Tuesday, September 15, 2009

Nak Raya Mcm mana ?


Sebut pasal nak raya semua orang suka,sambil mendengar lagu raya oleh artis-artis.Tidak dilupakan berapa kuih yang akan ditempah utk tahun ini,baju raya yang baru,menghias rumah dgn jendela yg mahal2,sofa yang baru dll yang dirasanya perlu.Bagi anak gadis pula nak buat rebonding rambut.Terfikir di hati adakah itu raya yang sebenar.

Kini Ramadan Kareem akan meninggalkan.Kita hampir lupa akibat dgn keseronokan merai hari raya bahawa Ramadhan yg penuh dgn rahmah,maghfirah dan pembebasan dari api neraka akan meninggalkan kita beberapa hari lagi.Bilakah kita akan jumpa dgn nya kelak.Ibarat Saidina Omar yang merindukan dan menyebut Ahlan Wasahlan Ramadhan 3X,kalau orang tidak tahu Ramadhan itu bulan, nescaya akan berkata Saidina Omar menunggu seorang lelaki yg bernama Ramadhan.

Masing-masing sebuk dipusat membeli belah,ditepi jalan kedengaran anak muda menyanyikan lagu Raya,bertapa riangnya mereka menyambut hari lembaran.Tapi di Masjid sunyi dgn Iktikaf 10 mlm terakhir yg Rasulullah lakukan sehingga saat kematiannya,Qiamullail,Tadarus.Sekira adapun org tua-tua yg menanti saat nyawanya diambil.Manusia sekarang sudah salah tafsir berkenaan Hari Raya.Hari Raya itu lebih kpd perhiasan luaran dan tidak dalaman.Sepatutnya kena gabungkan luaran & dalaman.Tapi bagaimana persiapan kita mendapat kemenangan itu.Sudahkah kita menghabis membaca Al Quran,Solat Subuh berjemaah adakah istiqamah,Solat Dhuhanya bagaimana,Bacaan Matsurat istiqamah kah kita,Iktikaf & Qiamullail kita macam mana yer,Puasa kita tahap darjat yg ke berapa,adakah sama dgn tahap puasa org awam sahaja.Adakah kita berjaya utk merayakan hari kemenangan amalan kita.Sekiranya kita tidak ada amalan bagaimanakah dgn kita utk meraikan Eidil Fitri yaitu kembali kepada fitrah,spt baru dilahirkan.

Tingkatan Puasa
Menurut Imam al-Ghazali,puasa(dari kaca mata tasawuf) terbahagi kpd tiga tingkatan iaitu :

1. Shaum al-Umum(Puasa orang kebanyakan)
Sekadar menahan perut drpd lapar dan dahaga serta anggota sulit drpd syahwat.

2. Shaum al-Khusus (Puasa Khusus)
Ini merupakan puasa org-org soleh iaitu menahan anggota badan drpd melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut :
* Menjaga mata dari melihat sesuatu yg buruk menurut kaca mata agama.
* Menjaga lisan drpd berdusta,memfitnah dan mengucapkan perkataan yg keji.
* Menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yg haram utk didengar.
* Menjaga seluruh anggota tubuh drp perbuatan2 negatif.
* Menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa.
* Menjaga hati agar berada antara khauf(takut) dan raja'(berharap) dan sedar bahawa Allah S.W.T berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.

3. Shaum Khusus al-Khusus (puasa golongan yang khusus daripada kursus)

Puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu :
* Para Nabi.
* Al-Siddiqun(orang-orang yg jujur)
* Al-Muqarrabin (orang-orang yg dekat dgn Allah.
Puasa golongan ini menduduki tingkatan yg tertinggi yg mana puasa mereka mencakupi puasa hati drpd sesuatu yg hina dan drpd urusan duniawi dan hanya mengharapkan bekal ukhrawi.

Semoga aku bersama-sama dgn orang2 yg bertakwa.amin
Taqabbalallah humin na wa minkum...waminna wamin kum taqabbal ya karim.

Luahan Rasa pencetus bicara iman.
Selamat Menyambut Hari Raya EidilFitri dari Shahidan sekeluarga.

1 comment:

maiyah said...

selamat hari raya :D