Senjata Dakwah yang Difitnah Penjajah I
Assalamu’alaikum wbt.
(Bagi yang ingin membaca Hikayat Merong Mahawangsa asal, sila ke arkib blog April
Kita teruskan lagi perbincangan tentang Rakshasa dan mengakhiri dengan Islamnya Melayu Nusantara.
Rakhine Chronicles mengatakan mereka telah berada di Tripura, India dan seterusnya di Myanmar sejak lebih kurang 5325 tahun dahulu (3325SM). Agama Hindu pula percaya Rama berperang dengan Ravana kira-kira 5000 tahun dahulu dan dari Hikayat Merong Mahawangsa, peperangan ini berlaku di Pulau Langkawi.
Dari sudut Arkeologi, tengkorak manusia serta beberapa artifak zaman Neolitik telah ditemui di Guar Kepah, Seberang Perai, Pulau Pinang. Lebih menarik lagi ia mempunyai pentarikhan mutlaksekitar 5000 tahun dahulu juga.
A - Tapak Guar Kepah yang berada di tebing Sungai Muda. |
Beberapa artefak dari Tapak Guar Kepah |
Lebihkurang 40 rangka manusia dari Guar Kepah kini berada di Belanda. Ia dihantar ke sana oleh arkeologis British, Evans untuk kajian lebih lanjut. Kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun menyatakan minat untuk membawa pulang rangka-rangka tersebut.
Dalam Uttarakanda Valmiki Ramayana, kaum Rakshasa ditugaskan oleh Brahma untuk menjagaperairan. Mungkin teknologi pengangkutan air belum begitu canggih ketika itu, mereka berhijrah melalui jalan darat menyusuri sungai-sungai. Inilah sebabnya Rakshasa didapati di sekitar tebing sungai bukan sahaja di India, tetapi di setiap sungai besar di Timur umpamanya sungai-sungai di Myanmar malah hingga ke Sungai Mekong di Laos dan Cambodia.
Ketua kaum Rakshasa, Ravana, sebenarnya bukanlah berketurunan Rakshasa sahaja. Dia dikatakan berdarah kacukan ½ Brahman, 1/32 Rakshasa, 3/32 Dewa dan 3/8 Gandharva. Nama-nama ini sebenarnya ialah nama kaum-kaum purba India. Andaikata Dewa Brahma itu Nabi Ibrahim a.s.(menunggu kepastian dari para ulama’), maka Ravana adalah keturunan Nabi Ibrahim a.s. . Mengikut susur galurnya, Datuk Ravana ialah cucu Brahma. Ini juga menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim a.s. telah datang meninggalkan keturunannya di Allahabad sejak lebih 5000 tahundahulu. Adakah ini benar? Bagaimanapun, Atlas Al-Quran oleh Dr Shauqi Abu Khalil pula menyatakan Nabi Ibrahim a.s. hidup sekitar 1800SM iaitu 3800 tahun dahulu.
Kebelakangan ini sudah banyak tapak arkeologi telah didedahkan di India. Pentarikhan dengan cara radiokarbon dan lain-lain dapat memberikan tarikh yang mutlak dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana fahaman agama.
Mari kita lihat satu tamadun yang dikatakan pupus iaitu Tamadun Indus Mohenjo-daro dan Harappa.
Persamaan tamadun ini dengan Durbar Patan Square, Nepal yang dibina oleh Dinasti Sikh Mallaserta persamaan dengan Tamadun Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah ialah ketiga-tiganya menggunakan batu bata dan bukan batu blok untuk membina bangunan.
Ini beberapa petikan dari archaeologyonline.net pada bahagian ‘artifact’, berkenaan ‘scientific verification of Vedas knowledge’;
Early indologists wished to control & convert the followers of Vedic Culture, therefore they widely propagated that the Vedas were simply mythology.
Max Muller, “Vedas were worse than savage”, “India must be conquered again by education..it’s religion is doomed”
Thomas Macaulay, who introduced English education into India wanted to make the residents into a race that was: “Indian in blood and color, but English in taste, in opinion, in morals, and in intellect.”
These early Indologists:
· Devised the Aryan Invasion Theory, denying India’s Vedic past
· They taught that the English educational system is superior
· They intentionally misinterpreted Sanskrit texts to make the Vedas look primitive.
· And they systematically tried to make Indians ashamed of their own culture
· Thus the actions of these indologists seems to indicate that they were motivated by a racial bias.
Nampaknya Vedas juga menimpa nasib yang sama seperti Hikayat Merong Mahawangsa.
Kaedah saintifik terkini seperti imej satelit resolusi tinggi telah membuktikan kewujudan Sungai Sarasvati satu ketika dahulu. Sungai Sarasvati inilah yang dianggap bertembung dengan Sungai Ganges di Allahabad. Sebenarnya hulu Sungai Yamuna yang bertembung dengan Sungai Sarasvati menyebabkan pada zaman dahulu, mereka tidak perlu ke Selatan India untuk ke timurseterusnya ke IndoChina dari Barat India. Begitu juga sebaliknya.
Sungai Sarasvati |
Kesemua kajian berasingan memberikan hasil yang sama iaitu Sungai Sarasvati kering sekitar1900SM. Pengeringan sungai inilah yang menyebabkan Tamadun Indus akhir berada di Uttar Pradesh iaitu di Allahabad dan sekitarnya. Perkembangan peradaban Indo-Aryan tiba-tiba nampak seperti terputus di situ. Akan tetapi ketika itu, andainya Dewa Brahma adalah Nabi Ibrahim a.s., baginda telahpun meninggalkan zuriatnya di timur. Pengeringan Sarasvati sudah tentu perancangan Allah SWT. Allahua’lam.
Dari tarikh pengeringan ini, nampaknya Dewa Brahma(mungkin Nabi Allah Ibrahim) hidup lebih awal dari tarikh 1800SM yang ditulis dalam Atlas Al-Qur’an.
Tamadun Indus telah diketahui bermula sekitar 3300SM(5300 tahun dahulu). Hingga hari ini masih terdapat persamaan Tamadun ini dengan mereka yang berada di Pergunungan Himalaya. Contohnya pemakaian gelang yang banyak pada patung ‘dancing girl’;
Akan tetapi Tamadun Mehrgagh yang berada di sebelah barat Tamadun Indus (bertanda titik merah dalam peta Sg Sarasvati) adalah lebih awal iaitu sekitar 7000SM (9000 tahun dahulu). Salah satu darah keturunan Ravana iaitu kaum Gandharva berasal dari Tamadun Mehrgarh ini. Keturunan ini sekarang membawa nama keluarga(surname) Garhwali dan Garg. Seperti keturunan Rakh juga, mereka menamakan tempat dengan menyelitkan nama keluarga seperti Chandigarh. Uniknya ada pula tempat bernama Rakhigarhi.(Lihat peta Sg Sarasvati) Adakah ini bermakna keturunan kacukan Rakshasa dan Gandharva pernah tinggal di sini?
Bangunan Mehrgarh juga diperbuat dari batu bata tetapi disaluti pula dengan bata jemur. Selain itu, mereka juga mengukir patung-patung wanita bersaiz kecil sama seperti yang dijumpai di Tamadun Indus. Oleh kerana Tamadun ini lebih awal dari Indus, maka kita dapat lihat perkembangan peradaban ini bergerak dari Barat ke Timur.
Bangunan kaum Dravidia di sebelah Selatan India kesemuanya dibuat dari batu blok. Ini termasukKota Dvaraka yang baru ditemui di dasar laut. Ia dikatakan di bina oleh Dewa Krishna.
Kemungkinan paling logik ialah mereka ini berasal dari keturunan Nabi Nuh a.s. selepas Bahtera baginda mendarat di Bukit Judi. Harap perbincangan tentang hal ini diteruskan oleh para ulama’.
Berbalik kita ke kaum Rakshasa, mereka adalah Indo-Aryan yang bergerak ke utara. Sudah tentu mereka telahpun berhubung rapat serta berkahwin campur dengan kaum dari utara seperti dari Tibet, China sebelum ke IndoChina. Ini telah mengubah sifat fizikal mereka menjadi seperti Melayu Nusantara. Malah mereka juga membawa agama dan bahasa ke Utara.
Nama Merong tidak membawa makna bagi kita tetapi perkataan Tibet, ‘Melong’ bermaksud‘cermin’. Sejak zaman Dewa Brahma lagi konsep pencerahan(enlightenment) ditekankan dalam agama Hindu. Selain itu ‘ketulenan’ atau ‘kesucian asli’ pula disebut oleh orang Tibet sebagaiKadag (Kedah?) Kebetulan pula satu ketika dahulu Kedah pernah digelar Kacha. Mungkinkah ini semua ada kena-mengena dengan teknologi membuat kaca oleh Nabi Sulaiman a.s.? Ingat kembali istana Ratu Balqis yang lantainya dibina dari kaca oleh Nabi Sulaiman a.s. dalam Surah an-Naml: Ayat 44.
Mungkinkah teknologi ini diajar kepada Merong Mahawangsa dan diusahakan di Kedah? Setakat ini ditemui bahan mentah kaca pelbagai warna untuk membuat manik di Tapak Arkeologi Sungai Mas.
Dalam HMM, penceritaan tentang Raja Merong bermula dari Bab 2 hingga Bab 6 sahaja. Tidak ada penceritaan tentang pelabuhan Goa, Sri Lanka dan juga Alexander the Great(Iskandar agung).Selain itu, dalam Atlas Sedjarah, Prof Yamin hanya menanda Goa pada peta abad ke 16M. Oleh itu, mengaitkan Raja Merong dengan Alexander the Great dan pelabuhan Goa ini adalahpembohongan penjajah semata-mata kerana Raja Merong hidup sekitar 600 tahun lebih awal dari Alexander the Great iaitu pada zaman Nabi Sulaiman a.s.
Abad ke 5SM ialah zaman Gautama Buddha iaitu bermulanya ajaran Buddha di India. Ada juga yang berpendapat bahawa Buddha mungkin seorang nabi. Ini juga perlu pencerahan dari para ulama’.
Di sini saya ingin tonjolkan satu perkataan dari peta India purbakala oleh Prof Yamin.
Perkataan Pratitya(bergaris kuning) berada di sebelah barat India. Ungkapan ‘Pratitya samutpada’ yang bermaksud ‘Hukum Sebab-Musabab yang saling bergantungan’ ialah asas bagi ajaran Buddha. Ajaran Buddha pula dikatakan bermula di Nepal dan seterusnya ke seluruh Asia Timur. Ini menunjukkan perkataan ‘pratitya’ telah lama digunakan di barat sebelum zaman Gautama Buddha lagi.Ini juga menunjukkan penyebaran ajaran Buddha ke seluruh Asia Timur besar kemungkinan dilakukan oleh kaum Rakshasa sendiri. Ingat kembali Rakhine Chronicleyang menyebut mereka pernah di pimpin oleh Raja Marayu. Selain itu Rakhine Chronicle juga menyatakan Gautama Buddha sendiri pernah melawat Dhanyawadi di Myanmar. Patung Buddha pertama dibina di situ. Kaum Rakhine Myanmar kini menganut ajaran Theravada Buddha.
Ajaran Buddha yang tiba di Kedah pada mulanya besar kemungkinan tidak menyembah patung Buddha. Ini kerana terdapat bukti mereka menanam pokok bunga teratai dengan banyak iaitu pada era Raja Merong Mahapudisat. Perhubungan mereka yang berterusan dengan penganut ajaran Buddha lain yang sebangsa mungkin satu faktor yang menyebabkan mereka akhirnya menganut ajaran Vajrayana Buddha yang mula membuat patung-patung kecil dan makara.
Saya berpendapat Tamadun Sungai Batu dibina pada era Raja Seri Mahawangsa kerana baginda memulakan gelaran Raja yang pangkalnya Seri(Pulau Seri/G.Jerai). Lihat Bab 8,m.s. 54;
“Maka anak raja itu pun meletakkan nama-nya sendiri Raja Seri Mahawangsa pada negeri Kedah itusupaya mudah menteri hulubalang hendak menghantar surat dengan nama raja itu.”
Cara baginda memberi nama tempat, Serukam, pula seakan sama dengan tempat Rakshasa lain di India. Contohnya; Uttarakhand - tempat Rakshasa yang tinggal di Utara. Oleh itu, Serukam – tempat Rakshasa yang tinggal di Pulau Seri?
Ini juga mungkin kemudiannya diaplikasi kepada nama kerajaan iaitu Sri Vijaya – Pulau Seri Berjaya?
Kita lihat satu lagi peta dari Atlas Sedjarah Prof. Yamin;
Lihat Wangsa yang ada di India pada sekitar Abad 9 – 10 Masehi. Di Barat; Wangsa Gurdjara Pratihara, di timur; Wangsa Tjandela(Chandela) dan di Selatan; Wangsa TJola(Chola). Prof Yamin hanya menandakan Nusantara sebagai Kedatuan SeriWidjaja(Sanfotsi). Apakah yang dimaksudkannya dengan Kedatuan? Ia bermaksud kawasan yang diperintah oleh Datu-datu iaitupembesar-pembesar(Datuk-datuk). Ini bermakna Indonesia hanya mengetahui Srivijaya sebagai diperintah oleh Datuk-datuk.
Lihat Inskripsi Kota Kapur ini;
Ini pula inskripsi Nisan Minye 7. Terjemahan oleh Stutterheim dan Marrison jelas menunjukkan ada perkataan ‘Kedah’. Namun vdMolen tidak bersetuju dengan terjemahan mereka. Boleh dikatakan semua inskripsi di Asia Tenggara menerima nasib yang sama. Terjemahan cenderung bersifat berat sebelah(bias). Ada juga yang terus 'disembunyikan' atas sebab-sebab agama atau bangsa.
Bagaimanapun saya bersetuju dengan cara mereka menamakan tulisan ini; tulisan Sumatera Kuno. Ia tidak membawa makna kaitannya dengan tulisan lain. Sepatutnya tulisan-tulisan lain yang dijumpai seperti tulisan Mon, tulisan Khmer juga dinamakan Mon Kuno dan Khmer Kuno. Menamakan tulisan ini sebagai Pallava membawa maksud ianya datang dari India Selatan dan ini sangatlah tidak benar.
Saya akan masukkan kronologi dan kesimpulan dalam pos seterusnya (HMM: Senjata Dakwah yang diFitnah Penjajah II) agar mudah memberi komen dibawahnya.
http://hmm-asal.blogspot.com/2011/08/hmm-senjata-dakwah-yang-difitnah_11.html
1 comment:
Best juga baca sejarah Guar Kepah ni...
Post a Comment