Hari ini,saya masih lagi ingin mengulas LOA, dari mana puncanya LOA. Mengapa saya perlu mengulas satu persatu, kerana terdapat individu yang merasakan LOA adalah sesuatu yang salah, malahan ada yang mengatakan ianya sebagai syirik. Alangkah bagusnya jika setiap sesuatu yang salah atau dianggap syirik itu, disertakan dengan bukti yang nyata,bukan sekadar dengan hanya menghukum tanpa bukti.
Ilmu ALLAH terlalu luas dan amat luas, jadi sekiranya kita bertemu dengan sesuatu ilmu yang kita anggap baru, sila lakukan kajian, JANGAN tunggu individu yang lain melakukannya. Itu adalah tanggungjawab anda . Sebelum kita menghukum dengan hukuman yang akhirnya dapat merugikan masyarakat ISLAM kita sendiri, sedangkan ilmu itu dikaji dan diperolehi melalui AL-Quran.
Seperti buku ‘The Secret’ saya melihatnya sebagai satu testimoni dan bukti kebenaran ajaran Rasulullah. Buku ini juga telah membuka mata hati saya tentang firman ALLAH
“Aku mengikuti sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika sangkaannya buruk maka buruklah yang didapatkan. Serta Firman Allah “Mintalah kepadaku nescaya kuperkenankan bagimu”.
Melalui buku ‘The secret’ juga melihat bukti kebenaran firman-firman Allah di atas, yang benar-benar telah terimplementasi di Bumi. Maha benar Allah dengan segala firmanNya.
Jika sebelum ini, saya telah menyentuh tentang LOA secara umum, hari ini saya akan menyentuh tentang salah satu proses, yang ada di dalam LOA.
Di dalam mana-mana buku yang bercerita tentang LOA, pasti akan bercerita tentang tiga langkah yang utama iaitu Meminta, percaya dan menerima yang disertakan dengan bersyukur dan bersedekah. Malah Rhonda Byrne juga ada menulisnya di dalam buku ‘the secret’.
ABRAHAM-HICKS
Law of Attraction abounds, and when it is said to you, “Ask, and it is given,” there is no more powerful statement that is at the basis of what makes things happen than that. Now, how is it that you think you ask? With your words? The Universe doesn’t hear your words. You ask with your desire. The desire that is born out of the contrast. That desire. That wanting. That’s what summons the Life Force. — Abraham
Excerpted from the workshop in Seattle, WA on Sunday, June 21st, 1998
Steve Pavlina
The Law of Attraction brings you what you think about. To think is to ask. Every thought is an intention. The Law of Attraction is totally neutral — it doesn’t filter what you ask for. If you think about what you want, you get it. If you think about what you don’t want, you get that too.
Rhonda Byrne
“believes that if you ask the universe for something, the universe will deliver”.
(60) Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.
(61) Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirehat kepadanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur (QS: Al Mukmin).
yang dimaksud dengan menyembah-Ku di sini ialah berdoa kepada-Ku.
Firman Allah dalam Hadis Qudsi
Anaa ‘inda dzanni abdii bii, wa ana ma’ahu idzaa da’aanii (rowahu Muslim)
Artinya: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada ku.
Melalui ayat Quran dan hadis di atas, terbukti bahawa sudah sekian lama, proses ini diamalkan oleh masyarakat muslim , Saranan untuk proses pertama Law of Attraction, telah lama diturunkan iaitu pada 1400 tahun yang lalu. Tetapi ramai masyarakat Islam kita yang buta, walaupun ianya di ajar secara terbuka tanpa berselindung. Malahan Islam juga menyuruh kita sebagai umat Islam supaya sentiasa membaca, memahami dan mengkaji Al-Quran, supaya kehidupan kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.
Begitu juga dengan proses visualisasi, walaupun al-quran tidak menyatakan dengan jelas tentang proses visualisasi, tetapi melalui ayat ini yang
bermaksud:Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai di dalamnya, dan setiap mereka diberikan rezeki buah-buahan didalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu. Mereka diberikan buah-buahan yang serupa. untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.
Apa yang saya boleh katakan di sini, Alquran dengan begitu indah membangkitkan visi dan keinginan kita. Gambaran indah berada di syurga seakan-akan sudah terjadi pada diri kita. Tidakkah anda nampak betapa pentingnya visualisasi. Gambaran syurga yang indah ini diulang beberapa kali dan kita di suruh membaca alquran sekerap yang mungkin. Bukankah membaca alquran sekerap yang mungkin itu boleh dikatakan sebagai satu affirmasi. Dan hikmah yang kita perolehi dari ini ialah supaya apa yang kita baca dan faham melalui alquran itu akan melekat dikepala kita dan membolehkan kita memiliki dorongan yang kuat untuk mencapainya.
Jadi visualisasi juga ada asasnya. Jangan terlalu cepat menghukum tanpa mengkaji sesuatu ilmu walaupun ianya datang daripada masyarakat bukan ISLAM. Buka minda anda. Kaji dan terus kaji , bukan sekadar menghukum tanpa bukti.
Saya hanya menulis mengikut pendapat saya. Masih banyak lagi kelemahan yang saya miliki. Sebarang kesilapan harap dimaafkan. Ya ALLAH ampunilah hambamu yang serba kekurangan ini.
Sumber dari http://linncomel.com/index.php/category/zero-mind-process/
No comments:
Post a Comment