Monday, May 10, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki


PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...." Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,isteridan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.


"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu.Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit.Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan kekocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak
saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.Tidak ada?Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sahabat sekelian,

Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA,MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukandengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jikaditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya.Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang
sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali kerahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah,menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh
Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din,
Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah
yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu,mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana"AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. YaAllah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.

Wallahu A'lam.

Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat
mustajab... Bahagia dunia akhirat...

Tuesday, April 6, 2010

Kontaminasi ( Problematika Jama'ah Islam )


أن خطأ الأكبر أن تنظم الحياة من حولك و تترك الفوضى في قلبك
“ Kesalahan terbesar adalah bila engkau berusaha meluruskan/menyusunkan kehidupan di sekitarmu, tapi engkau meninggalkan kekacauan dalam hatimu.”
( Dr.Musthofa Shadiq Ar-Rafi’e: Wahyul Qalam )


Kontaminasi bermaksud pencemaran yang menunjukkan kepada satu suasana kotor ,buruk dan keji yang menodai sesuatu perkara. Kontaminasi yang ingin dimaksudkan pena di sini bukanlah kontaminasi alam sekitar yang sering berlaku dimana-mana, tetapi kontaminasi yang berlaku pada dakwah, & tarbiah di dalam jama’ah atau gerakan Islam. Apabila kita katakan di sana ada berlakunya proses kontaminasi (pencemaran) , maka di sana semestinya mempunyai unsur pencemar serta tangan-tangan busuk , dan keji yang mencemarkannya. Mereka ini diistilahkan oleh Al-quran dan Sunnah sebagai “Al-Munafiqun” (Orang munafiq) yang menzahirkan ke-Imanan serta menyembunyikan kekufuran di dalam hati mereka.

Angkatan dakwah Islam sepanjang sejarah tidak pernah terlepas dari ancaman dan angkara golongan munafiq seperti ini. Mereka tampil untuk merosakkan, mencetuskan krisis, melaga-lagakan para aktivis, menimbulkan keraguan aktivis terhadap qiadah dan aktivis pendakwah lainnya serta memecahbelahkan barisan umat Islam. Mereka pun meresapi masuk ke dalam jama’ah untuk tujuan-tujuan tadi. Mereka melakukan fitnah penipuan serta pengkhianatan terhadap jama’ah secara halus dengan berselindung di sebalik taqwa dan agama serta meminta prasangka baik mad’u-nya atas kesalahan-kesalahan jelas yang dilakukannya,dengan mengatakan bahawa itu sebahagian dari dakwah,tarbiah dan fikrah Islam.

Firman Allah Subhanahuwataala :

في قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون * وإذا قيل لهم لا تفسدوا في الأرض قالوا إنما نحن مصلحون * ألا إنهم هم المفسدون ولكن لا يشعرون *

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya , dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi!”, Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar.” (Al-Baqarah : 10-12)

Sabda Rasulullah SAW :

ثلاث من كن فيه فهو منافق وإن صام وصلى وحج واعتمر وقال :إنى مسلم ... من إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا ائتمن خان
“Ada tiga sifat, siapa yang memilikinya maka dia adalah munafiq walaupun ia berpuasa, solat, menunaikan haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim. Iaitu orang yang berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji dan mengkhianati amanah”. ( Riwayat Abu Ya’la)


Indikator /gejala-gejala Kontaminasi

Indikator serta gejala-gejala kontaminasi yang biasa wujud dalam jama’ah Islam antaranya adalah seperti berikut:

Penyakit di kalangan aktivis yang tidak Memahami/Menghayati Tuntutan Perjuangan:

Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan ia telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jama’ah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jama’ah yang terkenal.

Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan –kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di hadapan khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.

Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfa’at atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya.

Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jama’ah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jama’ah Islam. Lantas ia meninggalkan jama’ah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.

Masalah Keta’atan dan Disiplin Para Aktivis :

Di antara perkara yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan-keputusan jama’ah. Ini berlaku apabila seorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang mencanggahi peraturan-peraturan jama’ah, Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jama’ah. Sedangkan ia berbuat demikian tanpa kebenaran daripada jama’ah. Dalam hal ini ia bertindak seolah-olah sebagai wakil jama’ah kepada masyarakat umum. Sedangkan apa yang dikatakan mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan pendirian tanzim yang sebenar.

Masalah Kutlah / Kelompok yang membawa Fitnah dalam Tanzim :

Untuk mencapai kesepakatan atau kebersamaan dalam semua hal adalah satu perkara yang rumit dalam harakah Islamiyyah. Para aktivis hendaklah ditarbiyyah hingga dapat menghayati adab-adab mesyawarah dan adab-adab khilaf (berbeza pendapat) dalam sesuatu perkara. Namun demikian, masalah kutlah tetap wujud dan berlaku dalam jama’ah Islam.

Masalah yang paling berat berkaitan dengan perbezaan pendapat adalah apabila beberapa aktivis yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan jama’ah mula mendapatkan pengaruh daripada aktivis-aktivis lain. Bermula daripada itu, mereka mula mewujudkan kelompok atau kutlah yang sentiasa mendesak tanzim untuk menerima pendapat mereka . Tindakan mereka itu akhirnya menjadi fitnah dalam jama’ah Islam.

Selalunya jika pendapat-pendapat mereka tidak juga diterima oleh jama’ah, mereka memutuskan untuk meninggalkan jama’ah dengan membawa bersama mereka ahli-ahli lain. Kemudian mulalah mereka menyerang jama’ah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta.



Saidina Umar Al-Khattab RA pernah berkata :

الرجوع إلي الحق خير من التمادي في الباطل
“ Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan).”

Al-Imam Fudhail berkata:

إن من علامة المنافق أن يحب المدح بما ليس فيه ويكره الذم بما فيه ويبغض من يبصره بعيوبه
“ Sesungguhnya, di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya”

إن من علامة المنافق أن يفرح إذا سمع بعيب أحد من أقرانه
“ Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya”

Bagi pena, tidaklah menjadi satu keaiban/kehinaan jikalau para aktivis tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan .

Bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran dan jama’ah sebelum diri diperdaya oleh fitnah istidraj disebabkan oleh dosa yang dilakukan yang kemudian Allah menambahkan lagi nikmatnya sehingga melupakan mereka daripada istighfar (taubat).

Ibn A’taillah berkata :

كلما أحدثوا خطيئة جددنا لهم نعمة وأنسيناهم الإستغفار من تلك الخطيئة
“ Setiap kali mereka melakukan kesilapan, kami beri mereka nikmat dan kami lupakan mereka beristighfar atas kesilapan itu”


Wallahu A’lam Bissowab.

Rujukan:


Majalah Tarbawi

Kamus Dewan Edisi Ke-3

( رسالة أسرة ) أبو عروة

( العوائق ) محمد أحمد الراشيد

( قوارب النجاة في حياة الدعاة ) فتحى يكن

( أحاسن الكلم شرح الحكم ابن عطاء الله ) د.ذوالكفلى محمد بكري

( بصائر للمسلم المعاصر) الشيخ عبد الرحمن حسن حبنكة الميداني

rujukan : http://milenium-y.blogspot.com/2010/04/kontaminasi-problematika-jamaah-islam.html

Saturday, April 3, 2010

Politik di Negara Yaman

Politik Yaman…

Posted by Mujahid Ikrimah(Yaman)


Terdapat dua parti politik utama di yaman…pertama,parti muktamar(kerajaan) dan yang kedua parti islah…(pembangkang)…secara lazimnya kita lihat…politik dimana-mana negara…perbincangan satu meja antara dua parti politik yang bertentangan adalah sukar diwujudkan,kutuk-mengutuk antara parti yang berlawanan adalah perkara wajib,saling mendedahkan kelemahan lawan dalam setiap kempen poltik mereka adalah senjata meraih sokongan rakyat,mewujudkan rasa benci dalam jiwa ahli parti terhadap individu tertentu sudah sebati dalam jiwa pemimpin politik serata dunia…
Politik yaman membuka satu sinar baru dalam memancarkan sinar kesyumulan islam…parti islah..yang diterajui fikrah ikhwan muslimin..yang dibangunkan oleh para ulama’-ulama’ yang amat menjaga akhlak mereka,yang lembut dalam tutur katanya,yang amat menjaga hubungan sesama kawan dan lawan…menjadi contoh terbaik politik islam yang sebenar..
Antara tokoh yang menerajui parti islah ialah Syeikh Abdul Majid az-Zindani,seorang yang kita maklum tentang ilmunya,akhlaknya dan pengaruhnya.Beliau dan kepimpinan islah yang lain mensasarkan matlamat utama politik mereka bukanlah pada mengumpulkan seramai mungkin rakyat yaman menjadi ahli mereka dan mengundi mereka dalam pilihanraya agar kekuasaan dan tampuk pemerintahan yama dibawah kekuasaan mereka..itu bukanlah satu objektif mereka..Objektif mereka dapat dilihat dengan jelas melalui program-program yang dianjurkan islah..hampir kesemua program yang mereka jalankan adalah semata-mata untuk membina peribadi muslim pada jiwa rakyat jelata dan menyampaikan fikrah islam..Jika tiba musim cuti,bulan ramadhan atau waktu tertentu yang wujud kelapangan padanya..parti islah akan mengadakan program di masjid-masjid seperti kem musim panas,kem al-quran dan bermacam-macam lagi program pembinaan diri..
Sebarang masalah yang timbul di yaman akan diperbincangkan oleh tokoh dari kedua-dua parti ini..perbincangan seperti ini sudah tentu sangat asing bagi negara-negara lain…ini dapat diwujudkan kerana pendekatan yang dibawa syeikh-syeikh islah dalam bergaul dengan pemimpin parti muktamar adalah pendekatan yang berhikmah dan beraklahk..…pemimpin bagi parti muktamar ialah Presiden Yaman `Ali Soleh juga merupakan sahabat karib Syeikh Majid Zindani…walaupun mereka berlainan parti,Syeikh majid bebas menegur presiden jika ada sebarang kesalahan atau kesilapan dilakukan..
Kempen-kempen yang parti Islah adakan juga sangatlah berbeza dengan cara-cara kempen yang biasa didengari…tiada risalah-risalah kempen yang mengutuk parti muktamar dan merendah-rendahkan mereka…pernah sekali,satu kelompok muda yang bersemangat telah membuat artikel kempen yang mengutuk parti muktamar..Syeikh Majid dengan segera menegur mereka dengan teguran yang keras..
Begitu juga dalam ceramah kempen,tajuk dan topiknya bukanlah menceritakan kelebihan parti atau menawarkan sebarang faedah jika mengundi parti islah..tapi tajuknya adalah seperti tajuk ceramah biasa,mengajak manusia bertaqwa kepada Allah,memperbaiki diri sendiri…Itulah ceramah kempen mereka..
Perkara yang paling mengagumkan ialah kerjasama antara dua parti ini dalam kebanyakan program kemasyarakatan…sebagai contoh,jika parti Islah mengadakan program di masjid-masjid dan memerlukan dana kewangan,parti muktamar akan membantu…contoh lain yang dapat dilihat,program palestin anjuran parti Islah,ucapan dalam program itu diberi presiden yaman…
Itulah sedikit gambaran politik yaman yang harmoni,Parti Islah amat mementingkan kefahaman disalurkan sebelum kekuasaan diperoleh..kerana apa,jika semua memperoleh satu kefahahaman yang sama tentang islam,mereka akan sendiri membuat satu keputusan yang betul..dapat juga dilihat disini,kesungguhan syeikh dalam dakwah mereka dan kesucian matlamat mereka..mereka kasihkan lawan mereka,fikrah islamiah bukan hanya disalurkan pada pemikiran rakyat sahaja malah kepada pemimpin mereka..
Harus dititik-beratkan pembinaan kefahaman individu sebelum mereka diberi kepercayaan memimpin..kerana setiap tindakan yang mereka lakukan adalah gambaran pemikiran yang dimiliki mereka…oleh itu pemikiran haruslah berlandaskan pemikiran yang satu,pemikiran yang dibawa Rasulullah..s.a.w.

``Iaitu mereka(umat Islam)yang jika Kami berikan mereka kekuasaan untuk memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta member zakat,dan mereka menyuruh berbuat baikdan melarang dari melakukan kejahatan dan yang mungkar.Dan (ingatlah),bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
[al-Hajj:41]

Monday, March 22, 2010

Cinta Haraki ( The Power of Love )



قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم والله غفور رحيم
“Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” ( Al-Imran :31 )

سئل الإمام الشهيد حسن البنا رحمه الله عن الحب فقيل له : ( هل الحب حلال أم حرام؟ فرد الإمام : الحب الحلال حلال والحب الحرام حرام )
Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna pernah ditanya mengenai cinta, maka dikata padanya: ( Adakah cinta itu halal atau haram? Maka beliau menjawab : Cinta yang halal itu halal, dan cinta yang haram itu haram )

Ikhwah & akhawat,

Pena merasakan terdapat begitu banyak sekali artikel, penulisan, novel serta filem-filem berkenaan cinta seperti disana dapat kita dapati kepelbagaian method serta uslub dalam menyikapi & mentafsir makna cinta dengan cara yang pelbagai. InsyaAllah, dengan masa & rujukan yang amat terhad pena akan cuba mengutarakan beberapa pandangan hasil daripada pengamatan terhadap beberapa pandangan dan beberapa kisah cinta sebagai muhasabah terhadap diri.



Muhasabah Cinta :

“ Gelisah benar hati sang raja memikirkan keadaan puteranya yang ternyata seorang pemalas , serta ciri-ciri seorang raja tidak langsung terlihat dalam peribadinya . Pada suatu hari sang raja dapat menemukan cara mengubah peribadi puteranya …. Bagaimana ..?....Ternyata semestinya : The Power of Love .

Sang raja mendatangkan gadis-gadis cantik ke istananya . Istana yang dulu suram dan muram seketika berubah menjadi taman , semua bunga mekar di sana . Sesuatu yang memang diharapkan : puteranya jatuh cinta pada salah seorang di antara mereka. Tapi kepada gadis itu sang raja berpesan, “ Kalau puteraku menyatakan cinta padamu, bilang padanya , “ Aku tidak sesuai untukmu. Aku hanya sesuai untuk seorang raja atau seorang yang berbakat menjadi raja”.

Hakikatnya , dalam beberapa hari saja puteranya pergi belajar, ia mempelajari segala hal yang harus diketahui oleh seorang raja dan melatih dirinya untuk menjadi seorang raja. Dengan seketika ciri-ciri seorang raja meledak terzahir dalam dirinya dan inilah realitinya. Segalanya adalah kerana cinta, cinta yang menggerakkan (Cinta haraki) .

********** ****** ******* ***** ******** ***** ********

Beliau adalah seorang tua lumpuh yg tidak dapat berjalan, amat digeruni oleh kawan dan lawan. Namun takdir menetapkan roket-roket yahudi menjadi bukti kesyahidan serta kebenaran cintanya kepada jihad dan syahid. Syiekh Ahmad Yasin telah membuktikan cintanya dengan kepingan-kepingan tubuh yang hancur yang seterusnya tumbuh memekarkan bunga-bunga jihad dalam jiwa-jiwa anak Palestine. Begitu pula halnya Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna merupakan lagenda dakwah kontemporari yang telah membuktikan cintanya kepada dakwah melebihi segalanya yang seterusnya menjadi diantara pelapor kebangkitan Islam terunggul.

Reformasi Cinta

Ikhwah dan akhwat yang dirahmati Allah,

Saat cinta adalah saat gila. Saat gila adalah saat keajaiban yang dalamnya terukir berbagai sejarah keajaiban. Cinta , kata Imam Quddamah : “ Mengubah seorang pengecut menjadi pemberani, yang kikir menjadi dermawan, yang malas menjadi rajin, yang pesimis menjadi optimis, yang kasar menjadi lembut. Kalau cinta kepada Allah membuat kita mampu memenangkan Allah dalam segala hal, maka cinta kepada manusia, atau haiwan atau tumbuhan atau apa saja mendorong kita mempersembahkan semua kebaikan yang diperlukan manusia , haiwan atau tanaman yang kita cintai.”

Ibnu Mas’ud R.A berkata : “ Hati-hati (manusia) sudah dibiasakan untuk mencintai sesiapa yang pernah berbuat baik kepadanya”

Seorang lelaki pernah berkata kepada Tho’us rahimahullah : “ Pesanilah daku sesuatu. Jawab Tho’us : Aku pesan agar engkau mencintai Allah dengan kecintaan yang tidak akan ada sesuatu lebih kau cintai melebihi-Nya. Berharaplah pada Allah dengan harapan yang boleh melindungi kamu dari perasaan takut dan bimbangi tadi. Redholah untuk orang lain apa yang kamu redhoi terhadap dirimu. Kamu boleh pergi sekarang , sesungguhnya aku telah menghimpunkan bagimu (dalam pesanku) taurat, injil, zabur dan Al-Quran .
( Risalatul Mustarsyidin – Imam Harith Al-Muhasibi)

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-jauziyyah dalam kitabnya ( Al-waabil As-Soibb) berkata : “ Jika hati tidak diisi dengan cinta Allah swt maka ia pasti diisi dengan cinta kepada makhluk yang lain.”

Enrich Fromm menjelaskan kekuatan cinta dalam proses perubahan : “ Pendekatan cinta adalah berlawanan dari pendekatan kekerasan. Cinta berusaha memahami , menguatkan dan menghidupkan . Dengan cinta, seorang individu akan selalu mentransformasikan dirinya . Dia menjadi lebih peka, lebih menghargai, lebih produktif, lebih menjadi dirinya sendiri. Cinta tidak sentimental dan tidak melemahkan. Cinta adalah cara untuk mempengaruhi dan merubah sesuatu tanpa menimbulkan ‘kesan sampingan’ sebagaimana kekerasan. Tidak seperti kekerasan , cinta memerlukan kesabaran , usaha dari dalam. Lebih dari semua itu , cinta memerlukan keteguhan hati untuk menghindari frustasi , untuk tetap sabar meskipun menemui banyak halangan. Cinta lebih memerlukan kekuatan dari dalam , kepercayaan daripada sekadar kekuatan fizik .
( Love,Sexuality,Matriarchy,Gender, 291 : 2002)

Semboyan Cinta

“ Akan kami perangi mereka dengan cinta”
- (Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna)-

Apakah para aktivis tidak pernah mendengar perkataan Khalid Al-Walid RA ini, “ Aku lebih menyukai malam yang sangat dingin dan bersalji, di tengah-tengah pasukan yang akan menyerang musuh pada pagi hari, daripada berada di sisi seorang gadis di malam pengantin yang aku cintai atau aku diberi khabar kelahiran anak lelaki”
( Diriwayatkan Ibnu Al-Mubarak & Abu Nu’aim)

Hati yang beriman adalah hati yang selalu mencintai Allah. Hati yang beriman juga akan sentiasa mendorong orang yang berada disekelilingnya untuk kembali kepada Allah dan bergantung pada-Nya. Oleh kerananya, hati yang mencintai Allah tidak biasa merasai kenikmatan, keuntungan ,kenikmatan dan kesenangan kecuali dengan keredhaan-Nya ( Mardhatillah).

Dengan -Nya ia merasakan ketenteraman, kepada-Nya ia berlindung, dengan-Nya ia bersukacita, kepada-Nya ia bertawakkal, dengan-Nya ia yakin terhadap dirinya, kepada-Nya ia berharap, dan keran-Nya ia merasa takut. Zikrullah merupakan santapan tenaganya, mencintai dan rindu kepada-Nya merupakan penyebab kehidupannya, kelazatannya, kenikmatan dan kesenangannya. Berpaling serta bergantung kepada selain-Nya merupakan penyakit, serta kembali kepada-Nya merupakan ubat.

Ikhwah & akhawat aktivis ,

Kesimpulan yang dapat kita ringkaskan terhadap beberapa keterangan diatas ialah, cinta melahirkan kedamaian ,ketenteraman, ketanggungjawaban, dan kelembutan. Cinta juga melahirkan kerelaan dan kepasrahan untuk menanggung segala risiko, bahkan cinta melahirkan kesiapan untuk berkorban. Dengan cinta segala ujian terasa ringan, dengan cinta juga segala beban terasa remeh.

Jika para aktivis dakwah dapat beramal dengan semua ini , insyaAllah ia akan mendapatkan ketenangan dan ketenteraman hati . Segala ketegangan terhadap masalah-masalah dakwah kini dapat diselesaikan dengan mudah, serta tenaga dan gerak kerja aktivis dapat digandakan dan disatukan dalam berdakwah kepada Allah.

Doa Cinta

Suka bagi pena dalam mengakhiri artikel pada kali ini menyeru ikhwah & akhawat aktivis mengingati serta membanyangkan saudara-saudara seperjuangan yang dikenali serta merasakan adanya hubungan Ruhiyyah diantara kita dengan saudara-saudara yang belum dikenali seraya mengangkat serta menadah tangan berdoa kepada Allah dengan doa cinta ini :

اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب قد اجتمعت على محبتك , والتقت على طاعتك , وتوحدت على دعوتك , وتعاهدت على نصرة شريعتك , فوثق اللهم رابطتها وأدم ودها ........
“ Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul atas dasar kecintaan kepada-Mu , bertemu atas dasar ketaatan kepada-Mu, bersatu dalam menyeru dijalan-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka eratkanlah ikatannya, dan abadikanlah cintanya …….”
( Maj’muah Rasaail: Al-Banna)

Wallahu A’lam Bissowab .


Rujukan :

Majalah Tarbawi
Kamus Dewan Edisi Ke-3
Iman & Mahabbatullah ( Cahyadi Takariawan dll )
مجموعة رسائل الإمام الشهيد حسن البنا
رسالة المسترشدين - الإمام الحارث المحاسبى
أسرتنا بين الدين والخلق - د.محمد سليم العوا-
كيف تعيشان حياة زوجية سعيدة - جمال ماضي
-

http://milenium-y.blogspot.com/2010/01/cinta-haraki-power-of-love.html

Thursday, March 4, 2010

Hati Yang Mati


Hati Yang Mati

Hati yang sudah mati ialah hati tidak berfungsi sebagaimana fitrahnya hati itu dijadikan. Fitrah kejadian hati ialah untuk menerima aqidah dan keimanan kepada Allah s.w.t. Hati yang mati telah ditutup dan dihijab oleh Allah s.w.t daripada menerima iman dan hidayah Allah s.w.t. Hati diselubungi dan dikuasai oleh hawa nafsu syaitaniah yang sentiasa mendorong manusia untuk melakukan dosa, maksiat dan kejahatan.

Apabila hati sudah tidak berfungsi, maka hawa nafsulah yang menerajui kekuasaan hati. Justeru kehidupan mereka bergelomang dengan dosa dan maksiat. Kehidupan mereka penuh dengan kesombongan dan ketakabburan. Kehidupan mereka tiada panduan, apa yang mereka lakukan berdasarkan kepada perasaan. Mereka berada dalam kesesatan dan kedurjanaan sedangkan mereka tidak menyedari kesesatan dan kedurjanaan yang mereka lakukan disebabkan hati mereka sudah mati dan tertutup.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan orang-orang yang menyanggah ayat-ayat Allah tanpa mendatangkan bukti, kemurkaan amat besar disisi Allah swt dan orang-orang yang beriman. Begitulah Alllah menutup hati yang sombong dan takabbur."

Ciri-ciri hati yang mati.
Orang yang hatinya mati ialah orang yang tidak menerima iman dan hidayah Allah s.w.t. Itulah orang-orang kafir dan musyrik yang dimurkai Allah s.w.t. Justeru antara sifat-sifat orang yang hatinya telah mati ialah seperti berikut;

1. Menolak keimanan kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta perkara-perkara yang wajib di imani sebagai orang Islam.

2. Menyekutukan Allah s.w.t .

3. Menolak ajaran Islam dan memilih kekufuran.

4. Tidak ada perasaan rasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.

5. Menjadikan akal dan fikiran dan logik semata-mata dalam membuat penilaian dan keputusan.

6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup mereka.

7. Tidak mempercayai dosa dan pahala serta kehidupan alam akhirat.

8. Sentiasa melakukan penindasan dan kezaliman di atas muka bumi.

9. Tidak mengenal halal dan haram dalam kehidupan mereka.

"Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari hati yang mati, hati yang tidak mengenali-Mu ya Allah, hati yang jauh dari hidayah-Mu ya Allah."

(Sumber dari http://www.usrahrasahati.blogspot.com/)

Friday, February 19, 2010

Perjalanan Hidupku(1)


Salam utk semua pembaca...semoga dirahmati Allah serta dilimpahi keimanan hendaknya..
BicaraIman buat bekalan menjadi rumahku di alam maya...Seringkali aku ingin mengisahkan kehidupanku utk bekalan bersama....tetapi masa dihadapan komputer ini sekejab bagiku...

Rumahku Syurgaku....itulah tugas permulaan yg perlu aku lakukan...tak lah org berkata"hang sebuk buat kerja dakwah'keluarga hang abaikan".Itulah tamparan yg hebat buat daie dan bakal daie.Alhamdulillah isteriku amat memahami tugasku.Pernah dia berkata" abg buat kerja dakwah utk membina mahligai utk kita bersama di syurgakan".Walaupun dia tidak berpendidikan tinggi sekadar sekolah pondok jer...aku berterima kasih diatas penerimaan tunjuk ajar dariku.Kau sering mengamalkan Zikir Matsurat,Solat Dhuha,Tahajjud walau pun sekali sekala,Berpuasa sunat bersama...insyaallah sama2 kita doakan semoga Allah menerima amalan kita dan istiqamah melakukannya...Teringat kisah kita dimana pergi ziarah ke rumah sahabat...apabila kita pulang dekat waktu maghrib...utk mencari surau dan masjid dkt Padang Kota susah...lalu kita solat sekeluarga dkt atas rumput beratapkan langit di Padang Kota,penang...Aku sering memesan kpd diriku dan keluarga kita...solatlah dimana jua dgn tempat & pakaian yg bersih.

Alhamdulillah bertapa penting nya diri kita perlu ditarbiyahkan...dan perlu mempunyai seorang isteri yg berada dalam sistem tarbiyah...kerana sama2 faham akan tugas masing2...Mentorku pernah berkata...seseorang yang baru ingin berumah tangga...syarat yg pertama sisuami & isteri perlulah berada didlm sistem pertarbiyahan....sekiranya sidia tidak masuk usrah...kena pastikan sidia masuk usrah...ini adalah pengalaman dari mentorku...ada 6 bukti yg benar yg telah diberitahu kpdku....ramai yg tewas utk meneruskan tugas dakwah setelah berumah tangga sekiranya suami atau isteri tidak mengikuti usrah.

Aku sendiri bersyukur kerana mengikuti sistem tarbiyah sehingga aku dapat merasai kemanisannya dan cuba duplikasi kemanisan itu...Alhamdulillah ramai yg merasai bersama kemanisan itu....aku dari seorg yg buta ..telah mendapat cahaya yg menerangi keluarga dan masyarakat....syukur kpd mu ya Allah kerana memilihku berada didalam Jamaah ini.(bersambung...)

Wednesday, February 17, 2010

Zina Mata : Sanggupkah??

Zina Mata : Sanggupkah??

Mata merupakan anugerah Allah Subhanahu wa Ta`ala yang boleh mendatangkan kemuliaan, tetapi juga boleh mendatangkan laknat yang membinasakan. Mata yang selalu melihat fenomena kehidupan alam dan seisinya dan kemudian menimbulkan rasa syukur kepada Maha Pencipta, seterusnya akan mendatangkan kemuliaan dan kebahagiaan di sisiNya. Sebaliknya, mata yang merupakan anugerah yang paling berharga itu, bolehmendatangkan laknat yang membinasakan bagi manusia, apabila ia menggunakan matanya untuk berbuat khianat terhadap Rabbnya.



Dalam Islam ada jenis maksiat yang disebut dengan ‘zina mata’ (lahadhat). Lahadhat itu, pandangan kepada hal-hal, yang menuju kemaksiatan. Lahadhat bukan hanya sekadar memandang, tetapi diikuti dengan pandangan selanjutnya. Pandangan mata adalah sumber itijah (orientasi) kemuliaan, juga seterusnya menjadi duta nafsu syahwat. Seseorang yang menjaga pandangan bererti dia menjaga kemaluannya. Barangsiapa yang tidak menjaga pandangannya, maka manusia itu akan terjerumus kepada perkara yang membinasakannya.



Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam, pernah menasihati Ali :



“Jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama sahaja dan yang kedua tidak.”



Dalam musnad Ahmad, disebutkan, Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam, bersabda :



“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik kerana Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman hingga Hari Kiamat”.



Saran hadith itu, tidak lain seperti di jelaskan oleh Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam :



“Tundukkan pandangan kalian dan jagalah kemaluan kalian”. Juga Sabda Baginda: “Jauhilah kalian duduk di pinggir jalan”. Para Sahabat berkata : “Pinggir jalan itu adalah tempat duduk kami, kami tidak boleh meninggalkan”. Baginda bersabda lagi : “Jika kalian harus duduk di jalan, maka berikanlah haknya”. Mereka berkata : “Menundukkan pandangan dan menahan diri untuk tidak menganggu, baik dengan perkataan atau perbuatan dan menjawab salam."



Melihat adalah sumber dari segala bencana yang menimpa diri manusia. Melihat melahirkan lamunan atau khayalan dan khayalan melahirkan pemikiran, fikiran melahirkan syahwat dan

syahwat melahirkan keinginan, keinginan itu terus menguat, kemudian menjadi tekad dan terjadi apa yang selagi tidak ada yang menghalanginya. Dalam hal ini ada hikmah yang mengatakan :



“Menahan pandangan lebih ringan dari pada bersabar atas kesakitan (siksa) setelah itu."



Seorang Arab dengan syairnya,



"Semua bencana itu bersumber dari pandangan,
Seperti api besar itu bersumber dari percikan bunga api,
Betapa banyak pandangan yang menancap dalam hati seseorang,
Seperti panah yang terlepas dari busurnya,
Berasal dari sumber matalah semua marabahaya,
Mudah beban melakukannya, dilihat pun taidk berbahaya,
Tapi, jangan ucapkan selamat datang kepada kesenangan sesaat yang kembali dengan membawa bencana".


Bahaya memandang yang haram adalah timbulnya penderitaan dalam diri seseorang. Kerana tidak mampu menahan gejolak jiwanya yang diterpa nafsu. Akibat seterusnya adalah seorang hamba akan melihat sesuatu yang tidak akan tahan dilihatnya. Ini adalah sesuatu yang menyiksa, yang paling pedih, jangankan melihat semuanya, melihat sebahagian saja tidak akan mampu menahan gejolak jiwanya.

Seorang penyair berkata,

"Ketika engkau melemparkan pandanganmu dari hatimu,
Suatu hari engkau akan merasakan penderitaan,
kerana melihat akibat-akibatnya,
Kamu akan melihat siksa yang kamu tidak mampu melihat keseluruhannya,
Dan kamu tidak akan bersabar melihat walau sebahagiannya cuma."


Penyair lainnya berkata,


"Wahai manusia yang melihat yang haram, tidakkah pandangannya dilepaskan,Sehingga ia jatuh mati menjadi korban".

Pandangan seseorang adalah panah yang berbisa. Namun, yang sangat menghairankan, belum sampai panah itu mengenai apa yang dilihat, panah itu telah mengenai hati orang yang melihat.


Penyair lain berkata pula,

"Wahai orang yang melemparkan panah pandangan dengan serius, kamu sudah terbunuh, kerana yang kau panah, padahal panahmu tidak mengenai sasarannya."

Tentu, yang lebih menghairankan lagi, bahawa dengan sekali pandangan, hati akan terluka dan akan menimbulkan luka demi luka lagi dalam hati. Sakit itu tidak akan hilang selamanya dan ada keinginan mengulang kembali pandangannya. Ini pesan yang disampaikan dalam bait-

bait syair tersebut..

"Terus menerus kamu melihat dan melihat,
Setiap yang cantik-cantik,
Kamu mengira bahwa itu adalah obat bagi lukamu,
Padahal sebenarnya itu melukai luka yang sudah ada".


Sebuah hikmah yang mengatakan, “Sesungguhnya menahan pandangan-pandangan kepada yang haram lebih ringan daripada menahan penderitaan yang akan ditimbulkan terus menerus”.

Jagalah matamu, dan jangan engkau kotori setitik debu dosa, yang akan mengantarkan dirimu kepada kebinasaan, kerana pengkhianatan kepada Allah Azza Wa Jalla. Matamu adalah anugerah agar mengenalNya, dan kemudian

beribadah kepadaNya, menggapai redhaNya. Jangan dengan matamu itu, engkau campakkan dirimu ke dalam nafsu derhaka, yang membinasakan.

Betapa banyak manusia yang mulia, berakhir dengan nestapa dan hina, kerana tidak dapat mengedalikan matanya. Matanya tidak dapat lagi menyebabkan seseorang menjadi bersyukur atas anugerah nikmat, yang tak terbatas, yang tak terhingga, bagaikan sinar matahari, yang selalu menerangi alam kehidupannya.


Tetapi, kerana matanya yang sudah penuh dengan hamparan nafsu itu, hidup menjadi penuh dengan gulita,yang mengarahkan seluruh kehidupannya hanya diisi dengan segala pengkhianatan terhadap Rabbnya.

Wallahu’alam.