Sunday, July 20, 2008

Perjalanan Hidup 3

Alhamdulillah...syukur diatas nikmat yang Allah kurniakan...yaitu nikmat kesihatan dan iman..


Jumaat,Tanggal 18hb julai 2008. Perjalanan hidupku di teruskan ke Sek Men Keb Dato Hj Hussein,Selama Perak.Dalam perjalanan memikirkan aku keseorangan sekarang tanpa sahabat yang akan bersama yaitu Achu.Mula dirancang akan bersama untuk motivasi di SMKDHH.Disebabkan faktor tertentu Achu tidak dapat bersamaku.Abg Ngah pula akan membawa fasilitator utk program KBM keesokannya.Aku merenung jauh siapa yang dapat menjadi pembantuku.Tiba-tiba terlintas di kepala ku wajah abg ngah Team KBM Kedah kerana dia tinggal di Serdang.Tapi... no handphone nya tiada,mcm mana nak contact.Keseorang lah jawabnya nanti.Jam ditangan menunjukkan pukul 11.30pg,terasa lapar pula lalu aku pun singgah dikedai makan yang pernah aku makan bersama sahabatku Adri dan Abg ngah disamping memikirkan siapa yang akan membantuku nanti bersama dgn adik kasih & sayang seramai 95org.Sambil ambil lauk kedengaran suara memanggil nama Abg Long...Aitt ada org kenal nama tu rupanya...maklumlah nama tu glamour utk program KBM jer...ada juga pernah bersama Abg Ngah(K) buat KBM di Sek Men Serdang yang bulan lepas....Aku pun menyahut panggilan sambil memalingkan wajah kearah org yang memanggil tadi.

Masyaallah.. orang itu adalah org yang bermain dimindaku,syukur kepada Allah kerana memahami insan yang kerdil ini.Kebetulan Abg Ngah Zaimi free time tu.Aku pun bersamanya membuat program sehingga pukul 12mlm.Susah juga kalau tiada pembantu untuk urusan multimedia dan setting PA System yang berat itu.Terima kasih kerana membantu."semoga Allah memberi rahmatnya kepada Abg Ngah Zaimi",doaku didalam hati ketika tamatnya program malam itu.Program Motivasi dibuat atas permintaan Consultant.Selalunya program KBM dibuat 2hari(Sabtu dan Ahad).Jumaat adalah hari bekerjaku.Untuk tujuan dakwah selalunya ku kurbankan cutiku,sejak dulu lagi.Itulah hanya pengorbanan yang kecil yang dapat kusumbangkan untuk kehidupanku.Aku ingin mewakafkan diriku untuk jalan dakwah,itulah matlamatku.



Program dijanjikan pukul tiga mula,tetapi disebabkan menunggu kehadiran pelajar yang ada masaalah pengangkutan,pukul 4.30ptg baru icebreaking.Sebelumku memulakan program kelihatan ramai yang tertanya tanya dan tidak memberi perhatian.Alhamdulillah setelah kami semua berdoa Allah permudahkan ku untuk sampai mesej kepada adik kasih dan sayang.Aku juga selalu menyebut apa bila membuat motivasi "Abg Long dah rasa tak sabar nak jumpa adik kasih dan sayang,tidur malam tak lena dibuatnya".

Untuk slot Sebelah Malamnya aku dan Abg Ngah Zaimi bersama adik2 kasih dan sayang dalam slot Peta Minda.Semasa pembentangan kumpulan,adik kasih dan sayang memang menyerlah jauh dari yang biasa.Ermm..ada juga kump yang tidak sempat membentangkan sebab jam ditangan menunjukkan pukul 11.30mlm dah.Kesian juga aku tengok keluhan semangat yang digambarkan.Tahniah !!! kepada adik kasih dan sayang yang abg long sayang,walau pun tanpa paksaan bentang,secara sukarela bangun untuk membentangnya.Pembentangan yang kreatif.Insyaallah boleh terus guna peta minda ini sebagai membantu untuk pencapaian SPM nanti.

Program habis pukul 11.45mlm.Aku pun pulang ke tempat penginapan.Masa untuk tidur,tapi keseorangan.Abg Ngah dan Team KBM yang lain belum sampai.Aku tidak tahu pergi kemana,lalu aku mengambil keputusan tidur dalam kereta sementara menunggu Team datang.Tunggu punya tunggu sampai pukul 2pg.Terus aku melayan supaya mereka makan nasi ayam yang sudah kesejukan menunggu ketibaan kakak & abg kasih dan sayang ni.Ya,aku mesti menjadi pelayan anak2 usrah dan bakal anak usrah ku sampai bila-bila.Melayani dan menyantuni mereka selalu.Itulah yang sepatut aku buat kerana itu adalah satu pentarbiyahan.Mereka pun harus membuat perkara yang sama untuk anak usrah mereka.Sekiranya kita nak orang memahami kita,terlebih dahulu kita memahami orang itu.



kebersamaan fasilitator dalam setiap slot

Esok ada program Full KBM.Selepas meladani aku pun tidur didalam surau bersama dengan fasilitator.Tidur dalam surau yg berbantalkan lengan sudah menjadi kebiasaanku sepanjang membuat program.Aku pun suka dgn keadaan begitu disebabkan senang untuk bangun pagi.Slot KBM seperti biasa dilakukan dimana-mana sekolah.Sangat menyentuh hati ku dan aku juga sering berdoa untuk adik kandungku supaya melakukan perubahan dalam hidup,kerana hidup ini tidak lama.Apa yang dibanggakan tidak kekal. Keindahan Bersama Mu adalah satu program yang menyentuh hati ku,keikhlasan,ukhuwah fillah,muhasabah diri dan kerana disitu terletak kasih sayang sesama insan.Pernah juga aku membuat motivasi kepada pelajar india.Terasa dihati ini sayang kepadanya kerana belum mendapat penerangan tentang islam.Sentuhan tanganku terasa keikhlasan tergambar diwajah mereka dan perkongsian di sesi akhir menunjukkan kefahaman apa yg ingin aku dan abg ngah sampaikan.Ya Allah bukakan hati nya kearah agama kebenaran.
Selepas selesai program KBM.Team KBM menjadi KBD pula yaitu keindahan bersama durian pula.Sambil menikmati durian dan mandi air jeram di Batu Hampar,Serdang.Seronok bersama Fasilitator KBM ni.Ikatan bersama sudah menjadi treadmake.Semoga kebersamaan kita akan kita kecapi di akhirat kelak.Insyaallah.

Sekadar perkongsian hidup didunia menuju keakhirat.

Tanggal 21hb julai 2008

2 comments:

JAMILKUCING said...

Sekolah menengah dato haji hussein.ingat lagi sekolah tu.di situlah abg jamil bersekolah dari tingkatan satu hingga tingakatn 5.rindu sekolah tu.

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

wah...program nih!! hehe..kenangan ikut program nih...xsgka semuanya asa cm baru smlm berlalu..:)