Sunday, July 6, 2008

Perjalanan Hidup 1

Perjalanan mesti diteruskan walau apapun dugaan yang mendatang.Begitulah pasrahnya hati ini.Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberiku sebuah keluarga besar KBM.Permulaan KBM pertama tak kusangka anugerah sebagai Abg Long dlm keluarga KBM..telah memberi kesan yang mendalam terhadap diriku.Suasana Keindahan Bersama adik-adik kasih & sayang KBM serta rakan seperjuangan menambahkan keceriaan dalam hidup.Ku harap mekar di hati,Agar persahabatan suci ini,Kan terus mantap,Menjadi syafaat,Terukir indah di pintu Jannah. Ikhwah yang berjanji untuk menjadi Murobbi
Akhawat yg berjanji untuk jadi Murobbiyah



Pada tanggal 5hb Julai 2008,abg long & abg ngah berada di Bengkel Fasilitator KBM.Inisiatif adik2 penggerak KBM,alhamdulillah bengkel ini dapat dijalankan dengan sempurna.Perkongsian dari bakal-bakal Murobbi terkedu juga abg long mendengarnya.Insyaallah abg long doakan agar keluarga besar KBM ini akan bertambah ramai lagi orang yang mcm antum semua.Dalam mengharungi perjuangan jalan dakwah ini kesabaran adalah penting.Bersabarlah dalam apa jua keadaan.


"BERSABARLAH atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan, sungguh dia sangat taat (kepada Allah)"
(Surah As-Sad : 17)


"Jangan kamu saling dengki dan iri dan jangan pula mengungkit keburukan orang lain. Jangan saling benci dan jangan saling bermusuhan serta jangan saling menawar lebih tinggi atas penawaran yang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara kepada muslim lainnya dengan tidak menzaliminya, tidak mengecewakannya, tidak membohonginya dan tidak merendahkannya. Letak takwa ada di sini (Nabi saw menunjuk ke dada beliau sampai diulang tiga kali). Seseorang patut dinilai buruk bila merendahkan saudaranya yang muslim. Seorang muslim haram menumpahkan darah, merampas harta, dan menodai kehormatan muslim lainnya." (Riwayat Imam Muslim)

Inilah sahabat baru kami dalam keluarga KBM.Yang memegang mic tu..ialah Saudara Azhar dari Team KBM Melaka.Baru habis belajar dan sekarang menetap di Bukit Mertajam.Itulah lumrahnya,kadang2 pelik juga walaupun baru mengenali tetapi keakraban macam sudah lama dan ada tautan hati,abg long terharu juga mendengar perkongsian dari Art.Doa dari abg long agar Art sentiasa tabah dalam mengharungi hidup yang mendatang.

Teruja pada kata-kata Imam Al-Ghazali yang mulia:
"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"


Disini kaki melangkah....

Pada Tanggal 6hb Julai 2008,abg long bersama abg ngah ker Program Motivasi Kembara Diri satu hari di Sek Men St Geoge's Balik Pulau.Program ini disertai seramai 70 org muslim,7 org non muslim,3 org guru muslim & 1 org guru pengiring non muslim.Program ini sudah lama ditetapkan di atas permintaan bekas pengetua Sek Men Seri dahulu yg kini bertukar ke Sek Men St Geoge's.


Abg long sangat seronok bersama dengan adik kasih dan adik sayang.semoga adik semua istiqamah mengekalkan perubahan kepada Allah,Rasul dan teman.Begitu cantiknya ikatan persahabatan kerana Allah kan.Allah juga amat sayangkan kita semua tidak kira apa bangsa pun.Semoga Terus berjaya didunia dan diakhirat.Salam sayang utk adik2 dan kakak kasih & sayang.kenangku dalam doa kalian.

Sekian dulu untuk coretan perjalanan hidup ...
abg long








































No comments: