Friday, February 19, 2010

Perjalanan Hidupku(1)


Salam utk semua pembaca...semoga dirahmati Allah serta dilimpahi keimanan hendaknya..
BicaraIman buat bekalan menjadi rumahku di alam maya...Seringkali aku ingin mengisahkan kehidupanku utk bekalan bersama....tetapi masa dihadapan komputer ini sekejab bagiku...

Rumahku Syurgaku....itulah tugas permulaan yg perlu aku lakukan...tak lah org berkata"hang sebuk buat kerja dakwah'keluarga hang abaikan".Itulah tamparan yg hebat buat daie dan bakal daie.Alhamdulillah isteriku amat memahami tugasku.Pernah dia berkata" abg buat kerja dakwah utk membina mahligai utk kita bersama di syurgakan".Walaupun dia tidak berpendidikan tinggi sekadar sekolah pondok jer...aku berterima kasih diatas penerimaan tunjuk ajar dariku.Kau sering mengamalkan Zikir Matsurat,Solat Dhuha,Tahajjud walau pun sekali sekala,Berpuasa sunat bersama...insyaallah sama2 kita doakan semoga Allah menerima amalan kita dan istiqamah melakukannya...Teringat kisah kita dimana pergi ziarah ke rumah sahabat...apabila kita pulang dekat waktu maghrib...utk mencari surau dan masjid dkt Padang Kota susah...lalu kita solat sekeluarga dkt atas rumput beratapkan langit di Padang Kota,penang...Aku sering memesan kpd diriku dan keluarga kita...solatlah dimana jua dgn tempat & pakaian yg bersih.

Alhamdulillah bertapa penting nya diri kita perlu ditarbiyahkan...dan perlu mempunyai seorang isteri yg berada dalam sistem tarbiyah...kerana sama2 faham akan tugas masing2...Mentorku pernah berkata...seseorang yang baru ingin berumah tangga...syarat yg pertama sisuami & isteri perlulah berada didlm sistem pertarbiyahan....sekiranya sidia tidak masuk usrah...kena pastikan sidia masuk usrah...ini adalah pengalaman dari mentorku...ada 6 bukti yg benar yg telah diberitahu kpdku....ramai yg tewas utk meneruskan tugas dakwah setelah berumah tangga sekiranya suami atau isteri tidak mengikuti usrah.

Aku sendiri bersyukur kerana mengikuti sistem tarbiyah sehingga aku dapat merasai kemanisannya dan cuba duplikasi kemanisan itu...Alhamdulillah ramai yg merasai bersama kemanisan itu....aku dari seorg yg buta ..telah mendapat cahaya yg menerangi keluarga dan masyarakat....syukur kpd mu ya Allah kerana memilihku berada didalam Jamaah ini.(bersambung...)

Wednesday, February 17, 2010

Zina Mata : Sanggupkah??

Zina Mata : Sanggupkah??

Mata merupakan anugerah Allah Subhanahu wa Ta`ala yang boleh mendatangkan kemuliaan, tetapi juga boleh mendatangkan laknat yang membinasakan. Mata yang selalu melihat fenomena kehidupan alam dan seisinya dan kemudian menimbulkan rasa syukur kepada Maha Pencipta, seterusnya akan mendatangkan kemuliaan dan kebahagiaan di sisiNya. Sebaliknya, mata yang merupakan anugerah yang paling berharga itu, bolehmendatangkan laknat yang membinasakan bagi manusia, apabila ia menggunakan matanya untuk berbuat khianat terhadap Rabbnya.



Dalam Islam ada jenis maksiat yang disebut dengan ‘zina mata’ (lahadhat). Lahadhat itu, pandangan kepada hal-hal, yang menuju kemaksiatan. Lahadhat bukan hanya sekadar memandang, tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya. Pandangan mata adalah sumber itijah (orientasi) kemuliaan, juga seterusnya menjadi duta nafsu syahwat. Seseorang yang menjaga pandangan bererti dia menjaga kemaluannya. Barangsiapa yang tidak menjaga pandangannya, maka manusia itu akan terjerumus kepada perkara yang membinasakannya.



Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam, pernah menasihati Ali :



“Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama sahaja dan yang kedua tidak.”



Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam, bersabda :



“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik kerana Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman hingga Hari Kiamat”.



Saran hadith itu, tidak lain seperti di jelaskan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam :



“Tundukkan pandangan kalian dan jagalah kemaluan kalian”. Juga Sabda Baginda: “Jauhilah kalian duduk di pinggir jalan”. Para Sahabat berkata : “Pinggir jalan itu adalah tempat duduk kami, kami tidak boleh meninggalkan”. Baginda bersabda lagi : “Jika kalian harus duduk di jalan, maka berikanlah haknya”. Mereka berkata : “Menundukkan pandangan dan menahan diri untuk tidak menganggu, baik dengan perkataan atau perbuatan dan menjawab salam."



Melihat adalah sumber dari segala bencana yang menimpa diri manusia. Melihat melahirkan lamunan atau khayalan dan khayalan melahirkan pemikiran, fikiran melahirkan syahwat dan

syahwat melahirkan keinginan, keinginan itu terus menguat, kemudian menjadi tekad dan terjadi apa yang selagi tidak ada yang menghalanginya. Dalam hal ini ada hikmah yang mengatakan :



“Menahan pandangan lebih ringan dari pada bersabar atas kesakitan (siksa) setelah itu."



Seorang Arab dengan syairnya,



"Semua bencana itu bersumber dari pandangan,
Seperti api besar itu bersumber dari percikan bunga api,
Betapa banyak pandangan yang menancap dalam hati seseorang,
Seperti panah yang terlepas dari busurnya,
Berasal dari sumber matalah semua marabahaya,
Mudah beban melakukannya, dilihat pun taidk berbahaya,
Tapi, jangan ucapkan selamat datang kepada kesenangan sesaat yang kembali dengan membawa bencana".


Bahaya memandang yang haram adalah timbulnya penderitaan dalam diri seseorang. Kerana tidak mampu menahan gejolak jiwanya yang diterpa nafsu. Akibat seterusnya adalah seorang hamba akan melihat sesuatu yang tidak akan tahan dilihatnya. Ini adalah sesuatu yang menyiksa, yang paling pedih, jangankan melihat semuanya, melihat sebahagian saja tidak akan mampu menahan gejolak jiwanya.

Seorang penyair berkata,

"Ketika engkau melemparkan pandanganmu dari hatimu,
Suatu hari engkau akan merasakan penderitaan,
kerana melihat akibat-akibatnya,
Kamu akan melihat siksa yang kamu tidak mampu melihat keseluruhannya,
Dan kamu tidak akan bersabar melihat walau sebahagiannya cuma."


Penyair lainnya berkata,


"Wahai manusia yang melihat yang haram, tidakkah pandangannya dilepaskan,Sehingga ia jatuh mati menjadi korban".

Pandangan seseorang adalah panah yang berbisa. Namun, yang sangat menghairankan, belum sampai panah itu mengenai apa yang dilihat, panah itu telah mengenai hati orang yang melihat.


Penyair lain berkata pula,

"Wahai orang yang melemparkan panah pandangan dengan serius, kamu sudah terbunuh, kerana yang kau panah, padahal panahmu tidak mengenai sasarannya."

Tentu, yang lebih menghairankan lagi, bahawa dengan sekali pandangan, hati akan terluka dan akan menimbulkan luka demi luka lagi dalam hati. Sakit itu tidak akan hilang selamanya dan ada keinginan mengulang kembali pandangannya. Ini pesan yang disampaikan dalam bait-

bait syair tersebut..

"Terus menerus kamu melihat dan melihat,
Setiap yang cantik-cantik,
Kamu mengira bahwa itu adalah obat bagi lukamu,
Padahal sebenarnya itu melukai luka yang sudah ada".


Sebuah hikmah yang mengatakan, “Sesungguhnya menahan pandangan-pandangan kepada yang haram lebih ringan daripada menahan penderitaan yang akan ditimbulkan terus menerus”.

Jagalah matamu, dan jangan engkau kotori setitik debu dosa, yang akan mengantarkan dirimu kepada kebinasaan, kerana pengkhianatan kepada Allah Azza Wa Jalla. Matamu adalah anugerah agar mengenalNya, dan kemudian

beribadah kepadaNya, menggapai redhaNya. Jangan dengan matamu itu, engkau campakkan dirimu ke dalam nafsu derhaka, yang membinasakan.

Betapa banyak manusia yang mulia, berakhir dengan nestapa dan hina, kerana tidak dapat mengedalikan matanya. Matanya tidak dapat lagi menyebabkan seseorang menjadi bersyukur atas anugerah nikmat, yang tak terbatas, yang tak terhingga, bagaikan sinar matahari, yang selalu menerangi alam kehidupannya.


Tetapi, kerana matanya yang sudah penuh dengan hamparan nafsu itu, hidup menjadi penuh dengan gulita,yang mengarahkan seluruh kehidupannya hanya diisi dengan segala pengkhianatan terhadap Rabbnya.

Wallahu’alam.

Thursday, February 4, 2010

83 anak luar nikah setiap hari di Malaysia

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat.

Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

http://berita- harian-online. com/statistik- anak-luar- nikah-di- malaysia/

Monday, February 1, 2010

KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM

'Amal jama'i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:
''Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.'' (Al-Saff: 4)

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
''Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya:
''Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.''

Saidina Umar al-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:
''Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan.''

Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara'.

Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi' kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun 'ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.

Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.

Al-Ghayah (Matlamat)
Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?

Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:

a.Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam
b.Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza

Dalam mengisi tuntutan ini Al-Syeikh Sa'id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1.Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga memiliki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya,menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ini dengan kesungguhan.

2.Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.
Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3.Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma’ruf, berlumba-lumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am.Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.

4.Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan ruh (kerohanian).

5.Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah. Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara. Menjadi kewajipan negara inipula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan system perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6.Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan system khilafah yang telah dimusnahkan.

7.Berusaha untuk mewujudkan cirri ''ustaziyat al-'alam'' (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ini sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannya adalah milik Allah.
Keempat-empat peringkat di atas merupakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.

Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sabagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:
''Dan (setelah Yusuf dujualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: ''Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak''. Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.'' (Yusuf: 21)

Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina' (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan.

Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:

Pertama
Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah; tarbiyah 'aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima'iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal).

Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:
1.Melahirkan insane yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.

2.Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh)

3.Pembentukan syakhsiyah Islamiyah (personality Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan. Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah. Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai. Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.

4.Mewujudkan intima; dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.

5.Membentuk cirri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitive terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.

6.Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:

a)Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah
b)Tanzim yang bersifat terbuka
c)Muwajahah silmiyah
d)Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional
e)Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul

Kedua
Dalam hubungan 'amal jama'i setiap nuqaba' hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala' dan thiqah pada pimpinan. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.

Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.