Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan : Bagaimana iman kita ?


Bulan ramadhan ialah bulan tarbiyah dari Allah untuk orang beriman.Ia memerlukan kepada satu tekad dan keazaman yang tinggi bagi diri kita. Keazaman yang tinggi perlulah mengatasi rasa malas atau rasa keletihan.

Keazaman yang tinggi itu juga akan membuatkan diri terasa kuat atau buat buat kuat walaupun nafsu mengatakan malas.

Hari hari cuti amat penting dalam bulan ramadhan. Banyak aktiviti bersama keluarga seperti membeli barangan persediaan untuk hari raya. Ia juga merupakan hari yang sedap untuk tidur lebih pada bulan ramadhan. Bagi mereka yang telah menanam azam utk melakukan extra pada bulan ramadhan, hari cuti juga merupakan hari dimana pembacaan quran akan dilebihkan. Jika pada hari bekerja, kita terkejar kejar atau tercuri curi untuk membaca quran tetapi pada hari cuti jika kita pandai mengatur masa maka quran itu dapat dibaca pada masa yang baik. Ini bermakna jika keluarga mahu membeli belah, pembacaan quran dapat kita rancangkan juga.

Mengambil peluang untuk membaca quran dengan lebih pada masa cuti adalah penting dalam memastikan untuk kita mencapai target kita dalam menghabiskan quran. Kalau pun target kita hanya separuh quran tetapi dengan penggunaan hari cuti utk membaca quran, kita mungkin akan mencapai lebih dari separuh quran.

Persoalannya, pada cuti hujung minggu yang lalu, dapatkah kita menghabiskan paling kurang 3 juzuk alquran? Jika tidak, maka kita mungkin mahu melihat kembali fokus kita terhadap ramadhan ini. Jika fokus kita hanyalah sekadar berpuasa siang hari dan pergi terawih yang kadang2 missed, maka mungkin itu tidak mengapa. Tetapi jika target ramadhan kita lebih tinggi dari itu, maka kita mungkin mahu melihat kembali rancangan pembacaan quran kita.

DAN jika kita adalah dari golongan yang dikatakan sebagai aktivis islam atau yang mahu dan memperjuangkan penegakkan syariah, maka adalah malang jika kita gagal menghabiskan minima 3 juzuk semasa cuti 3 hari yang lalu. Standard yang tinggi perlu diletakkan kepada mereka yang mahu memperjuangkan penegakkan syariah dibumi malaysia.

Saya mengingatkan diri saya sambil berkongsi idea ini dengan anda jika anda juga berminat untuk mengingatkan diri anda.

2 comments:

insan marhaen said...

Uuu... 3 juzuk? Ehtah le....

maiyah said...

salam.. sy baca Quran sekali baca terjemahan.. jadi lambat sikit.. baru jer masuk juzuk 6