Sunday, January 11, 2009

Palestin tetap dalam hati ku....

Tanggal 9hb Jan 2009(Jumaat),Pada malam harinya aku berasa gelisah kerana tidak dapat pergi membuat bantahan dikedutaan U.S,aku sudah berjanji kepada diriku seandainya dihantar ke Palestin utk berjuang pun aku sanggup,tetapi mengapa hanya membuat bantahan di depan kedutaan U.S pun tidak dapat aku pergi.Ini masaalah Akidah umat Islam,bukan hanya pencerobohan tanah palestin saja.Jam ditangan menunjukan pukul 7.30pg...Tiba-tiba kedengaran bunyi lagu Demi Matahari di telifon bimbit ku..eh!! siapa pula yg telifon pula..aku hanya kedengaran suara..."nta nak pi tak ke demo pagi nii"..terus aku terpingga,kan semlm mereka dah pergi...rupanya aku yang tersilap...aku terus ucapkan kpd YDP daerah ku ya...nak pergi...nnti ana minta cuti...cuti ku pun banyak sampai tak tahu nak cuti utk apa...kecuali ada hal yg penting jer baru aku cuti.Jam 9.30pg terus ku pandu kereta Sahabat ku untuk ke demo Palestin di depan kedutaan Amerika..Syukur ya Allah kerana memahami hati ku ini.Kami seramai 5 orang pun meluncur kereta kearah Kuala Lumpur.

Tiba dipertengahan jalan kami ditahan oleh traffic...mengapa tidaknya!! kerana melebihi had laju.Bila Polis meminta lesen memandu..minta lesen encik kata polis itu ...Aku terus mengucapkan salam....semasa dia membelek lesen aku hanya mampu berdiam dan senyum kearahnya...tiba-tiba dia memberi balik lesen ku dan menyuruh aku bergerak...aku pun terkejut mengapa dia tidak menyamanku...aku pun sudah redha apa yang akan berlaku ketika itu.Syukur Allah melindungi ku sekali lagi...sampai di KL kami solat di Masjid Muaz bin Jabal...selepas itu terus naik LRT ke Ampang Park utk bersama sahabat lain demo di depan kedutaan U.S.Sampai di hadapan Komplek Tabung Haji,spt macam dirancang...abg art dari KBM Penang ada bersama...aku pun mengajak dia bersama mendemokan "Down Down Amerika",Down Down Israil."khaibar-khaibar ya yahud,jaisyu Muhammad saufa ya'ud"
abg art cantik baju tu!!..iklan baju kut !!
Siapa tu ?..macam Perjuang Afganistan jerr...

lautan manusia...kira-kira 5,000 org yg ikut serta
Bacaan doa oleh Ust Nasharudin Tantawi
Tim dari Penang yang mengikuti demo

Thursday, January 8, 2009

GAZA : Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin

GAZA : Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin


Bismillahirrahmanirraheem..

Berikut merupakan kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef tentang apa yang sedang berlaku di Gaza.

=======================================

Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwalak kepadanya (Walak = tempat kecintaan, rujukan dsb.)..

Firman Allah swt bermaksud,

“Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah: 21)

“Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51)

Sabda Rasulullah saw bermaksud,

“Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)".

mahdi-akef

Ustaz Mahdi Akef, Mursyid Am Ikhwan Muslimin.

Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

hasan-al-banna

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, pengasas jemaah Ikhwan Muslimin tahun 1928.

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di peghujungnya.

Firman Allah swt bermaksud,

“Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23) .

Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halanganny a, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

ikh30

Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini !

Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.

Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid dijalan Allah dan tidak takut kepada mati.

Aptopix Bush US Mideast Summit

Sidang Damai Annapolis 2007. Kelihatan Perdana Menteri Israel, Olmert, Presiden Amerika, George Bush dan Mahmud Abbas, Ketua Parti Fatah Palestin mencapai perjanjian.


Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,

Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji “Syahid atau Menang”. Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati – Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel – pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah.

Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek dimana dikalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.

APTOPIX MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri.

Wahai para Mujahideen HAMAS,

Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah brtahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah didunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa !

Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam.

Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis,

Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.

Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, ‘Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah”.

Kepada Umat Arab dan Islam,

Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.

Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,

Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.

Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Diakhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan.

Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …

Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.

Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.

Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud,

“Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).


Allahu Akbar, walillahi Hamd.
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.


Ustaz Mahdi Akef,
Mursyid Am Ikhwan Muslimin,
Kaherah.


Do you still remember us ?!

Do You Still Remember Us


We are still under siege !!!!
Darkness....


And hunger... Do you still remember us!!!


To get water we have to walk so far....

To fill a bottle or a jar...

Do you still remember us!!! We still have no food...


Or medicine to be fed...


Our kids are dying ...... everyday


In their beds!!!!


And many have just tears to shed !!!!


Do you still remember us!!!!?


Death is everywhere..... that sometimes we had no place to make our prayer.....

Do you really still remember us!? We have nothing but pain......


Illness.....

And Daily Sadness!!! To Share!!! So dou you still remember us!!!?


At Least in your prayer!?

Gaza children implore you! They are dying due to the blockade!

There is growing
humanitarian crisis
happening in
GAZA


There is an EXTREME restricted access' to FOOD,WATER,
and MEDICINE !!


Signature made by :


THE DEMOCRATIC! X - HOLOCAUST VICTIM!!!! PRESENT HOLOCAUST MAKER!!! EXTRA - HUMAN STATEOF ISRAEL!


Please !!!!
Dont forget us

SAAD - BURNT BY AN UNCONVENTIONAL ISRAELI BOMD

Please do remember us....
GAZA NEEDS YOUR VOICE


Dear friends,

Remembering the suffering of our fellow mankind in Palestine .

Please donate to them.

In Penang we have an account by NGO dedicated for Palestinian “ Bantuan Kemanusiaan Palestin” 557157802444 (Maybank Gelugor)

Wednesday, January 7, 2009

Hari ini puasa asyura....


Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Ketika ditanya tentang puasa mereka itu, mereka menjawab: Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israel dari Firaun. Kami merasa perlu untuk berpuasa pada hari ini sebagai suatu pengagungan kami padaNya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut. – Hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Kesemuanya di dalam Kitab Puasa.

Peristiwa lain yang dikatakan berlaku pada 10 Muharram ialah mendaratnya kapal Nabi Nuh as di atas bukit Judi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi Nuh kemudiannya berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, www.islamonline. net


Manakala kelebihan beramal pada 10 Muharram disebut di dalam satu hadis yang bermaksud : "Sesiapa yang meluaskan (memudahkan urusan) ke atas dirinya serta ahlinya pada hari 'asyura, Allah SWT akan meluaskan padanya sepanjang tahun.." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Ibnu Abdil Barr. Hadis ini mempunyai sanad-sanad yang lain namun dikatakan kesemuanya ialah sanad yang dhoif. Bagaimanapun jika digabungkan sebahagiannya dengan yang lain, ia boleh diterima sebagai hadis yang kuat. – Syeikh Sayyd Sabiq, Fiqhus-Sunnah.


Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari 'asyura dengan mengadakan program membuat bubur 'ayura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama. Oleh yang demikian, jika tetap mahu diadakan program membuat bubur tersbeut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Manakala membuat bubur itu sendiri seandainya diyakini datang daripada sunnah Rasulullah SAW atau Nabi Nuh, maka ia adalah kepercayaan yang karut dan perlu diperbetulkan. Wallahu a'lam.

Sunday, January 4, 2009

Bersamamu Palestin....

KENYATAAN AKHBAR JIM MEMBANTAH SERANGAN
REGIM ISRAEL KE ATAS GAZA, PALESTIN.
Sidang Akhbar 020109 di Pejabat JIM Taman Melawati
Dari kiri, Sebahagian para wartawan, Dr Hafidzi (Pengarah PACE, Hj Ir. Zairul (Naib Presiden JIM), Zun Arif Hakim (JK Perhubungan Antarabangsa JIM), Dr Harlina (Ketua Wanita JIM) Norazian Anidin (Penceramah Isu Palestin JIM)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengutuk sekeras-keras tindakan biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan keganasan yang tiada taranya sejak rejim itu mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dan menceroboh dan menguasai Baitul Maqdis sejak tahun 1967. Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam.

Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang dan 700 orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Sehingga saat ini, serangan akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan seperti yang dijelaskan mereka kepada Presiden Perancis semalam. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan dan kematian di kalangan penduduk Gaza.

JIM menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ia adalah satu lagi pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Serangan roket pejuang Palestin yang kononnya menjadi punca tindakan luar batasan negara haram Isreal ini sebenarnya hanyalah serangan balas ke atas beberapa provokasi dari tentera Israel sendiri termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

JIM juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikat serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza . Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.JIM menggesa rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat yang dikuasai oleh zionis dan kenyataan pemimpin-pemimpin US , Israel , Mesir dan Pihak Berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin serta berat sebelah di dalam membentangkan fakta yang sebenarnya.

JIM ingin mengajak rakyat Malaysia untuk kembali kepada fakta-fakta asas dan melihat isu ini dari perspektif yang lebih holistik dari segi sejarah, hak asasi manusia, kemanusiaan, peradaban, hak bersuara, hak wanita, kanak-kanak dan orang tua malahan apa sahaja konvensyen antarabangsa kemanusiaan yang wujud hari ini. Ketika kita mengingatkan tarikh 31 hb Ogos 1957 sebagai hari kemerdekaan Negara , pada 31 hb Ogos 1897M merupakan tarikh Persidangan Basel, Switzerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini. Pada 1948 negara Israel diistiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses ”pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Selama lebih 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati . Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan. Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .

Rakyat Palestin yang mahu hidup dengan merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap. Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

JIM menyeru rakyat Malaysia untuk merenungkan fakta-fakta ini. Di saat ini lebih sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.
Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih, ubatan, makanan dan sanitasi yang sempurna. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur semasekali di Tebing Barat dan Gaza. Kerajaan, manusia & peradaban apakah ini yang dilaksanakan oleh negara haram Israel?.

Hakikatnya hari ini, Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.
Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat Gaza , JIM mengesyorkan agar umat Islam mengadakan solat hajat perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. Umat islam harus insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .

JIM juga akan mempergiatkan dan memperhebatkan kutipan bantuan Palestin melalui Tabung Bersamamu Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah, pejabat, tempat awam, surau, masjid dan lain-lain. JIM mengharapkan sokongan seluruh rakyat agar menghulurkan bantuan dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

Bergerak ke hadapan, JIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu:

1. Mengadakan Solat Hajat Perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat Islam agar membela saudara se Islam yang teraniaya, apatah lagi ia melibatkan tanah suci dan bumi yang diberkati ALlah SWT.
2. Melancarkan dan memperhebatkan kutipan tabung Palestin dengan pelbagai cara, kempen, gesaan, website, sesi penerangan di sekolah,pejabat, tempat awam, surau dan lain-lain.
3. Mengeluarkan risalah dan menyebarkan di tempat-tempat awam mengenai isu sebenar di Palestin.
4. Mengadakan khutbah yang menjurus kepada isu pembelaan rakyat Palestin di Gaza.
5. Menggesa generasi muda untuk membina kesedaran masyarakat dan generasi muda dengan pelbagai cara yang kreatif termasuklah mengadakan pertandingan sukan seperti futsal, demonstrasi Parkour, walkathon, cyclathon dan seumpamanya.
6. Menyuarakan pandangan peribadi kita dengan menulis di dalam blog, milis-milis, kepada akhbar alternatif & arusperdana, akhbar antarabangsa, emel kepada Kerajaan-kerajaan yang terlibat seperti USA, Negara Haram Israel, EU, negara-negara
7. Memanfaatkan pakej Palestin yang ada pada JIM untuk digunakan di mana sahaja
8. Memakai baju Palestin sebagai menandakan solidariti & sokongan kita kepada mereka.
9. Bersedia untuk menjadi penceramah Palestin. Hadir dan berikan sokongan kepada program Training of Palestine Speakers (TOPS) yang bakal diadakan dalam masa terdekat.
10. Menghadiri setiap rapat umum, demonstrasi, majlis kenyataan akhbar dsbnya dengan memakai baju Freedom for Palestine yang boleh diperolehi dari Pegawai Eksekutif JKPA (Md. Nasir Bin Tampol, 014-311 0628).
11. Bersedia untuk menjadi sukarelawan kemanusiaan JIM atau NGO lain ke Timur Tengah.
Akhir sekali JIM ingin merakamkan rasa sedih yang amat mendalam di atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah (1430H) dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan bahawa tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu JIM menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.

Ir Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin
Naib Presiden (Perhubungan Antarabangsa)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
02 Januari 2009 / 5 Muharam 1430H

Doa Qunut Nazilah

Perjalanan Hidup Ku….

Tanggal 31hb Dis 2008 mlm tahun baru menutup tirai bersama dgn ops Sayangi Remaja II.Konsep yang kita buat adalah dekati remaja sambil berpesan dgn kebenaran,kita memerangi syaitan & yahudi di dalam hati mereka.Senjata psikologi yahudi telah sampai kenegara kita tanpa kita sedar melalui pemakaian ketat dan budaya-budaya negetif .Pengalaman yang cukup terkesan kepada diri aku sebagai khalifah di muka bumi,tidak kecuali juga kepada umat islam yang lain.Sungguh pun manusia itu bukan islam…tetapi apa bila ditegur dgn hikmah…mereka akan terkesan disbbkan roh kita sudah berjanji dialam roh utk mentaati Allah S.W.T.Kita disuruh melakukan amal maaruf nahi mungkar mengikut hadis Qudsi “Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya allah s.w.t berfirman kepada kamu: “Serulah manusia melakukan kebajikan dan cegahlah mereka dari perbuatan mungkar sebelum datangnya saat dimana kamu berdoa tapi Aku tidak mengurniakannya kepada kamu,kamu meminta daripadaku,tetapi aku tidak akan mengabulkannya,kamu memohon pertolongan daripadaku,tapi aku tidak menolong kamu.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hiban)


Salah satu senjata orang yahudi utk membunuh umat islam adalah Arak.Arak yang paling banyak ialah arak jenama Thai Song yang dihasilkan di Selangor. Arak jenis ini mengandungi 32.5% alkohol.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis arak dan kandungan alkohol yang dikeluarkan di beberapa tempat :

Jenama

Kandungan Alkohol

Tempat Dikeluarkan

Thai Song

32.5%

Lot 2596, Jalan Seruling 59, Kawasan 3, Taman Klang Jaya, 41200 Klang, Selangor.

T. H. B Brand

30%

Tidak dinyatakan

Lycheer

30%

Tidak dinyatakan

Gold Rush (Brandy)

20%

Tidak dinyatakan

Old Wisky

25%

Tidak dinyatakan

Kapak

37%

Lot 2596, Jalan Seruling 59, Kawasan 3, Taman Klang Jaya, 41200 Klang, Selangor.

Orang Tua Botak

28%

No. 96, Jln Fairuz 6/1, Kawasan Perindustrian Ringan, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.

Gunness

6.8%

Tidak dinyatakan

Alkohol Herba

22%

Tidak dinyatakan

Vodk Orange

Tidak dinyatakan

Tidak dinyatakan

Double Axe

37%

Kooi Kee Him Sdn Bhd., 142, Lebuh Carnavon, 10100 Penang.

Mr. Takila

32.5%

Ewein Winery (M) Sdn. Bhd., Plot 537, Lorong Perusahaan 8D, Kawasan Perindustrian Perai 2, 13600 Perai, Pulau Pinang.


GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL SEPANJANG OPS SAYANGI REMAJA II

Bersama unit Amal dalam ops sayangi remaja II malam Tahun Baru 2009 di Teluk Molek


Adik usrahku….Sebelum memulakan ops sayangi remaja II isi perut dulu
Bersama adik-adik usrah pelajar KITAB
Kenangan sukarelawan Muslimat USM yg perihatin bersama adik-adik
Sebelum Ops Sayangi remaja II…berposing sakan org kuat KBM nii… Achu & Abg Art

Tanggal 2hb Januari 2009,Selepas Jumaat aku mengikuti perarakan bantahan Israil & Amerika telah dibuat dari Masjid Melayu jln Acheh ke Masjid keling.Inilah pertama kali dalam sejarah hidupku mengikuti demontrasi....itu disebabkan bertapa aku sayangi saudaraku yang berjuang di Palestin sana.Bila ku lihat Malaysia..hati ku menjadi sebak disebabkan bertapa selesanya masyarakat kita dgn keluarga...bersantai di Pantai-pantai,dirumah yang indah,anak-anak pergi sekolah dgn senang hati....tapiii....saudaraku dipalestin hanya membilang hari utk hidup...Apabila Ust Hafiz Nordin bertanya "siapa yang kan turut serta berjihad di Palestin" aku terus mengangkat tangan.Kusimpan Sajak ini dalam diri ini setelah idolaku syahid bertemu Allah.
WAHAI JIWA YANG TIDUR… BANGKITLAH!!

Wahai jiwa-jiwa yang tidur…Bangkitlah!

Bangkitlah dari lamunan dan igauan di siang hari

Akibat kekenyangan nafsu diri

Dan maksiat yang melingkari

Serta angan –anganmuyang tak tau berhenti

Apakah mata hatimu sudah tertutup

Atau pekak menjadi tuli

Umat Islam diganasi

Siang dan malam tanpa henti!

Bumi yang panas ini sekali lagi sekali lagi menjadi saksi

Kekejaman Yahudi Zionis

Mencabut nyawa Syeik kami

Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Rantissi

Kau tembak mereka bukan dengan peluru biasa

Namun dengan pelancar yang bertubi-tubi

Dari jenama Amarika

Bagai Bukit Jabal Nur yang memancar cahaya ILLAHI

Umat ini akan terus bangun

Akan ada 1000 lagi seperti Syeikh Ahmad Yasin dan Abdullah Aziz Rantisi

Yang pernah berkata dari nurani suci

“Aku mahu mati sebagai syuhada dari mati akibat kanser dan darah tinggi”

Yang akan terus memimpin tangan-tangan umat

Demi membela tanah suci ini

Al-Quds bukan amanah mereka sahaja

Namun,juga milik kita

Yang mesti dipertahankan

Dengan apa sahaja cara

Hatta tergadai tubuh binasa

S.Maarif

Seri Gombak

Ayuh !! boikot Israil & Amerika...hentikan menghisap rokok

Semoga Allah makbulkan doa pejuang-pejuang yang menyerah diri kepadamu