Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Dalam kita berdoa, ada 6 anggota yang bekerja sewaktu kita berdoa.
Anggota yang pertama ialah tangan. Selama ini bila berdoa, kita berdoa dengan tangan yang lemah longlai. Seolah-olah kita tidak bersungguh-sungguh berdoa. Oleh itu sewaktu berdoa, kita hendaklah mengangkat tangan kita dengan bersungguh-sungguh.
Anggota kedua yang terlibat sewaktu kita berdoa ialah mata kita. Cari satu titik fokus di atas tapak tangan kita sewaktu berdoa supaya kita akan fokus sewaktu berdoa.
Anggota ketiga yang bekerja sewaktu kita berdoa adalah mulut kita. Sewaktu kita berdoa, kita hendaklah melafazkan doa kita. Tidak perlu terlalu kuat tpi ukuplah sekadar telinga kita boleh mendengar.
Oleh yang demikian, anggota keempat yang terlibat ialah telinga kita.Sewaktu mulut berkata-kata telinga kita mendengar apa yang disebutkan.
Anggota kelima yang terlibat ialah otak kita. Sewaktu berdoa, otak kita perlu bekerja. Seandainya kita berdoa, "Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku..." maka kita hendaklah membayangkan dosa-dosa kita.
Anggota keenam ialah hati kita. Semasa berdoa, hati kita hendaklah ikhlas dan yakin bahawa Allah yang berkuasa ke atas tiap sesuatu dan Dia jugalah yang menetapkan setiap dari perjalanan hidup kita.
No comments:
Post a Comment