amal.
Kekuatan ilmu akan menerangkan jalan dan meletakkan pelakunya agar sampai pada tujuannya, terhindar dari bahaya dan tempat-tempat yang terlarang atau menjadikannya tersesat.
Kekuatan amal adalah kekuatan untuk istiqamah dan tetap berusaha meneruskan perjalanan. Usaha untuk dapat bertahan dan istiqamah meneruskan perjalanan adalah dengan mengetahui dan memanfaatkan kemudahan yang diberikan Allah dalam beribadah.
Maka, kita mesti berusaha sekuat tenaga untuk meningkatkan amal perbuatan setiap saat serta mempunyai komitmen yang tinggi pada jalan kebaikan.
Sikap berlebihan dan pemaksaan diri dalam melakukan amal, tidak jarang dapat mengeluarkan seseorang dari jalur yang benar akibat diterpa oleh kejenuhan dan rasa bosan.
Mari kita dengar sebuah cerita dari Buraidah yang suatu ketika pergi keluar rumah untuk sebuah keperluan. Kebetulan ketika itu ia bertemu dengan Rasulullah saw dan berjalan bersamanya.
"Dia memegang tangan saya, dan kami bersama-sama pergi. Kemudian di depan kami ada seorang lelaki yang memperpanjangkan ruku' dan sujudnya.
Nabi saw bertanya :
"Apakah kamu melihat bahwa orang itu melakukan riya'?"
Aku berkata : “Allah dan RasulNya yang lebih tahu."
Kemudian beliau melepaskan tanganku, dan membetulkan kedua tangan orang itu dan mengangkatnya sambil bersabda :
"Ikutilah petunjuk yang pertengahan. " (Disebutkan oleh al-Haitsami dan Ahmad dalam Majma'Az Zawaaid)
Sesungguhnya, amal yang berterusan pasti berat dilakukan, namun, itu biasanya berlaku hanya pada awalnya sahaja. Ibarat memutar sebuah roda. Terasa berat hanya pada awal putaran tetapi pada putaran kedua, ketiga dan seterusnya, roda itu akan lebih mudah diputar.
Demikianlah juga dengan keadaan jiwa manusia. Maka marilah kita penuhi usia yang masih tersisa ini dan yang terpenting dalam hidup ini adalah terus menerus melakukan amal hingga ajal menjemput.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat melakukan sesuatu amal dengan berterusan dan hanya mengharapkan wajahMu. Hadirkanlah rasa nikmat di dalam hati kami semasa kami melaksanakannya sehingga kami akan terus menggandakan usaha sehingga tercapai cita-cita dan matlamat kami iaitu samada mendapat pertolongan dan kemenangan yang dekat dariMu atau mati syahid menuju ke syurgaMu yang dirindui.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
http://tinta-perjalananku.blogspot.com/
Tuesday, January 10, 2012
Kenapa Hijab Dimusuhi?
Serangan ke atas pemakaian menutup aurat bukanlah sesuatu yang baru. Rentetan sejarah umat Islam menunjukkan bagaimana ia sangat-sangat di musuhi oleh golongan kuffar. Hijab hanya sejenis pakaian yang Allah tuntut kepada wanita beriman. Tetapi ‘fesyen’ itu menimbulkan kegerunan dan kecemburuan mereka yang memusuhi Islam, sama ada di kalangan yang jelas kafirnya, mahupun mereka yang masih menggunakan nama Islam di dalam kad pengenalan mereka.
1 Julai 2009. Peristiwa berdarah berlaku di khalayak ramai, di dalam mahkamah yang sepatutnya membawa keadilan. Marwa al-Sharbini dibunuh oleh seorang pemuda di dalam mahkamah, di hadapan hakim, peguam serta pihak polis. Ditikam sebanyak lapan belas kali. Ketika itu dia sedang mengandungkan anaknya.
Sebelum itu, seribu satu peristiwa lagi mencatatkan permusuhan musuh Islam kepada tatacara berpakaian Islam.
Bumi Turki tempat berdirinya empayar Uthmaniyyah merekodkan seribu satu sejarah hitam dalam melaksanakan kewajipan Islam termasuk menutup aurat. Bermulanya kejatuhan empayar Uthmaniyyah, ia telah mengubah landskap kehidupan rakyat Turki. Pada tahun 1924, Mustafa Kamal At-Tartuk memulakan proses sekularisasi perlembagaan Turki. Di antara kesannya termasuklah pengharaman hijab dan azan dilaungkan di dalam bahasa Turki.
Bermula saat itu, hijab menjadi isu pertembungan yang hebat antara mereka yang masih mempertahankan identiti Islam, dan golongan pro-sekular di Turki. Undang-undang khas isu ini diwujudkan. Pada 16 Julai 1982, satu undang-undang yang menyebutkan bahawa wanita yang bekerja di sector awam tidak boleh menutup kepala mereka. Berdasarkan penafsiran kepada undang-undang ini, pada tahun 1997, pengharaman hijab telah diperluaskan ke seluruh universiti di Turki.
Tahun 1999, dunia Islam digegarkan dengan keberanian seorang wanita, Merve Kavakci, seorang ahli parlimen, yang hadir ke parlimen untuk mengangkat sumpah dalam keadaan bertudung. Ia mendapat reaksi yang keras daripada golongan pro-sekular. Beliau dihalang daripada mengangkat sumpah sebagai seorang ahli parlimen. Isu ini membangkitkan kemarahan umat Islam. Kavakci mendapat dokongan daripada umat Islam khususnya di Iran. Wanita-wanita dunia Islam bangkit melakukan demonstrasi.
Hanya pada tahun 2008, wanita Turki mula mendapat hak untuk menutup aurat selepas parlimen Turki meluluskan pindaan dan menyatakan larangan memakai hijab bertentangan dengan hak asasi manusia.
Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu ‘anha berkata: “Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (di dalam surah an-Nur:31 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada..), maka mereka terus mengoyak kain-kain mereka dan bertudung dengannya”. (Sahih al-Bukhari)
Berdasarkan penjelasan Aisyah radiallahu ‘anha, kita mendapati bahawa ketika turunnya ayat menyuruh wanita Islam menutup aurat, tanpa banyak alasan dan soalan, terus para sahabat menuruti arahan tersebut. Ini menunjukkan kekuatan iman mereka. Kekuatan iman inilah yang menjadi punca kejayaan para sahabat radiallahu ‘anhum. Mereka patuh dan taat kepada segala suruhan dan larangan Allah Tabaraka Wa Taala. Kekuatan inilah yang dicemburui oleh para musuh-musuh Islam. Mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam ada pada keimanan mereka, lalu untuk memusnahkan umat Islam mestilah dimulai dengan memusnahkan keimanan mereka.
Umat Islam sering lupa bahawa segala aspek kehidupan mereka di dunia ini, tidak kiralah di dalam ibadah khusus kepada Allah seperti solat, puasa, zikir mahupun kehidupan dunia seperti belajar, berniaga dan lain-lain. Kesemuanya berpaksikan kepada dua kalimah syahadah yang sering kita baca yang bermaksud “Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah”. Oleh kerana itu, pemakaian menutup aurat juga tidak terlepas daripada kaitannya dengan syahadah kita kepada Allah.
Pakaian yang menutup aurat merupakan lambang ketaatan kita kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Apa yang aku larang hendaklah kamu hindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kamu laksanakan semampu kalian” (Muttafaq ‘Alaih). Arahan menutup aurat telah jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Memakainya adalah satu bentuk ketaatan, manakala menanggalkannya pula adalah satu bentuk maksiat kepada Allah dan derhaka kepada rasulNya.
Allah Tabaraka Wa Taala berfirman: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali,oleh kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab:59)“
Di dalam ayat di atas, Allah Tabaraka Wa Taala secara jelas menerangkan di antara objektif pensyariatan hukum menutup aurat adalah supaya orang beriman lebih mudah dikenali. Dengan memakai pakaian menutup aurat, kita dapat membezakan antara individu yang beriman dengan individu yang tidak beriman.
Membezakan diri daripada orang bukan Islam adalah salah satu tuntutan aqidah Islam. Ia termaktub di dalam konsep al-Wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (berlepas diri). Konsep al-Bara’ yang menuntut agar kita berlepas diri daripada segala bentuk kekufuran, membenci orang-orang yang kufur serta menjauhi daripada menyerupai identiti mereka.
Umat Islam seolah-olah melupai tuntutan ini. Pemakaian menutup aurat hanya dilihat sebagai satu hukum hakam feqh yang kecil. Ia dilihat sebagai salah satu perkara cabang yang hanya dipandang enteng. Akan tetapi kita melihat sebaliknya berlaku di kalangan musuh-musuh Islam. Mereka seolah-olah memahami betapa pentingnya konsep al-Wala’ dan al-Bara’ di dalam Islam, lalu mereka cuba melemahkan benteng yang utuh ini. Mereka mahu umat Islam tidak lagi berbeza dengan mereka. Apabila berada di jalanan, kita tidak lagi dapat membezakan siapakah yang Islam, dan siapakah yang bukan Islam.
Salah satu perkara yang mereka serang bagi melemahkan al-Wala’ dan al-Bara’ ialah melalui pakaian. Serangan ini dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui perundangan yang menyekat hak-hak wanita Islam yang menutup aurat, mahupun melalui propaganda media massa. Serangan kedua inilah yang paling merbahaya. Ia merebak hatta di negara kita. Kempen-kempen kebebasan ditonjolkan di kaca televisyen sama ada melalui drama, telenovela mahupun iklan-iklan syampu yang cuba menonjolkan keayuan perempuan yang membuka aurat. Pemakaian menutup aurat digambarkan sebagai satu undang-undang yang kolot dan menyekat hak asasi manusia. Mereka lupa bahawa tindakan mereka menghalang wanita Islam menutup aurat juga bertentangan dengan hak asasi manusia.
Musuh Islam tidak pernah berputus asa. Tidak semua umat Islam dapat mereka pengaruhi untuk membuka aurat dan membenci hukum menutup aurat. Bagi mereka yang menutup aurat pula, mereka dikelirukan di dalam isu purdah. Kekeliruan yang muncul ini hingga menyebabkan segelintir umat Islam memandang wanita Islam yang memilih menutup wajah mereka daripada pandangan bukan mahram sebagai sekelompok manusia yang ekstrim dan melampau di dalam mengamalkan ajaran Islam.
Umat Islam seolah-olah lupa itulah pakaian isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Para sarjana Islam berbeza pendapat di dalam isu wajah aurat atau tidak. Ia telah dijelaskan secara terperinci oleh Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam kitab beliau Jilbab al-Mar’ah al-Muslimah. Beliau berpegang bahawa wajah bukan aurat. Manakala untuk membaca hujah sarjana yang mewajibkan pula, bole dilihat di dalam kitab Risalah Al-Hijab susunan Shaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin. Tidak kiralah sama ada kita berpegang wajah aurat atau tidak, wajib atau tidak menutup wajah. Kita hendaklah menerima hakikat bahawa pemakaian purdah menutup wajah adalah antara salah satu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin menyatakan: “Wanita yang memakai purdah berpegang dengan pendapat golongan ulama yang mewajibkannya. Ini adalah hak mereka. Selagi mereka berkeyakinan pendapat yang menyatakan ianya wajib itu kuat, maka mereka wajib memakainya. Ini kerana seseorang itu berpegang kepada apa yang dia yakin. Seseorang individu tidak wajib mengikut mazhab orang ramai, tetapi hendaklah mengikuti apa yang dia faham dan yakin yang berpandukan perbahasan-perbahasan para imam ahli sunnah wal jama`ah.” (http://drmaza.com/home/?p=68)
Umat Islam hendaklah sedar, serangan yang ditujukan kepada tudung dan purdah adalah salah satu cara untuk menghancurkan identiti Islam. Adalah amat malang apabila segelintir wanita Islam masih degil daripada menutup aurat walaupun tiada siapa yang akan membunuhnya seandainya dia menutup aurat di Malaysia. Mendukacitakan lagi, apabila pemakaian purdah di Malaysia masih dipandang sebagai sesuatu yang taboo dan di sesetengah tempat, pemakai purdah dinafikan hak untuk bekerja dan belajar.
Ia terbukti pada tahun 1992, di dalam kes Halimatussadiah VS Sektor Awam Malaysia. Halimatussadiah telah dibuang kerja kerana beliau memilih untuk memakai purdah. Menyedihkan, yang mewakili beliau ialah seorang peguam bukan Islam yang terkenal, Karpal Singh, dan yang berhujah menyatakan tindakan beliau salah pula antaranya adalah seorang tokoh agama di Malaysia.
Semoga darah yang mengalir dari tubuh Marwa al-Sharbini akan membangkitkan maruah umat Islam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saudari seIslam kita yang sedang ditekan hanya kerana mereka memilih untuk menutup aurat dan menutup wajah mereka.
Silakan membaca link-link di bawah:
Halimatussaadiah VS Public Service Commission, Malaysia
http://www.ipsofactoj.com/archive/1992/Part02/arc1992(02)-005.htm
Headscarf controversy in Turkey
http://en.wikipedia.org/wiki/Headscarf_controversy_in_Turkey
Egypt funeral for stabbing victim
http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2009/07/20097612424648553.html

Monday, January 9, 2012
Menjaga Adab Keluar Masuk Rumah
Setiap Muslim hendaknya memperhatikan sunnah-sunnah ketika ia akan keluar rumah dan kembali/masuk ke dalam rumah. Misalnya saja doa yang diucapkan, memberi salam, dan lainnya. Doa yang dianjurkan ketika hendak keluar rumah yaitu:
Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah
Artinya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (HR. Abu Daud, Tirmidzy dan Nasai)
Doa lain yang diajarkan Rasulullah saw yaitu:
Allahumma innii a’uudzubika an adlilla au udlalla, au azilla au uzalla, au azhlima au uzhlama, au ajhala au yujhala ‘alayya
Artinya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menyesatkan atau disesatkan; dari menggelincirkan atau digelincirkan; dari menganiaya atau dianiaya; dari membodohi atau saya dibodohi (orang lain) (HR. Abu Daud dan Tirmidzy)
Dengan membaca doa ini insya Allah kita akan selalu dilindungi oleh Allah swt selama berada di luar rumah.
Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.
Kaum perempuan yang hendak keluar rumah harus memperhatikan hal-hal berikut: tidak diperkenankan memakai wangi-wangian/parfum, menutup aurat dan merapikan hijab/jilbabnya. Selain itu, haram bagi wanita berpergian tanpa izin orangtua/suami dan dilarang berpergian sampai tiga hari tanpa disertai mahramnya. Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri ra katanya: Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat musafir, di mana perjalanannya melebihi dari tiga hari melainkan bersama ayah, anak lelaki, suami, saudara lelaki atau siapa sahaja mahramnya yang lain.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Ketika kembali dari berpergian dan hendak masuk ke rumah, disunnahkan untuk berdoa:
Allahuma inni as aluka khoiral muulaji wa khoiral mukhroji bismillahi walajnaa wa bismillahi khorojnaa wa alalloohi rabbina tawakkalnaa
Artinya: “Ya Allah, aku minta kepadaMu baiknya rumah yang kumasuki dan rumah yang kutinggalkan. Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah aku keluar rumah, serta kepada-Nya aku berserah diri. ”
Ketika masuk ke rumah hendaknya mendahulukan kaki kanan dan mengucapkan salam kepada keluarga yang berada di rumah.

Subscribe to:
Posts (Atom)